Sabtu, 5 September 2009

WASIAT IMAM SYAFI'IE

Sebelum Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat Islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut :
"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mangamalkan sepuluh perkara"
Pertama : Hak Kepada Diri
Iaitu: Mengurangkan tidur, menagurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
Kedua : Hak Kepada Malaikat Maut
Iaitu: Mengqadakan kewajiapan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan daripada orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.
Ketiga : Hak Kepada Kubur
Iaitu : Membuanb tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.
Keempat : Hak Kepada Mungkar dan Nankir
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat-menasihati.
Kelima : Hak Kepada Mizan (Neraca Timbangan Amal Pada Hari Kiamat)
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.
Keenam : Hak Kepada Sirat (Titian Yang Merentangi Neraka pada Hari
Akhirat)
Iaitu : membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.
Ketujuh : Hak Kepada Malik (Penjaga Neraka)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu, bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.
Kelapan : Hak Kepada Ridhwan (Malaikat Penjaga Syurga)
Iaitu : Berasa redha dengan Qada' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat daripada melakukan maksiat.
Kesembilan : Hak Kepada Nabi SAW
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadis), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredaan Allah.
Kesepuluh : Hak Kepada Allah SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukaai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan