Selasa, 8 September 2009

SAHABAT

Syeikh Ali Hasan al-Halabee dalam penulisan beliau bertajuk Pleasant Companionship memberikan tip-tip bagaimana menjadi sahabat yang unggul :
1. Sahabat menjadi peneman jiwa sahabatnya. Jadilah sahabat yang selalu berinteraksi.
2. Sahabat mempunyai sikap yang mendorong ke arah kebaikan. Memuji kebaikan sahabatnya bermaksud mendorong beliau melakukannya lagi.
3. Sahabat memudahkan urusan agama sahabatnya. Ini termasuk menjaga amalan agama dalam diri dan memberi kemudahan bagi sahabatnya melakukan.
4. Sahabat sebagai tempat mencaj iman. Iman adalah kepercayaan kepada Tuhan dan seronok dengan perintahnya. Iman adalah kuasa dalam diam yang menarik sayang orang kepada diri. Ia kesan dari rasa ikhlas kita kepada Tuhan. Direkodkan oleh Bukhari dan Muslim, Nabi Muhammad saw berkata iman itu adalah cinta kepada Nabi dan Tuhan melebihi segala-galanya dan mencintai orang lain kerana sebab itu.
5. Sahabat adalah penguat sewaktu diuji.
6. Sahabat memberi kesan yang langsung kepada orang yang dikasihi. Direkodkan oleh Bukhari dan Muslim, sahabat itu seperti penempa besi dan penjual minyak wangi. Jika kita berdiri di tepi penempa besi, maka akan terasa bahang dan percikan apinya. Jika kita berdiri di tepi penjual minyak wangi, maka baulah harumannya. Sahabat menjadi haruman kepada orang yang dikasihinya.
7. Sahabat adalah penghibur dalam kedukaan.
8. Sahabat seorang yang bersama-sama memenuhi aktiviti bersama. Sebagaimana Nabi Muhammad apabila berdakwah beliau membawa rakan bersama-sama hingga kerjanya selesai. Sahabat adalah peneman kepada kerja-kerja kebaikan yang dilakukan.
9. Pepatah Arab berkata, sahabat adalah penarik diri kepada sesuatu. Maksudnya, sahabat adalah magnet diri yang menarik sahabatnya kepada perkara yang baik. Sama-sama berlari ke arah yang sama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan