Khamis, 26 November 2009

QurBaN...

Esok Hari Raya Eidul Adha akan tiba..Insyaallah.. Bila menyentuh saja bab qorban nie,mesti teringat kat lembu2 yg akan dikorbankan...huhuhuhu..kesian..sedey...sob2.. Tapi itulah satu-satunya kenangan bagi memepringati peristiwa bersejarah bg umat Islam apabila Nabi Ibrahim diarah oleh Allah SWT didalam mimpinya supaya Nabi Isma'il perlu disembelih untuk dijadikan korban. Namun,oleh kerana ketaatan Nabi Isma'il ini sanggup dirinya dikorbankan kerana Allah,maka Allah telah menukarkannya dgn biri-biri.

Ini satu pengorbanan bg mencapai kemanisan iman oleh seseorang yg beragama Islam,dan seperti itulah jugak ramai umat Islam sekarang pergi ke rumah Allah bg menjadi tetamu Allah dalam keadaan hina hanyalah semata-mata bg mengejar kemuncak cinta,iaitu kemanisan iman. Haji adalah asas kemuncak bagi agama Islam. Haji sangat penting bg umat Islam dan wajib dilakukan oleh setiap muslim yg berkemampuan baik dari segi harta ataupun kesihatan.

Alhamdulillah,setakat ini masih ramai lagi yg sedar tentang kepentingan berkorban. Mungkin disebabkan tua kot.. Rumah kata pergi kubur kata mari..Insyaallah,esok keluarga ana pun berkorban demi Allah,dan untuk 'aqiqah anak saudara ana..Insyaallah.. Kepada semua kaum Muslimin dan juga Muslimat, SELAMAT HARI RAYA 'EIDUL ADHA..

Ahad, 22 November 2009

IMaM MaHDi

Telah disebutkan dalam Atsar, kata-kata sahabat yang menerangkan tanda-tanda sudah dekatnya kemunculan Imam Mahdi. Menurut riwayat apabila sudah dekat kedatangan Imam Mahdi akan banyak terjadi peperangan, banyak bencana dan banyak bala.

Pada masa itu nanti semakin banyak terjadi pembunuhan dan peperangan. Orang mahu berbunuh-bunuhan kerana masalah remeh-temeh. Antara satu kumpulan de-ngan kumpulan lain, begitu juga antara satu negara dengan negara lain berperang kerana masalah kecil. Bencana semakin banyak berlaku, seperti gempa bumi, letusan gunung berapi, angin puting beliung, banjir dan sebagainya. Begitu juga penyakit, semakin banyak jenis penyakit dan semakin ramai manusia yang berpenyakit.

Menjelang datangnya Imam Mahdi nanti akan muncul api yang besar dari arah Masyriq (tempat terbitnya matahari) dan menerangi seluruh ufuk selama tiga malam. Pada masa itu juga nanti lengkaplah jumlah orang-orang yang mengaku dirinya sebagai nabi berjumlah enam puluh orang. Masa itu akan tenggelam kampung-kampung di negeri Syam. Akan datang angin yang hitam yang me-nyebabkan manusia ramai yang mati. Sungai Furat di Iraq akan melimpah (banjir) yang menyebabkan kota Kufah tenggelam. Akan terdengar suara seruan dari langit. Suara itu dapat didengar oleh semua manusia yang ada di dunia. Dan yang paling menghairankan lagi, suara itu dapat difahami oleh semua orang.

Orang yang hanya tahu atau faham bahasa Inggeris faham mendengar seruan dari langit itu, begitu juga pengguna bahasa Cina, bahasa India, bahasa Melayu, bahasa Arab dan sebagainya. Mungkin juga panggilan itu dalam bahasa Arab tetapi semua orang mendengar dalam bahasanya sendiri.

Terdengar suara pada tengah malam bulan Ramadan yang menyebabkan semua orang yang tidur terbangun atau terperanjat. Banyak pembunuhan dan banyak peperangan berlaku sehingga darah mengalir di jalan-jalan raya. Orang semkain berani berbuat jahat tidak kira tempat dan waktu.

Pada masa itu nanti yang diangkat menjadi pemimpin pun terdiri dari orang-orang jahat. Pemimpinnya jahat dan orang yang dipimpin pun sama-sama jahat. Dalam hadis dikatakan ramai manusia pada masa itu nanti yang beriman pada waktu petang tetapi esok paginya sudah menjadi kafir. Namun demikian ramai ulama yang mengertikan hadis itu dengan kafir nikmat.

Bukan bererti petang dia masih Islam esok harinya sudah Nasrani atau Yahudi misalnya. Maksud hadis itu menurut ulama menunjukkan banyaknya orang yang kafir nikmat. Apa-apa nikmat dan pemberian Allah tidak disyukuri dan tidak digunakan kepada yang diredai Allah SWT.

Menjelang turunnya Imam Mahdi dikatakan pasukan tentera dari Turki akan datang ke jazirah Arab. Mereka datang untuk menakluki tanah-tanah jazirah Arab. Mereka bunuh pemimpin-pemimpinnya dan mereka kuasai daerahnya.
Dalam keadaan dunia yang buruk dan kacau itu tiba-tiba muncullah Imam Mahdi. Beliau datang untuk meneruskan atau menyambung perjuangan datuknya (Muhammad s.a.w) untuk mengatasi kekalutan dan kekacauan yang dihadapi umat. Semua makhluk yang ada di langit dan yang ada di bumi merasa gembira dengan kedatangan Imam Mahdi itu. Bukan hanya manusia yang gembira, tetapi juga binatang buas, burung-burung dan makhluk lainnya.

Imam Mahdi itu adalah seorang lelaki yang soleh dari keluarga Rasulullah s.a.w yang ada ketika itu (pada masa munculnya) nanti. Dia diangkat orang menjadi pemimpin ketika manusia di seluruh dunia nanti sudah begitu buruk keadaannya.

Mereka mengangkat Imam Mahdi menjadi pemimpin ketika itu nanti setelah melihatnya berilmu, berakhlak dan mempunyai banyak kelebihan. Manusia yang ada pada zaman itu nanti mengharap semoga dia dapat mengembalikan dunia kepada kebaikan. Dengan perasaan yang cukup berat, dia (Imam Mahdi) menerimanya. Dia sendiri tidak tahu yang dirinyalah Imam Mahdi yang ditakdirkan Allah SWT untuk diutus ke dunia. Begitu juga manusia sedunia yang telah mengangkatnya menjadi pemimpin dunia, tidak tahu bahawa orang yang mereka angkat itu adalah Imam Mahdi.

Kerana tidak tahu yang dirinya Imam Mahdi dan tidak berapa suka menjadi pemimpin, sudah tentu dia pun tidak ada berkempen mengajak orang untuk mengangkatnya. Setelah dia memimpin dunia dengan baik barulah orang tahu bahawa itu adalah Imam Mahdi. Dia tunjukkan perilaku yang baik, dia ajak manusia mengerjakan yang makruf dan meninggalkan yang mungkar, kemudian orang pun mengikuti arahannya.

Mengapa manusia yang sudah begitu lama bergelimang dengan dosa mahu diajak kepada kebaikan? Ini tentunya samalah dengan zaman jahiliah dahulu, yang mana keadaan masyarakat sudah begitu buruk, tiba-tiba datang seorang utusan Allah untuk membaiki keadaan dunia, orang pun terus mengikutnya.

Manusia mahu diajak kepada kebaikan tentunya setelah melihat orang yang mengajak itu mempunyai banyak kelebihan, dan yang paling penting orang yang mengajak itu berjuang dengan ikhlas dan sesuai kata-kata dengan perbuatannya. Jadi nanti manusia seluruh dunia mengikut ajarannya kemudian dia pun mengatur dunia dengan baik.

Keadilan dapat ditegakkan seperti zaman Rasulullah s.a.w. dahulu. Kerana keadaan masyarakat sudah baik dan sudah beriman, malapetaka dan musibah berkurangan. Bahkan rahmat Allah pula yang datang dan rezeki melimpah ruah. Setelah dunia aman dan makmur serta melihat pemimpinnya tidak terpedaya oleh kesenangan dunia, tahulah mereka bahawa yang memimpin mereka itu adalah Imam Mahdi.

جماعة التبليغ


Hari nie ana nk cerita tentang seorang sahabat yg sudah lama tidak bertemu dgnnya,maybe sekarang dia tengah sibuk dgn jemaah tablighnya di Sekinchan..Tapi nk buat mcm manakan,dah karkoon terpengaruh di Skinchan..Pagi tadi,ada Ustaz Azhar datang,dia cakap lepas 'Eidul Adha nie kita akan ker Gua Musang bersama jemaah Tabligh..Ana ckp insyaallah jer lar..Dah xtahu mende nk kasitau.. Tapi sebenarnya masa Ust. Azhar kata nk pergi berdakwah 2,ana sebenarnya rasa serba salah..Nak pergi ker xnak?? Mcm mana nie?? Xtually ana dah buat keputusan utk bai'ah dgn kwn2 untuk belajar..Especially,add math ngan prinsip akaun..Susah maa,,,

Baru sajer buat bai'ah,kena pulak ikut jemaah tabligh(tak rasmi lg nie)...hrmm,,nasib2..Tapi xper kerja Allah SWT itu lebih penting dari segala-galanya baik dunia dan seisi-isinya..Ana pun teringin pi jalan2 ngan jemaah tabligh,rasanya dah lama xpergi berdakwah bersama diaorang,,kalau xpergi nanti aper pulak kata kata Ustaz Mokhtar dan Cikgu Othman,,dah berharap dah diaorang suruh ikut serta..Tapi xper,demi mencari keredhaan Ilahi..Cewwah!! Mcm dah nk pergi..Tapi dalam hati kata baik dok kat rumah musim2 banjir nie nantikan tenggelam dek banjir,saper yg susah??

Satu lagi,ana ingin memesan kepada semua rakan2 baik akhi@ukhti yg se-batch dgn ana supaya pergunakanlah masa cuti dgn sebaik-baiknya...Banyakkan belajar,banyakkan berdoa,banyakkan mengharap kepada Allah SWT agar nanti di form 5 kita x jadi kelam kabut..Insyaallah binnajah..

Sabtu, 21 November 2009

Do You Know Him??

Sebelum ana menulis panjang tentang tajuk menarik pada kali ini,ana ingin mem-promote link seorang kawan ana;
(http://beancurdt0fu.blogspot.com)
Saper2 ingin menjadi kwn kpd kwn ana nie,bolehlah follow dier..

Amma Ba'du,pertama,hari ini ana sgt gembira..olalalala...Why?? Sebab abang ana akan pulang beraya kat Kelantan.. Wow!! Pasti raya Korban nie akan menjadi satu lg detik yg paling bersejarah buat ana dan keluarga kerana dapat beraya bersama-sama dgn abang2 yg bakal pulang beraya di kampung..Ana pun tak sabar2 nk tengok lembu2 kesayangan tuannya disembelih..kesian,sedey lembu tau...sobX3..Tetapi ada lg yg sedey,iaitu bila ana terkenangkan nasib umat2 Islam yg sedang ditimpa musibah terutama di Afghanistan,Pakistan,'Iraq,Zimbabwe,Mogandishu,Ambon,Maluku,dan di mana saja umat Islam yg sedang ditindas.Jadi,apa yg pentingnya ialah kerjasama kita semua untuk mendoakan kebahagiaan mereka agar mereka dapat menikmati kehidupan yg lebih sempurna di masa yg akan datang. Insyaallah..

Ikhwanul Muslimin@mat..kedua,ana ingin menyentuh tentang perhubungan kita dengan Allah SWT..agak2nya,Allah swt iktiraf tak kita nie sebagai hambanya seperti mana Allah swt iktiraf umat2 terdahulu,generasi salaf yg kuat beribadat kpd Allah sehingga 100-200 rakaat sehari mendirikan solat sunat.Mampukah kita mengerjakan ibadat seperti mana yg dilakukan oleh generasi salaf yg terdahulu?? Ouww,jawapannya mudah tanya diri kita sendiri sejauh mana keyaqinan kita terhadap Allah swt..

Setiap manusia mempunyai karamat2nya tersendiri..Kalau Para Rasul dan Nabi kita sebut Mukjizat, kalau para Wali kita sebut mulut masin,kalau jatuh bg pihak kita,kita sebut 'mujur'..Mujur nie lar sebenarnya karamat cuma kita xnampak sebab kita terlalu jauh dengan Allah swt..Tetapi bg para Wali perkara itu hanya biasa,setiap kata2 yg diucap menyebabkan orang akan merasa takut kerana masinnya mulut seseorang wali itu..sebagai contohnya Tok Kenali,ulama terkenal di Kelantan pada suatu masa dahulu,pernah memanggil orang yg menaiki motor supaya hadir ke pondoknya dgn harapan supaya dapat mengisi tangki minyak motor itu,jd Tok Kenali mengisi tangki minyak itu dengan air telaganya dan dengan tenang Tok Kenali berkata,"Jgn buka penutup tangki ini kalau tidak motor demo xkan bergerak sampai bila2"..Ternyata apa yg diucapkan Tok Kenali itu benar..Itulah karamah seorang wali.

Ketiga,ana sering berfikir dan membayangkan bagaimana rupa paras Nabi Yusuf as. sehingga orang yg sedang memotong buah tidak perasan dia telah memotong tangannya sendiri.. Do You Know Him?? Subhanallah...Hebat sungguh ciptaan Allah swt sehingga sekarang diabadikan namanya di dalam al_Quran sebagai seorang Nabi,raja dan jgk sebagai seorang yg beriman kpd Allah swt...

Hepi HoliDay....!!

(Ghast:Dari kiri PG,Ust. Azhar,Ust.Mokhtar(amir),Kazrul(Mutakallim)

Hari ini,Jumaat,20 September,bersamaan 3 Dzulhijjah adalah hari pertama mengharungi detik2 cuti akhir tahun bg tahun 2009. Yang paling seronok,ari nie dapat pi sembahyang Jumaat,biasanya ana akan perhatikan apa yg akan dikhutbahkan Imam Ust.Khuldi,tunggu punya tunggu,last2 Ust.Khuldi membaca khutbah yg bertajuk "Haji Dan Korban Adalah Satu 'Ibadat". Alhamdulillah,dgn isi yg padat dan dgn cara penyampaiannya membuatkan ana rasa kelakar..hahaha..

Bukan apa,cuma Ust.Khuldi asal dari Terengganu, jd loghat dia 2 melucukan ana yg dok kat Kelantan nie, kalau "dan" dia bca "dang" siap ada dengung plak 2...("_")..suka2 jgk tp petang 2 ana terpaksa pergi ker tempat jemaah Tabligh i'tikaf di Masjid Kerasak(dekat dgn SMI Aman)..Bila sampai sana,terkejut ana,kenapa?? Sebabnya ramai budak2 kecik dok dlm jemaah tabligh,biasanya orang2 tua jer..Ini satu kejayaan yg besar buat Jemaah Tabligh menarik minat golongan anak muda..

Lepas 2, ana lihat Abdurrahman(karkoon Mentuan) menangkap ikan dgn pukat...seronok tau..huhu>.<... Tiba2,Ustaz Mokhtar panggil, "Amir mari msuk,kita bayan Hidayah". Ana pun jawab, "Insyaallah".. Tunggu kat situ,tgk Ust. Mokhtar dah masuk dalam Masjid,ana pun start motor pi 'round2' ngan Emi keliling kg.Kerasak.. Dapat tgk mcm2 tau,tgk rumah yg dinaiki air,maklumlah musim bah kan...Lepas 2 jumpa anak2 muda dok beromen..Di kebun getah pulak 2.. Ana pun cepat2 sebut Subhanallah.. Lepas 2 dia suka..>.<'..kurang asam punya budak.. Dah lar dok beromen, suka kat aku pulak..Kow demo nk goncos!! hahahaha..gurau jah...

Akhirnya,ana pun pulang, terus jer sampai,tiba2 tgk PG dok msg...ish3..nge gewe lar 2..Baru jer nak lipat serban,tiba2 Ust. Mokhtar panggil ana, "Amir,anta pergi manOw td??". Ana jawab, "Ana pi beli Ust".. Malu nyer ana terpaksa tipu Ust... Tapi Ustaz Mokhtar tau dah ana pi jalan2.. Lepas 2 dia kata,"Banyak barang yg anta beli".. Ana pun terdiam, lalu Ust. Mokhtar pun suka terbahak2... Ana pun pikir,kenapa dgn Ustaz Mokhtar,selalunya x pernah gelak mcm nie, rupa-rupanya di suka kat jubah ana yg basah kena air banjir.. Ouwh,malunyer..(>.<')... OK, ustaz Mokhtar kata,kejap lg kita akan buat Ghast.. Ghast dari rumah ker rumah mengajak orang supaya datang ke masjid..

Adab Ghast telah disampaikan oleh PG.. Dengan suaranya yg serak2 basah sambil tgn dok bls msg,dia pn bg tau lar adab Ghast, itu ini begitu begini... banyak sgt dia bgtau, ana dgr jer.. Selesai sudah adab Ghast,kami pun keluar untuk memulakan Ghast,tapi sebelum 2 doa perlu dipanjatkan ke hadrat Allah swt agar Allah membuka hati kaum Muslimin dan jgk Muslimat agar datang solat berjemaah..

Malam 2 pulak,diadakan majlis bayan tetapi oleh kerana hari Jumaat ada penceramah jemputan jd bayan Maghrib ditangguhkan utk keesokan harinya. Seronok tau degar Ust. Maliki menyampaikan tazkirah,pasal fadhilat sedekah..Selesai jer tazkirah,kitapun solat 'Isya' berjemaah,lepas 2 diadakan Solat Hajat untuk meminta keberkatan dari Allah swt...Alhamdulillah,semuanya berjalan dgn lancar..Selesai saja solat Hajat,ana pulang ke rumah meninggalkan jemaah Tabligh yg i'tikaf di masjid Kerasak selama 3 hari.. Gud Luck utk Jemaah Tabligh... Wsalam.....قد بجاية

Jumaat, 20 November 2009

ErMmmMM...!!

