Sabtu, 27 Februari 2010

Dosa 40 TaHuN

Dalam riwayat yang lain pula dijelaskan, bahawa pada zaman Nabi Musa as, kaum bani Israil pernah ditimpa musim kemarau panjang, lalu mereka berkumpul menemui Nabi Musa as dan berkata: “Wahai Kalamullah, tolonglah doakan kami kepada Tuhanmu supaya Dia berkenan menurunkan hujan untuk kami!”

Kemudian berdirilah Nabi Musa as bersama kaumnya dan mereka bersama-sama berangkat menuju ke tanah lapang. Dalam suatu pendapat dikatakan bahawa jumlah mereka pada waktu itu lebih kurang tujuh puluh ribu orang.

Setelah mereka sampai ke tempat yang dituju, maka Nabi Musa as mulai berdoa. Diantara isi doanya itu ialah: “Tuhanku, siramlah kami dengan air hujan-Mu, taburkanlah kepada kami rahmat-Mu dan kasihanilah kami terutama bagi anak-anak kecil yang masih menyusu, haiwan ternak yang memerlukan rumput dan orang-orang tua yang sudah bongkok. Sebagaimana yang kami saksikan pada saat ini, langit sangat cerah dan matahari semakin panas.

Tuhanku, jika seandainya Engkau tidak lagi menganggap kedudukanku sebagai Nabi-Mu, maka aku mengharapkan keberkatan Nabi yang ummi iaitu Muhammad SAW yang akan Engkau utus untuk Nabi akhir zaman.

Kepada Nabi Musa as Allah menurunkan wahyu-Nya yang isinya: “Aku tidak pernah merendahkan kedudukanmu di sisi-Ku, sesungguhnya di sisi-Ku kamu mempunyai kedudukan yang tinggi. Akan tetapi bersama denganmu ini ada orang yang secara terang-terangan melakukan perbuatan maksiat selama empat puluh tahun. Engkau boleh memanggilnya supaya ia keluar dari kumpulan orang-orang yang hadir di tempat ini! Orang itulah sebagai penyebab terhalangnya turun hujan untuk kamu semuanya.”

Nabi Musa kembali berkata: “Wahai Tuhanku, aku adalah hamba-Mu yang lemah, suaraku juga lemah, apakah mungkin suaraku ini akan dapat didengarnya, sedangkan jumlah mereka lebih dari tujuh puluh ribu orang?” Allah berfirman: “Wahai Musa, kamulah yang memanggil dan Aku-lah yang akan menyampaikannya kepada mereka!.”

Menuruti apa yang diperintahkan oleh Allah, maka Nabi Musa as segera berdiri dan berseru kepada kaumnya: “Wahai seorang hamba yang derhaka yang secara terang-terangan melakukannya bahkan lamanya sebanyak empat puluh tahun, keluarlah kamu dari rombongan kami ini, kerana kamulah, hujan tidak diturunkan oleh Allah kepada kami semuanya!”

Mendengar seruan dari Nabi Musa as itu, maka orang yang derhaka itu berdiri sambil melihat kekanan kekiri. Akan tetapi, dia tidak melihat seorangpun yang keluar dari rombongan itu. Dengan demikian tahulah dia bahawa yang dimaksudkan oleh Nabi Musa as itu adalah dirinya sendiri. Di dalam hatinya berkata: “Jika aku keluar dari rombongan ini, nescaya akan terbukalah segala kejahatan yang telah aku lakukan selama ini terhadap kaum bani Israil, akan tetapi bila aku tetap bertahan untuk tetap duduk bersama mereka, pasti hujan tidak akan diturunkan oleh Allah SWT.”

Setelah berkata demikian dalam hatinya, lelaki itu lalu menyembunyikan kepalanya di sebalik bajunya dan menyesali segala perbuatan yang telah dilakukannya sambil berdoa: “Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah derhaka kepada-Mu selama lebih empat puluh tahun, walaupun demikian Engkau masih memberikan kesempatan kepadaku dan sekarang aku datang kepada-Mu dengan ketaatan maka terimalah taubatku ini.”

Beberapa saat selepas itu, kelihatanlah awan yang bergumpalan di langit, seiring dengan itu hujanpun turun dengan lebatnya bagaikan hanya ditumpahkan saja dari atas langit.

Melihat keadaan demikian maka Nabi Musa as berkata: “Tuhanku, mengapa Engkau memberikan hujan kepada kami, bukankah di antara kami tidak ada seorangpun yang keluar serta mengakui akan dosa yang dilakukannya?”
Allah berfirman: “Wahai Musa, aku menurunkan hujan ini juga di sebabkan oleh orang yang dahulunya sebagai sebab Aku tidak menurunkan hujan kepada kamu.”

Nabi Musa berkata: “Tuhanku, lihatkanlah kepadaku siapa sebenarnya hamba-Mu yang taat itu?”

Allah berfirman: “Wahai Musa, dulu ketika dia derhaka kepada-Ku, Aku tidak pernah membuka aibnya. Apakah sekarang. Aku akan membuka aibnya itu ketika dia telah taat kepada-Ku? Wahai Musa, sesungguhnya Aku sangat benci kepada orang yang suka mengadu. Apakah sekarang Aku harus menjadi pengadu?”

UjiaN AHLi 'ABiD

Al-Hasan meriwayatkan, bahawa dahulu ada seorang pelacur yang sangat cantik jelita. Dia tidak mahu melayani orang yang datang kecuali jika dibayar sebanyak seratus dinar.

Secara kebetulan pada suatu hari ada seorang ahli ibadah yang melihat wajah pelacur cantik itu sehingga membuatkan ahli ibadah itu tertarik dan jatuh cinta kepadanya. Kerana lelaki ahli ibadah itu mengetahui, bahawa untuk dapat dilayani oleh pelacur cantik itu orang harus memberinya wang sebanyak seratus dinar, maka lelaki ahli ibadah itu akhirnya pergi mencari pekerjaan untuk mengumpulkan wang sebanyak itu.

Setelah wang sebanyak seratus dinar itu dapat dikumpulkan, dia pun pergi menemui pelacur cantik itu serta berkata kepadanya: “Kecantikanmu telah membuatkan aku benar-benar tergoda, oleh kerana itu, aku telah berusaha sedaya upayaku untuk mendapatkan wang seratus dinar sebagaimana yang engkau kehendaki itu.”

Wanita pelacur itu berkata: “Silakan masuk ke rumahku.”

Dengan tidak berfikir panjang, ahli ibadah itu langsung masuk ke rumahnya. Di dalam rumah pelacur yang cantik jelita itu ada tersedia sebuah tempat tidur yang dibuat dari emas. Pelacur itu lalu duduk di atas tempat tidurnya dan berkata: “Marilah segera mendekatiku.”

Ketika lelaki ahli ibadah itu bermaksud untuk memuaskan nafsunya, pada waktu itu juga tiba-tiba ia ingat kepada Allah sehingga menggigil seluruh tubuhnya. Kepada wanita pelacur tersebut lelaki ahli ibadah itu berkata: “Biarlah aku pergi saja meninggalkan kamu dan wang yang jumlahnya seratus dinar itu ambillah olehmu!”

Wanita pelacur itu kembali bertanya: “Apakah sebenarnya yang terjadi atas dirimu, bukankah kamu telah tergila-gila kepadaku sehingga kamu membanting tulang dan mengeluarkan peluh untuk mendapatkan wang sebanyak seratus dinar? Pada saat ini kamu telah mendapatkan apa yang kamu inginkan itu, akan tetapi mengapa kamu akan meninggalkan aku?”

Lelaki ahli ibadah itu berkata: “Sesungguhnya aku takut kepada Allah SWT dan juga atas kedudukanku selama ini di sisi-Nya. Berkemungkinan kerana aku akan pergi meninggalkan kamu, kamu merasa benci kepadaku, ketahuilah olehmu, sesungguhnya aku juga sangat membenci kamu kerana Allah.

Wanita pelacur itu berkata: “Jika yang kamu katakan itu benar, aku tidak akan bersuami kepada orang lain melainkan kamu.”

Lelaki ahli ibadah itu berkata: “Biarlah aku keluar!”

Wanita pelacur itu menjawab: “Tidak, kecuali bila kamu mahu menjadi suamiku.”

“Tidak, biarlah aku keluar dari rumahmu ini!” kata lelaki itu.

Wanita itu kembali bertanya: “Apakah yang membuatmu merasa keberatan bila aku memohon kepadamu supaya engkau mahu menikahi aku?”

Lelaki itu menjawab: “Untuk menjadi isteriku boleh saja, akan tetapi aku harus pergi meninggalkan tempat ini kembali ke tempat biasanya aku melakukan ibadah.”

Selepas berkata demikian, lelaki ahli ibadah itu langsung pergi meninggalkan rumah pelacur tersebut. Begitu juga dengan wanita pelacur itu ia ikut serta keluar dari daerahnya untuk bertaubat kepada Allah dan menyesali segala perbuatan yang telah dilakukannya. Wanita pelacur itu terus berjalan, hingga akhirnya ia sampai ke tempat asal lelaki ahli ibadah tersebut.

Kepada ahli ibadah tersebut seseorang datang menemuinya dan berkata: “Sesungguhnya permaisurimu telah datang kepadamu.”

Ketika ahli ibadah melihat kedatangan wanita itu, ia terkejut dan langsung terjatuh dalam pelukan wanita pelacur yang cantik jelita itu. Pada waktu itu juga lelaki ahli ibadah tersebut menghembuskan nafasnya yang terakhir. Melihat keadaan demikian, kepada orang yang hadir wanita pelacur yang telah bertaubat itu bertanya? “Apakah lelaki idamanku yang telah meninggalkanku buat selama-lamanya ini ada mempunyai saudara?”

Orang yang hadir pada waktu itu menjawab: “Ia ada mempunyai seorang saudara lelaki, akan tetapi saudara lelakinya itu hidup dalam keadaan kemiskinan.”

“Jika memang demikian, aku akan menikah dengannya sebagai ganti dari lelaki yang aku cintai ini,” kata wanita itu.

Akhirnya wanita tersebut menikah dengan saudara lelaki ahli ibadah itu dan dari hasil pernikahan tersebut, Allah SWT mengurniakan kepada mereka sebanyak tujuh orang anak yang kemudian ketujuh orang anak tersebut menjadi nabi semuanya.

Isnin, 15 Februari 2010

PaRa WaLi.......










SuTraH , BuNDLe...

1) Apakah hukum sutrah?
Disunnahkan bagimu utk mbuat sutrah(pembatas)di hadapanmu ketika solat yg dpt mencegah org berjalan di hadapan agar dpt kamu khusyuk dlm solat.
diriwayat bahwa Rasullullah bersabda yg bmaksud.
"Jika salah sorg drpd kamu melakukan solat dgn menggunakan sutrah dan mendekat darinya,nescaya syaitan tidak akan dpt memutuskan solatnya"
Adalah tidak wajar dan berdosa jika kita berjalan dhadapan org yg sedang mlakukan solat.
Bdasarkan sabda Rasullullah yg bermaksud,
"Seandainya orang yang berjalan di hadapan orang yang sedang melakukan solat mengetahui(dosa) yang menimpanya,nescaya berdiri selama empat puluh (tahun) lebih baik baginya daripada berjalan di hadapan org yang sedang melakukan solat"



2) Hukum membeli dan memakai baju bundle. Perlukah mencuci dengan air tanah pakaian bundle itu?
Maka jawabnya kisah kewujudan baju bundle ini ialah dikutip oleh persatuan2 gereja yang membuat kutipan untuk sumbangan orang2 miskin dan dihantar sebelah selatan america melalui asal ceritanya.
Jadi gereja2 di america dan kanada membuat kutipan kerana orang putih ini memang suka menderma pakaian2 yang sudah dipakainya dan dihantar ke sebelah selatan ke negara2 miskin.
Apabila sekian lama dilihat pakaian2 bundle ini boleh dikormesialkan jadi pihak gereja ini menjadikan separuh untuk diderma dan separuh lagi untuk dibuat perniagaan dan dipasarkan ke filipina dan ke thailand dahulu dengan menggunakan kontena. Bunddle di Malaysia dalam tahun 80-an. Jadi, itulah perniagaan yang berkembang yang asalnya untuk diderma kerana itulah gereja2 kaya2.

Jadi kemungkinan ada najis mughalazah dan kemungkinan tidak ada najis mughalazah pada pakaian itu kerana mungkin orang kafir tidak basuh dengan bersih mengikut syara’.
Maka dalam hukum feqah tentang perkara ini, selagi tidak ada dalil yang mengatakan berat sebelah iaitu kena najis mughalazah maka tidak wajib membasuhnya dengan air tanah tetapi ikhtiar mengikut feqah membasuh pakaian itu dengan air mutlak dan dibilas dengan air mutlak supaya dapatlah sekurang-kurang disisi feqah syariat sah untuk dibawa solat.
Jadi syarat yang pertama, kita basuh pakaian itu dan bilas dengan air mutlak. Jika tuan yang menjual itu mengatakan sudah dibasuh dengan bersih pakaian tersebut jadi tidaklah perlu dibasuh.

Jika kita rasa ragu jika sekira-kira baju itu terkena najis mughalazah maka basuhlah dengan air tanah atas dasar sunat ikhtiar mahu ambil cermat atau berhati-hati tapi jika atas dasar warak maka janganlah pakai baju bundle kerana risau atau ragu-ragu mengenai kebersihannya.
Dari segi feqah mengatakan tidak wajib membasuh dengan air tanah kerana tiada tanda-tanda terkena najis walaupun mungkin terkena najis dalilnya Nabi Muhammad S.A.W. terima pakaian yang diberikan kepadanya daripada Syam walaupun mungkin pakaian itu terkena najis mughalazah kerana di Syam penduduknya dari kalangan Arab Islam dan Arab Kristian dan ada majusi dan lihatlah dahulu tulisan2 atau gambar2 di pakaian itu supaya tidak melanggar syariat Islam risau kita menjadi asbab menyebarkan syiar Kristian atau seumpamanya.

MaZi, MaNi , QuNuT

1) HUKUM AIR MAZI
Saya nak tanya..air mani dan air mazi tu sama ke?..air mani kalau keluar secara sengaja atau tidak sengaja memang wajib mandi wajib, air mazi pun sama juga ke? ..sebab kawan saya cakap xperlu mandi wajib kalau air mazi keluar tapi saya baca dalam majalah, dalam majalah tu tulis kena mandi wajib..?Macam mana ni?
Maka jawabnya air mazi tak sama dengan air mani.
Keluar air mazi menyebabkan batal wuduk tetapi tidak wajib mandi dan hukumnya adalah najis sebagaimana air kencing. Manakala keluar air mani menyebabkan hadas besar dan wajiblah melakukan mandi dengan niat mengangkat hadas yg besar.
Air mazi keluar ketika rasa syahwat dan jernih lagi licin sifatnya manakala air mani keluar ketika klimak syahwat dan keruh serta kasat.
Tidak benar kenyataan dalam majalah tersebut mungkin tersalah cetak.


2) HUKUM MANDI JUNUB
Apakah hukum mandi junub dalam keadaan telanjang atau tidak berpakaian? Adakah mandi tersebut sah?
Maka jawabnya sah mandi junub dalam kedaan telanjang atau tidak berpakaian. Tidak haram mandi telanjang asalkan mandi dalam bilik yang tertutup yang tidak dapat dilihat dari pandangan orang lain.
Setengah ulamak mengatakan hukumnya sunat mandi dalam keadaan memakai kain basahan .


3) HUKUM MENGELUARKAN AIR MANI DENGAN SENGAJA
Apa hukumnya dan kesan mengeluarkan air mani dengan sengaja? saya pernah dengar bahawa kalau kita bimbang kita kita terjerumus dengan zina dengan seseorang lebih baik mempiaskan nafsu tersebut dengan mengeluarkan mani itu dengan tangan sendiri. Saya tahu ISLAM memberikan panduan samada kita berpuasa atau kalau mampu kita berkahwin. tapi kalau seorang itu tidak dapat meredakan nafsunya walaupun berpuasa dan tidak mampu untuk berkahwin lagi bagaimana ustaz..?
Maka jawabnya banyak kedengaran perkataan yang mengatakan jikalau mahu elakkan zina harus hukumnya beronani maka ini adalah salah. Hukum onani tetap haram sekalipun diberikan alasan akan berzina kerana Nabi saw telah memberikan penawar bagi membendung gelora nafsu ini dengan menunaikan ibadah puasa.
Kesan beronani kepada tubuh badan diantaranya melemahkan aqal dan ingatan, sperma yg terhasil tidak sihat, penyakit lengoh dan cepat mati pucuk.
Sebagaimana yg telah sedia maklum, Islam menganjurkan perkahwinan yang diantara hikmahnya dapat menunaikan keinginan sebagai satu fitrah manusia. Bagi yg belum mampu berkahwin dianjurkan berpuasa.
Maksud berpuasa disini jika dilihat pada hikmah yg tersiratnya membawa maksud syahwat dan keinginan hanya mampu di kekang dengan jalan agama.
Kenapa orang yg telah berpuasa masih tidak dapat mengawal hawa nafsunya? Ini disebabkan puasanya hanya sekadar zahirnya sahaja tidak benar2 sebagaimana yg dituntut oleh Allah swt. Jika puasanya benar dengan niat ingin mengawal nafsunya sudah tentu puasa tersebut menjadi perisai dari terjerumus mengikut kehendak nafsu.
Sebaiknya puasalah dengan niat ihklas dan dengan niat kerana takutkan Allah insyaAllah akan berjaya mengawal diri dari perkara2 yg tidak baik.
Firman Allah yg bermaksud :
"Sesiapa yg takutkan Allah nescaya Allah akan berikan kepadanya jalan kelepasan (dari kekusutan yg dialaminya) dan Allah akan berikan kepada rezeki yg melimpah ruah."


4) HUKUM BACA QUNUT
Saya nak tanya, boleh atau tidak jika kita tidak istiqamah dalam membaca qunut dalam solat subuh?..Contohnya kita sebenarnya tidak lupa untuk baca qunut tapi kita sengaja tidak mahu baca doa qunut itu, sah tak solat?
Maka jawabnya membaca qunut pada solat subuh hukumnya adalah sunat sahaja dalam mazhab Syafie. Oleh itu jika tidak dibaca, tidaklah membatalkan solat cuma tidak mendapat fadhilat membaca qunut.
Sesiapa yang tertinggal membaca qunut maka sunat ia melakukan sujud sahwi dua kali sebelum memberi salam.
Adapun sesiapa yang sengaja meninggalkan baca qunut dalam solat subuh,maka solatnya tetap sah dan tidak berdosa.

HuDuD

(1) Daripada apa yang saya faham, hukum hudud ialah untuk menggantikan hukuman yang akan dikenakan di akhirat nanti apabila seseorang itu melakukan sesuatu kesalahan di dunia. Adakah benar fahaman saya ini? Jika seseorang itu melakukan kesalahan yang patut dikenakan hukum hudud, tetapi di negara kita Malaysia, hukum hudud tidak dilaksanakan. Adakah hukuman kepada perbuatannya akan dikenakan di akhirat nanti? Hukuman yang berlipat kali ganda berbanding hukum hudud? Saya ingin minta maaf jika ada tersalah bahasa.

Maka jawabnya jika disebuah negara yang tidak melaksanakan hukum hudud seperti negara kita (Malaysia) ini pesalah yang dijatuhkan dengan hukuman selain hudud tidak lagi akan dikenakan hudud pada akhirat dengan syarat ia telah bertaubat dengan taubat nasuha.
Adapun pesalah yang tidak dikenakan hukum hudud dan tidak pula bertubat maka ia akan dikenakan hukuman sekali lagi di akhirat nanti jika Allah swt tidak memberi keampunan kepadanya. Begitu juga pesalah yang telah kena hudud di dunia tetapi tidak bertaubat.
Jadi pesalah tidak bertanggung jawab kenapa tidak kena hudud di dunia. Pemerintahlah yang bertanggung jawab dihadapan Allah swt nanti.


(2) Saya mahu jawapan yang jelas mengenai perlaksanaan hukum hudud di Malaysia kerana kita di sini mempunyai 2 kaum besar iaitu cina dan india.
Hukum hudud adakah untuk oarang kafir atau hanya kepada orang Islam sahaja? sebab di Malaysia orang bukan Islam bilangannya banyak juga. Minta penjelasan.
Maka jawabnya melaksanakan hukum hudud adalah wajib kepada orang2 Islam yang tinggal di negeri kepunyaan orang Islam walau pun ramai orang kafir tinggal disitu. Kewajipannya sama sahaja seperti kewajipan melaksanakan ibadah yang lain seperti puasa dan haji.
Adakah kerana ramai orang kafir di negara kita maka jadi tidak wajib melaksanakan ibadah puasa?

Perlu diketahui kewajipan menjalankan hudud bukan bergantung kepada bilangan orang kafir tetapi bergantung kepada negeri itu asalnya milik siapa.
Dalam Quran, Allah tidak pun mensyaratkan nak jalan hudud itu kena tengok orang kafir dulu ramai ke tidak. Sesiapa yang kata kena tengok dulu orang kafir ramai ke tidak maka ertinya dia lebih pandai dari Tuhan.
Na'uzabillah min zaaalik.


(3) Apakah status orang2 yang menyokong UMNO/BN atau sekutunya? PAS (Parti Islam Se-Malaysia) mengatakan ahli2 UMNO ini kafir kerana tidak mahu melaksanakan hukum Allah s.w.t seperti hukum hudud yang ingin dilaksanakan dan diperjuangkan oleh parti PAS.
Jika betul orang2 UMNO ini jatuh kafir, adakah wajib kepada kita menyembahyangkan jenazah mereka jika berlakunya kematian bagi orang UMNO?
Maka jawabnya hukum tidak mahu melaksanakan hukum2 Allah seperti hukum hudud tidak menyebabkan jadi kafir.

Jika alasan yang diberikan tidak munasabah maka jadilah orang yang tidak mahu melaksanakan hudud itu sebagai fasiq dan berdosa besar.
Ada pun jika enggan dengan sebab beriktikad bahawa undang2 hudud itu zalim atau tidak elok atau ketinggalan zaman maka barulah jatuh kepada kafir.
Wallahu'alam..

LeLaKi DaN PeReMPuaN AJNaBi.........

1)ape hukum prmpuan dan lelaki yg berbual. Bila jumpa tegur dan bertanya hal2 yg xde kena mengena dgn pembelajaran ataupun jual beli..
Maka jawabnya mesti lihat situasi dahulu, jika berbual di tempat yang ramai orang umpamanya di tempat beli belah, di pasar maka kuranglah fitnahnya, jika bercakap di dalam rumah, di lorong2 gelap, di tempat2 yang mengundang fitnah maka tidaklah boleh.

Kemudian apa kandungan perkara yang dibualkan itu, sebenarnya begini nak jatuh hukum haram itu dalam masalah ni apabila kita mesej, chat, berbual, bercakap atau apa2 pun cara berkomunikasi yang kandungannya itu memuaskan nafsu ATAU menyebabkan keseronokan nafsu semata2 maka jawabnya hukumnya adalah haram, sebab apa haram ? sebab mereka tu bukan suami kita atau bukan isteri kita.

Apatah lagi apabila bercakap perkara2 yang lucah. Sebenarnya tidak perlu tunggu untuk bercakap perkara2 lucah pun, jika kita bercakap perkara2 biasa tetapi tetap juga menaikkan nafsu maka tidak syak lagi hukumnya tetaplah haram contohnya yang berlaku pada remaja2 sekarang yang menjadikan sms atau email untuk menjadi alat memadu kasih yang memuaskan nafsu diantara pasangan dan masing2 melunaskan keinginan dan keseronokkan semata2, mereka tidak pun mesej perkara2 lucah tapi setiap kandungan sms itu semata2 untuk membawa keseronokan nafsu masing2 maka haramlah jugak.

Ana harap semua faham dengan penjelasan ana dengan " bercakap perkara2 biasa tetapi juga menaikkan nafsu" ini, ana dah berikan contoh di atas, baca banyak kali supaya saudara semua faham apa yg ingin ana maksudkan , kalau siapa yg masih tak faham bagitahu.
Walaupun mereka tidak bercakap perkara2 lucah tetapi setiap perkataan2 mereka itu hanyalah semata2 untuk keseronokan nafsu antara mereka. Mungkin mula2 sms dengan ” assalamu’alaikum” dan tidak mustahil bila dah sampai 4 jam atau 3 hari kemudian mula lah keluar perkataan ”sayang” atau seumpamanya. Kadang2 kita tak sedar , di sini berlakulah zina hati.

Jika bertanya perkara2 yang tidak mustahak umpamanya tanya tentang nama kucing, tanya tentang nombor meter air, tanya tentang no surat beranak ayah, jika tanya perkara2 yang tidak mustahak begini maka jawabnya kata ulama’ tidaklah sampai haram cuma perlu menghadkan masa bercakap itu sebab mereka itu orang yang kita boleh berkahwin maka banyaklah fitnahnya, kalau nak bercakap lama2 maka tunggulah lepas kahwin nanti, lepas jadi suami isteri nanti masa tu cakaplah nak cakap apa, sampai 2 bulan pun tak mengapa.
" Islam bukanlah agama yang menyusahkan sehingga melarang muslimin dan muslimah berkomunikasi cuma dijadikan batasan2 itu untuk menjaga diri manusia supaya mereka tidak melampaui batas. "


2) dan apa hukumnya perempuan yg membalas senyuman dr seorg lelaki???
Maka jawabnya jika lelaki itu adik kita atau ayah kita umpamanya maka tidaklah mengapa, tidak haram pun. Tapi jika lelaki umpamanya jiran sebelah rumah atau mana2 lelaki yang kita boleh berkahwin maka jawabnya kenalah lihat situasi dahulu. " Senyum itu adalah sedekah tapi ada masanya senyum juga boleh membawa fitnah " lebih2 lagi senyuman daripada seorang wanita.

Beginilah ini adalah pendapat ana, jika kita senyum akan lebih membawa fitnah daripada kebaikan maka janganlah senyum tapi jika kita tidak senyum maka akan bergaduhlah kita dengan kawan kita itu maka senyumlah. Ingin ana ingatkan, wanita adalah sebesar2 fitnah bagi kaum lelaki. Jadi seseorang muslimah mestilah bijak dalam menjaga diri mereka dan daripada fitnah2 mereka.
Sabda Rasulullah s.a.w.
Tidaklah aku tinggalkan sepeninggalku fitnah (cobaan) yang lebih berbahaya bagi kaum laki-laki daripada (fitnah) wanita. (Muttafaq ‘alaihi)

Sabtu, 13 Februari 2010

TeWaSNyA NaMruD Di TanGaN NyaMuK yg TeMPaNG

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan tidak ada yang mengetahui tentera Tuhanmu melainkan Dia sendiri.” (Al-Muddatsir: 31) Namrud mempunyai tentera sebanyak tujuh ratus ribu penunggang kuda dengan senjata yang lengkap. Namrud berkata kepada Nabi Ibrahim: “Hai Ibrahim, jika Tuhanmu mempunyai malaikat, maka kirimkanlah kepadaku untuk berperang denganku. Jika sanggup ambillah kerajaanku ini.”

Maka Nabi Ibrahim as. munajat kepada Allah SWT: “Ya Ilahi sesungguhnya Namrud dengan tenteranya menunggu kedatangan tenteramu, maka kirimkanlah kepada meraka tentera daripada selemah-lemah makhlukmu iaitu nyamuk.”

Ketika Namrud dan tenteranya telah berkumpul di padang yang luas, maka Allah memerintahkan nyamuk keluar dari lautan. Lalu keluarlah tentera nyamuk hingga menutupi permukaan bumi dan langit. Kemudian nyamuk bertanya: “Ya Tuhan kami, apakah yang harus kami laksanakan?” Allah berfirman: “Aku telah menjadikan rezeki kamu semua pada hari ini berbentuk daging tentera Namruz.”

Kemudian Allah SWT memberikan kekuatan kepada nyamuk-nyamuk tersebut. Lalu nyamuk-nyamuk tersebut menyerang tentera Namrud, menghisap semua darah mereka, Allah memerintahkan kepada nyamuk agar menunda penyeksaan terhadap Namrud. Agar ia dapat melihat sendiri kehancuran tenteranya. Maka nyamuk-nyamuk itu pun membiarkan Namrud sehingga ia dapat pulang ke istana.

Nabi Ibrahim as. merasa hairan dan takjub melihat peristiwa tersebut. Kemudian Allah berfirman kepadanya:
“Wahai Ibrahim, demi kemuliaan dan keagungan-Ku, sekiranya engkau tidak meminta kepada-Ku supaya mengutus tentera nyamuk, tentu aku akan mengirimkan yang lebih halus daripada nyamuk, jika seribu di antaranya berkumpul menjadi satu tidak mencapai besarnya nyamuk, tentu akan aku musnahkan juga mereka dengannya.”

Ketika telah dekat seksaan untuk Namrud, lalu Allah memerintahkan seekor nyamuk untuk menjalankan tugas tersebut. Nyamuk itu berkeliling di sebatang pohon selama tiga hari. Setelah sampai tiga hari, maka ia masuk ke dalam kepala Namrud melalui lubang hidungnya. Kemudian ia memakan otak Namrud selama 40 hari.

Begitu besar sifat pengasih dan penyayang Allah SWT. Allah tidak menyeksa Namrud dengan segera, tetapi masih diberi masa ia bertaubat. Masa tiga hari yang diberikan terhadap nyamuk tersebut tidak digunakan oleh Namrud untuk menerima kebenaran Allah SWT. Maka jadilah Namrud tergolong ke dalam orang-orang yang dimurkai Allah SWT.

NaBi KHaiDHiR {a.s}.......

Berkata Abul Hasan bin Al-Munadi: “Bercerita kepada kami Ahmad bin Mulaib, dari Yahya bin Said, dari Abu Jakfar Al-Kufi, dari Abu Umar Al-Nasibiy, berkata: “Aku pergi mencari Maslamah bin Masqalah di Syam. Ramai yang mengatakan Maslamah termasuk wali Allah juga. Setelah berusaha mencarinya, saya menjumpainya di salah satu lembah di Jordan.

Beliau berkata kepadaku: “Mahukah engkau kuceritakan kepadamu tentang apa yang kulihat tadi di lembah bukit ini?” Kujawab: “Tentu aku ingin mendengarnya.” Beliau berkata: “Ketika saya datang tadi ke lembah ini, saya melihat seorang syekh yang sedang mengerjakan solat di bawah pokok itu. Besar kemungkinan lelaki itu adalah Nabi Ilyas. Aku berjalan mendekatinya kemudian memberi salam kepadanya sekalipun dia sedang mengerjakan solat. Saya lihat dia rukuk, kemudian iktidal, dan kemudian sujud.Selesai solat dia memandang ke arah suaraku datang kemudian menjawab salamku setelah melihat aku berdiri di situ.

Aku tanya dia: “Siapakah engkau wahai orang yang dirahmati Allah.” Dia menjawab : “Aku adalah Ilyas Al-Nabi.”

Aku begitu gugup mendengar kata-katanya itu.Dia datang mendekati aku. Dia letakkan tangannya di dadaku sehingga aku merasakan kesejukan tangannya.

Aku berkata kepadanya: “Wahai nabi Allah, doakanlah supaya Allah menghilangkan penyakitku ini.” Kemudian beliau pun berdoa dengan menggunakan nama Allah, lima di antaranya dalam bahasa Arab dan tiga lagi dalam bahasa Siryani. Beliau membaca: “Ya Wahid, Ya Ahad, Ya Somad, Ya Fardun, Ya Witrun. Beliau menyebut tiga potong perkataan lagi yang saya sendiri tidak tahu maknanya. Kemudian beliau menarik tanganku sambil mendudukkan aku.Ketika itu rasanya penyakitku sudah hilang.

Aku bertanya kepadanya: “Wahai nabi Allah, Bagaimana pendapatmu tentang orang ini (saya sebutkan Mirwan bin Muhammad), yang ketika itu menahan beberapa orang ulama. Beliau berkata: “Bagaimana hubungan kamu ?” Aku menjawab “Wahai nabi Allah kalau aku berjumpa dengannya dia berpaling. Dia tidak memberi sebarang komen.
Aku bertanya lagi: “Wahai nabi Allah,apakah sekarang ini masih ada di dunia ini Al-Abdal. (wali-wali Allah)?Beliau menjawab:”Ada” Mereka semua ada sebanyak 60 orang. 50 orang di kawasan Mesir sampai pantai Furat, 3 orang di Masisah, 1 orang di Antokiah dan yang lainnya di daerah Arab lainnya.”

Aku bertanya lagi:”Wahai nabi Allah, Apakah tuan ada berjumpa dengan nabi Khidir?” Beliau menjawab “Ya setiap musim haji kami berjumpa di Mina.” Aku bertanya: Apa yang kamu lakukan jika berjumpa?” Beliau menjawab: “Aku mengambil rambutnya dan dia pun mengambil rambutku.”

Aku berkata kepadanya: “Wahai nabi Allah. sebenarnya saya ini adalah orang yang hidup sebatang kara, tidak mempunyai isteri dan anak. Kalau tuan bersetuju biarlah saya ikut bersama tuan ke mana sahaja tuan pergi.” Beliau menjawab: Engkau tidak sanggup berteman denganku.”

Ketika bercerita dengan beliau tiba-tiba aku melihat satu hidangan makanan keluar dari akar pohon itu kemudian diletakkan di hadapan beliau. Sementara orang yang mengangkatnya tidak kelihatan. Dalam hidangan itu ada tiga ketul roti. Beliau sudah menghulurkan tangannya untuk makan makanan itu. Tetapi tiba-tiba beliau belum jadi memakannya dan beliau mengajak aku supaya sama-sama makan.

Saya duduk di sebelah beliau, kemudian beliau berkata kepadaku: “Mulailah dengan Bismillah dan ambilah dari yang terdekat kepadamu “Kami pun memakannya bersama-sama. Selepas makan saya lihat jelas dulang itu diangkat lagi tetapi tidak kelihatan orang yang mengangkatnya. Kemudian didatangkan lagi kepada beliau minuman tetapi tidak kelihatan orang yang membawanya. Beliau membagi dua minuman itu, separuh beliau minum dan separuh lagi beliau serahkan kepadaku. Saya cuba minuman itu, oh rasanya cukup lazat. Minuman itu lebih putih daripada susu dan lebih manis daripada madu. Selesai minum saya letakkan tempatnya. Tiba-tiba saya lihat terangkat lagi tetapi tidak tahu siapa mengangkatnya.

Kemudian beliau memandang ke bawah (tempat yang lebih rendah lagi), rupanya di situ sudah ada binatang menunggu yang lengkap dengan tempat duduknya. Binatang itu lebih besar dari keldai dan tidak sampai sebesar baghal. Beliau berjalan ke arah tunggangan itu. Aku kejar beliau dan aku minta supaya ikut bersamanya. Tetapi beliau berkata: “Bukankah sudah aku katakan bahawa engkau tidak sanggup mengikuti perjalananku?” Saya merasa kecewa dan hanya mampu berkata: “ Kalau begitu bagaimana caranya supaya saya berjumpa lagi dengan tuan?” Beliau menjawab: “ Kalau betul-betul ingin berjumpa denganku, kita akan berjumpa lagi nanti.” Tambah beliau lagi: “Semoga engkau dapat menjumpai aku lagi nanti pada bulan Ramadhan di Baitul Maqdis dalam keadaan iktikaf.” Beliau pergi ke bawah pohon dan aku ikuti dari belakang tetapi tiba-tiba beliau menghilang.”

QiSoH Dari KuBuR......

Seorang soleh bercerita bahawa pada suatu hari dia datang ke sebuah desa dan melihat tiga kuburan sebaris di tempat yang berdekatan. Dia tertarik terhadap ketiga-tiga kuburan tersebut kerana di atasnya ada tertulis beberapa rangkap syair.

Pada kubur pertama tertulis syair: Bagaimana orang yang tahu Tuhan akan menyoalnya
merasa seronok dan lazat dalam hidupnya?
Dia akan menyeksa orang yang zalim dalam hidupnya
dan akan membalas baik orang yang baik amalnya Pada kubur kedua tertulis: Bagaimana akan terasa lazat kehidupan ini
bagi yang meyakini kematian akan datang
merenggut dalam sekelip mata dan tiba-tiba
kematian akan menghempapnya dengan kerajaan
yang besar dan megah
dan akan menempatkannya di dalam kubur sempit
sememangnya dia adalah calon penghuninya Pada kubur ketiga terdapat syair: Bagaimana akan terasa lazat kehidupan ini
bagi yang sedar dirinya akan pindah ke kubur
di sanalah pemuda akan digugat kedudukannya
wajah jelita yang yang dibanggakan
akan lenyap serta merta
tinggallah badan dan anggota menanggung seksa Orang soleh tadi pergi kepada seorang tua yang banyak tahu tentang cerita desanya.

“Wahai Syeikh! Aku melihat sesuatu yang ajaib di dalam desamu ini.” kata orang soleh.

“Apa itu?” tanya Syeikh.

“Aku berjumpa dengan tiga pusara yang masing-masing di atasnya tertulis beberapa syair.” kata orang soleh sambil membacakan kandungan syair-syair yang telah dilihatnya.

“Sebetulnya cerita ketiga-tiga ahli kubur tersebut lebih ajaib daripada rangkap-rangkap syair yang kamu lihat di atas kuburnya.”

“Apa itu,? Sila ceritakan kepadaku.”

Syeikh menceritakan bahawa penghuni ketiga-tiga kubur itu adalah tiga orang adik beradik yang pekerjaannya berlainan. Yang pertama seorang zuhud, yang kedua seorang gabenor yang berkuasa dan yang ketiga seorang saudagar kaya. Walaupun berlainan profesi, ketiga-tiganya hidup rukun dan saling hormat menghormati antara satu dengan yang lain.

Suatu ketika saudara yang zuhud sakit, dan apabila dirasa bahawa ajalnya sudah hampir, berkumpullah kedua-dua suadaranya yang lain sambil menanyakan halnya. Mereka menawarkan kepada si zahid untuk mensedekahkan hartanya bagi kepentingan saudaranya yang hampir meninggal itu. Akan tetapi dia menolak.

“Aku tidak berhajat kepada hartamu. Akan tetapi aku minta kepadamu berdua agar berjanji kepadaku akan sesuatu yang tidak akan kamu mungkiri selepas kematianku nanti.”

“Boleh, sila katakan, apa hajatmu?”

“Apabila aku mati, kamu mandikan, kafankan dan solatkan mayatku. Setelah itu kamu kebumikan di bumi yang agak tinggi. Setelah itu tuliskan di pusaraku itu dua rangkap syair ini: Bagaimana orang yang tahu Tuhan akan menyoalnya
merasa seronok dan lazat dalam hidupnya
Dia akan menyeksa orang zalim dalam hidupnya
dan akan membalas baik orang yang baik amalnya “Selepas itu hendalah engkau berdua datang ke kuburku setiap hari dan baca syair itu, semoga ia akan menjadi pengajaran bagimu berdua.”

Setelah berwasiat demikian, dia pun meninggal dunia. Dua adik beradiknya melaksanakan apa yang diamanahkan kepadanya. Setiap hari kedua-duanya datang dan membaca syair itu sehingga menangis. Adik yang menjadi gabenor datang dengan mengenderai kuda bersama askar-asakarnya. Dia berdiri di sisi kubur abangnya sambil membaca syair tersebut dan menangis kerana kandungannya mengena pada dirinya. Pada hari ketiga, dia datang lagi sebagaimana biasa sambil diiringkan oleh askar-askaranya, lalu berdiri di sisi pusara membaca syair dan menangis. Apabila dia akan pulang, tiba-tiba mendengar bunyi benturan yang kuat dari dalam kubur yang menyebabkan hatinya gementar. Kemudian pulang dengan perasaan takut, gementar dan risau. Pada sebelah malamnya pula dia bermimpi melihat abangnya datang.

“Wahai abangku, bunyi apa yang aku dengar dari dalam kuburmu semalam?”

“Itulah bunyi pukulan terhadap ahli kubur yang zalim. Dikatakan kepadaku: “Kamu lihat orang zalim itu? Mengapa engkau tidak menolongnya?” jawab abangnya.

Sebaik saja terjaga dari tidurnya, si gabenor itu resah dan dipenuhi rasa takut dan gementar yang berterusan. Dia segera memanggil saudaranya yang menjadi saudagar dan menceritakan tentang mimpinya.

“Wahai saudaraku, aku yakin bahawa Allahyarham tidak berwasiat agar menuliskan rangkap syair itu di atas pusaranya melainkan hanya untuk memberi peringatan kepadaku.” kata gabenor kepada saudaranya yang menjadi peniaga.

Kemudian dia berkata kepada para pegawai dan orang-orang yang ada disekitarnya: “Aku persaksikan kepadamu semua, bahawa mulai saat ini aku sudah bukan pemimpinmu lagi buat selama-lamanya.”

Dia meletak jawatan serta merta buat menumpukan sisa-sisa hidupnya semata-mata untuk beribadah kepada Allah sambil mengembara ke bukit-bukit dan perkampungan sehingga ajal datang menjemputnya di hadapan sebahagian bekas rakyatnya. Pada hari-hari terakhir sebelum kewafatannya, saudaranya yang menjadi peniaga telah mendengar kabar mengenai bekas gabenor itu. Dia segera datang ke tempatnya untuk menanyakan apa-apa yang diperlukan.

“Sila berwasiat wahai saudaraku!” kata si saudagar.

“Apa yang akan aku wasiatkan. Aku sudah tidak punya apa-apa harta untuk diwasiatkan. Hanya saja aku minta kepadamu agar mahu berjanji untuk melaksanakan sesuatu setelah kematianku nanti.”

“Boleh, Sila katakan.”

“Apabila aku mati nanti, kuburkanlah di samping kubur saudaraku dan tulislah di atas pusaraku syair ini: Bagaimana akan terasa lazat kehidupan ini
bagi yang meyakini kematian akan datang
merenggut dalam sekelip mata dan tiba-tiba
kematian akan menghempapnya dengan kerajaan
yang besar dan megah
dan akan menempatkannya di dalam kubur sempit
sememangnya dia adalah calon ahlinya “Hendaklah engkau berziarah ke kuburku selepas tiga hari dari kematianku dan berdoalah kepada Allah semoga Dia merahmati arwahku.”

Setelah berwasiat demikian, bekas gabenor itu pun menghembuskan nafasnya yang terakhir. Saudaranya segera menyempurnakan pengurusan mayatnya sehingga selesai dikuburkan. Sebagai memenuhi janjinya, dia menulis syair yang telah ditentukan di atas pusara saudaranya itu, kemudian pulang.

Tiga hari selepas pengkebumian, si saudagar datang berziarah ke kubur saudaranya dan berdoa kepada Allah semoga arwah saudaranya dicucuri rahmat. Apabila dia membaca syair yang tertulis di pusara saudaranya itu, dia pun menangis kerana sagat terkesan akan maksudnya. Setelah itu, dia pun bersiap sedia untuk pulang, tapi tiba-tiba terdengar bunyi gegaran yang sangat hebat dari dalam kubur sehingga membuatnya terperanjat dan hampir-hampir tidak sedarkan diri. Dia pun pulang dalam keadaan sangat ketakutan.

Pada sebelah malamnya, dia bermimpi melihat saudaranya yang telah meninggal dunia datang menghampirinya.

“Wahai saudaraku, engkau datang menziarahi kami?”

“Ya. Selepas ini tidak ada ziarah lagi. Aku telah tenang dengan rumahku yang baru.

“Bagaimana keadaanmu sekarang?”

“Alhamdulillah baik.”

“Bagimana keadaan abang kita?”

“Dia berkumpul bersama umat-umat yang baik.”

“Apa pesan engkau kepadaku?

“Barangsiapa yang telah melakukan sesuatu, dia akan mendapatkannya. Oleh itu, jagalah waktu hidupmu sebelum datang masa matimu.” kata saudara yang telah mati.”

Sejak itu, si peniaga mengasingkan diri dari urusan dunianya dan hatinya sentiasa ingat pada mati. Harta kekayaannya dibagi bagikan kepada fakir miskin dan dia sendiri menumpukan hidup beribadah kepada Allah. Anaknya yang sudah jadi seorang pemuda yang segak badan dan bagus wajahnya juga bekerja sebagai peniaga yang berjaya. Beberapa masa telah berlalu. Ajal bekas saudagar yang telah jadi sufi itu pun hampir menjemputnya. Saudara mara dan anaknya telah berkumpul.

“Berwasiatlah sesuatu wahai ayah.” kata anaknya. “Wahai anakku! Ayahku sudah tidak punya apa-apa harta untuk diwasiatkan. Akan tetapi hanya minta kepadamu agar berjanji untuk melakukan sesuatu selepas kematianku.”

“Boleh, boleh. Sila katakan wahai ayah.”

“Apabila aku mati, kuburkan di dekat kubur bapa-bapa saudaramu dan tuliskan syair pada pusaraku: Bagaimana akan terasa lazat kehidupan ini
bagi yang sedar dirinya akan pindah ke kubur
di sana kedudukan pemuda akan digugat
wajah jelita yang dibanggakan
akan lenyap serta merta
tinggallah badan dan anggota menanggung seksa “Kemudian hendaklah engkau berziarah ke kuburku sehingga tiga hari. Berdoalah kepada Allah semoga Allah mencucuri rahmat kepadaku.”

“Insya Allah, saya akan melakukannya.” jawab si anak.

Setelah dia meninggal dunia, anaknya segera melakukan semua yang diamanahkan kepadanya. Dia berziarah ke kubur ayahnya setiap hari sambil berdoa untuk ayahnya dan membaca syair yang tertulis di pusaranya. Pada hari ketiga dia mendengar suara dari dalam kubur yang sangat menggerunkan dan membangkitkan bulu roma dan memucatkan muka. Dia pulang kepada keluarganya dalam keadaan takut dan gementar.

Pada sebelah malamnya pula, dia bermimpi melihat ayahnya datang sambil berkata: “Wahai anakku! Sesungguhnya engkau berada sangat dekat denganku, duniamu sudah berada di penghujungnya dan maut lebih dekat dari itu lagi. Oleh kerana itu bersiap sedialah engkau untuk menempuh perjalananmu dan periksalah keadaan kenderaanmu. Alihkan perhatianmu dari melengkapi isi rumah yang engkau tempati sekarang pada rumah yang bakal engkau tempati buat selama-lamanya. Janganlah engkau tertipu seperti orang-orang sebelummu yang telah tertipu oleh keinginan pada harta sehingga tidak sempat membuat persediaan untuk pergi. Akibatnya, mereka menyesal yang tidak berkesudahan setelah mati. Padahal penyesalan ketika itu sudah tidak ada maknanya lagi. Wahai anakku! Segera laksanakan, segera laksanakan!.”

Mimpi pemuda terhenti, kerana dia terjaga dari tidurnya dalam keadaan terkejut dan takut serta faham apa yang akan terjadi pada dirinya. Pada sebelah paginya dia pun segera mengerjakan apa-apa yang perlu. Semua hutang-hutangnya dijelaskan, hartanya disedekahkannya kepada fakir miskin. Pada pagi hari ketiga dari hari bermimpi, dia memanggil semua keluarganya dan anaknya kemudian berwasiat dan mengucapkan salam.

Setelah itu dia menghadap Kiblat, mengucapkan dua kalimah Syahadah dan menghembuskan nafasnya yang terakhir. Orang ramai datang berpusu-pusu menguruskan mayatnya dan berziarah ke kuburnya serta berdoa di sana.
Radiallahu 'anhum.

Amanah Seorang Sahabat
Diceritakan bahawa ada dua orang lelaki dari kalangan sahabat Rasulullah s.w.a. berteman baik saling ziarah menziarahi antara satu dengan lainnya. Mereka adalah Sha’b bin Jastamah dan Auf bin Malik.

“Wahai saudaraku, sesiapa di antara kita yang pergi (meninggal dunia) terlebih dahulu, hendaknya saling kunjung mengunjungi.” kata Sha’b kepada Auf di suatu hari.

“Betul begitu?” tanya Auf.

“Betul.” jawab Sha’b.

Ditakdirkan Allah, Sha’b meninggal dunia terlebih dahulu. Pada suatu malam Auf bermimpi melihat Sha’b datang mengunjunginya.

“Engkau wahai saudaraku?” tanya Auf.

“Benar.” jawab Sha’b.

“Bagaimana keadaan dirimu?”

“Aku mendapatkan keampunan setelah mendapat musibah.”

Apabila Auf melihat pada leher Sha’b, dia melihat ada tanda hitam di situ.

“Apa gerangan tanda hitam di lehermu itu?” tanya Auf.

“Ini adalah akibat sepuluh dinar yang aku pinjam dari seseorang Yahudi, maka sila tolong jelaskan hutang tersebut. Ketahuilah wahai saudaraku, bahawa tidak satupun kejadian yang terjadi di dalam keluargaku, semua terjadi pula setelah kematianku. Bahkan terhadap kucing yang matipun dipertanggungjawabkan juga. Ingatlah wahai saudaraku, bahawa anak perempuanku yang mati enam hari yang lalu, perlu engkau beri pelajaran yang baik dan pengertian baginya.”

Perbualan di antara kedua-dua lelaki yang bersahabat itu terhenti kerana Auf terjaga dari tidurnya. Dia menyedari bahawa semua yang dimimpikannya itu merupakan pelajaran dan peringatan baginya. Pada sebelah paginya dia segera pergi ke rumah keluarga Sha’b.

“Selamat datang wahai Auf. Kami sangat gembira dengan kedatanganmu.” kata keluarga Sha’b. “Beginilah semestinya kita bersaudara. Mengapa anda datang setelah Sha’b tidak ada di dunia?”

Auf menerangkan maksud kedatangannya iaitu untuk memberitahukan semua mimpinya malam tadi. Keluarga Sha’b faham akan semuanya dan percaya bahawa mimpinya itu benar. Mereka pun mengumpulkan sepuluh dinar dari wang simpanan Sha’b sendiri lalu diberikan kepada Auf agar dibayarkan kepada si Yahudi.

Auf segera pergi ke rumah si Yahudi untuk menjelaskan hutang Sha’b.

“Adakah Sha’b mempunyai tanggungan sesuatu kepadamu?” tanya Auf.

“Rahmat Allah ke atas Sha’b Sahabat Rasulullah S.A.W. Benar, aku telah memberinya pinjaman sebanyak sepuluh dinar.” jawab si Yahudi.

Setelah Auf menyerahkan sepuluh dinar, si Yahudi berkata: “Demi Allah dinar ini serupa benar dengan dinarku yang dipinjamnya dulu.”

Dengan demikian, Auf telah melaksanakan amanah dan pesan saudara seagamanya yang telah meninggal dunia.


Terkena Api Di Kuburan
Diceritakan dari Ibnu Hajar bahawa serombongan orang dari kalangan Tabi’in pergi berziarah ke rumah Abu Sinan. Baru sebentar mereka di rumah itu, Abu Sinan telah mengajak mereka untuk berziarah ke rumah jirannya.

“Mari ikut saya ke rumah jiran untuk mengucapkan ta’ziah atas kematian saudaranya.” kata Abu Sinan kepada tetamunya.

Sesampainya di sana, mereka mendapati saudara si mati sentiasa menangis kerana terlalu sedih. Para tetamu telah berusaha menghibur dan memujuknya agar jangan menangis, tapi tidak berjaya.

“Apakah kamu tidak tahu bahawa kematian itu suatu perkara yang mesti dijalani oleh setiap orang?” tanya para tetamu.

“Itu aku tahu. Akan tetapi aku sangat sedih kerana memikirkan seksa yang telah menimpa saudaraku itu.” jawabnya.

“Apakah engkau mengetahui perkara yang ghaib?”

“Tidak. Akan tetapi ketika aku menguburkannya dan meratakan tanah di atasnya telah terjadi sesuatu yang menakutkan. Ketika itu orang-orang telah pulang, tapi aku masih duduk di atas kuburnya. Tiba-tiba terdengar suara dari dalam kubur “Ah....ah....Mereka tinggalkan aku seorang diri menanggung seksa. Padahal aku mengerjakan puasa dan solat”. Jeritan itu betul-betul membuatku menangis kerana kasihan. Aku cuba menggali kuburnya semula kerana ingin tahu apa yang sudah terjadi di dalamnya. Ternyata kuburan itu telah penuh dengan api dan di leher si mayat ada rantai dari api. Kerana kasihan kepada saudara, aku cuba untuk melepaskan rantai itu dari lehernya. Apabila aku hulurkan tangan untuk membukanya, tanganku terbakar.”

Lelaki itu menunjukkan tangannya yang masih hitam dan mengelupas kulitnya kerana kesan api dari dalam kubur kepada tetamu. Dia meneruskan ceritanya: “Aku terus menimbus kubur itu semula dan pulang dengan segera. Bagaimana kami tidak akan menangis apabila mengingati keadaan itu?”

“Apa yang biasa dilakukan oleh saudaramu ketika di dunia?” tanya teman-teman Abu Sinan.

“Dia tidak mengeluarkan zakat hartanya.” jawabnya.

Dengan jawapan ini, teman-teman Abu Sinan membuat kesimpulan tentang kebenaran ayat Suci Al-Quran surah Ali Imran yang ertinya: “Janganlah mereka yang bakhil itu menyangka terhadap rezeki yang diberikan oleh Allah kepada mereka bahawa kebakhilan itu baik bagi mereka. Sebenarnya kebakhilan itu buruk bagi mereka. Harta yang mereka bakhilkan itu akan dikalungkan kelak di lehernya di hari kiamat.”

(Ali Imran, 180)


Nikmat Ahli Kubur
Seorang soleh bernama Mutraf bin Abdullah Al-Harsyi bercerita bahawa pada suatu hari Jumaat dia keluar ke kuburan, kemudian mengerjakan solat dua rakaat yang sederhana, tidak terlalu panjang. Selepas solat, tiba-tiba dia mengantuk dan melihat penghuni kubur keluar bercakap dengannya. “Engkau telah mengerjakan sesuatu yang tidak dapat dikerjakan olehku. Padahal dua rakaat itu bagiku lebih baik daripada dunia dan seisinya ini.” kata salah seorang ahli kubur.

“Kuburan siapa saja yang ada di sini?” tanya Mutraf.

“Kuburan orang yang baik-baik dan kesemuanya Muslim.” jawab ahli kubur.

“Siapakah yang paling mulia di kalangan ahli-ahli kubur di sini?” tanya Mutraf.

“Kuburan itu.” jawab ahli kubur sambil menunjuk pada sebuah kuburan yang ada di situ.
Mutraf sangat ingin mengetahui ahli kubur yang dikatakan paling mulia itu. Dia berharap semoga Allah berkenan mengeluarkan ahli kubur yang dimaksudkan agar dia dapat bercakap dengannya.

Harapan Mutraf dikabulkan oleh Allah. Tiba-tiba ahli kubur yang masih muda belia tersebut keluar dari kuburnya dalam keadaan gembira.

“Betulkah engkau ahli kubur yang paling mulia di sini?” tanya Mutraf.

“Mereka mengatakan bahawa diriku demikian.” jawabnya.

“Apa yang telah menyebabkan dirimu menjadi ahli kubur yang paling mulia?”

Ahli kubur yang masih muda belia itu menjawab: “Walaupun aku masih muda, tapi telah banyak mengerjakan ibadah haji dan umrah, berperang di jalan Allah dan beramal soleh. Di samping itu, setiap kali aku ditimpa musibah, aku selalu bersabar dan tawakal kepada Allah. Itulah yang menyebabkan aku memperolehi kumuliaan tersebut.”