Alhamdulillah...final exam sudah pun tamat semalam...!! Satu kejayaan yg besar buat ana sendiri kerana dapat menjawab soalan dgn tenang sekali tanpa gangguan dari anasir2 luar..huahuahua.. Tapi,exam selalu dikaitkan dengan keikhlasan seseorang itu menjawab..Boleh dikatakan hampir 90 peratus meniru..Woww.. So terrible!! Itulah exam,kalau tidak ada yg meniru memang menipu namanya.. Bagi ana,itulah keburukan para pelajar 2 sendiri,dah tahu kita tak pandai,buat apa tiru orang..Dah tak reti buat lar cara tak reti.. Dok diam2 kat tempat duduk.. Nie tidak,panggil orang tu,panggil orang nie..Kesian jgk kat jd victim 2,x ketinggalan termasuk ana yg menjadi victim kwn2 yg dahagakan meniru.. Bukan dahagakan ilmu,tp dahagakan meniru..Apa faedahnya meniru..?? Memperbodohkan diri kita ada lar..Tombstone sungguh pok2 nie...ahakz2... Bila ana dok tengok orang dok niru nie,ana teringat kpd kisah Wali Songo..Wali Songo terdiri drpd 9 orang Sunan..
1)Sunan Grisek(Maulana Malik Ibrahim)
2)Sunan Ampel(Raden Paku)
3)Sunan Kalijagat
4)Sunan Bonang
5)Sunan Drajat
6)Sunan Gunung Jati
7)Sunan Qudus
8)Sunan Giri
9)Sunan Muria
Kisahnya begini,asalnya wali nie ada 10 tapi oleh kerana salah seorang daripada mereka kufur kepada Allah,dan terkeluar dari jemaah Ahlussunnah Wal Jamaah kerana kesilapannya menyampaikan berita tentang ucapan2 yg dikeluarkan oleh para Wali Songo.. Orang tersebut ialah Syeikh Siti Jenar.. Dia ingin menjadi wali,tetapi kesilapannya meniru gaya Wali Songo itu sendiri membawa padah..Bukan tak boleh tiru,tapi dia tiru benda yang dia dengar dari cara sembunyi2.. Sedangkan amalan para Wali Songo dia tidak mahu tiru.. Jadi mungkin dia tersalah dengar menyebabkannya dia mengajar orang laen dengan ilmu yg salah..org kelate kato,ngaji feqoh xdei habih...Disebabkan itu dia menjadi kufur kpd Allah SWT...سبحان الله
Begitulah jgk dgn puak2 yg suka meniru ketika exam nie..Orang yg meniru dia bukannya fahampun apa yg dia tiru 2..Cuba kita bg balik soalan suruh dia jawab..gerenti tak dapat jawab..Tapi atas jasa meniru dia dapat tinggi,itu tidak glamour namaya..ike gelamo buleh lar..Jadi buat kawan2 yg suka sgt mengambil kesempatan ke atas kelemahan orang lain,xpayah lar...Buat dosa jer..Buat malu kaum Muhammad(p.Buh) jer.. Jangan disebabkan ke-BONGOK-kan kita itu nanti sampai ada orang menfitnah kita... xtually,ana pun meniru jgk..hahahha... kita dok cerita sal orang kita pn sama jer..huhuhu...(>.<)

Selasa, 17 November 2009

BaLQiS

Ratu Balqis adalah seorang wanita yang sangat cantik dan mempunyai akal yang cerdas, oleh sebab itulah golongan jin merasa iri hati dengannya. Mereka mengatakan bahawa Ratu Balqis itu mempunyai dua aib, pertama tubuhnya pendek dan kedua betisnya seperti betis unta.

Maka Nabi Sulaiman memerintahkan supaya para Jin mengubah sedikit singgahsana Ratu Balqis, lalu beliau menyuruh pula membangun sebuah mahligai yang dibuat dari kaca. Bahagian bawah mahligai tersebut dan kelilingnya mengalir sungai-sungai dengan berisikan ikan-ikan, di atas air itu dibuat sebuah jambatan daripada kaca.

Ketika Ratu Balqis dan rombongan tiba, Nabi Sulaiman bertanya kepadanya: “Apakah ini singgahsanamu? Ratu Balqis menjawab: Mungkin! Ia tidak mengatakan ya, kerana dilihatnya ada sedikit perubahan. Tetapi tidak mengatakan bukan, disebabkan ada sebahagian yang serupa dengan singgah-sananya. Dari jawapan Ratu Balqis itu, tahulah Nabi Sulaiman as bahawa ia adalah seorang wanita yang berakal sempurna serta bijaksana.

Kemudian Nabi Sulaiman as menyuruh tamunya itu masuk ke dalam istana. Ketika Ratu Balqis melihat ke dalam istana, ia melihat seakan-akan ada aliran air, sehingga ia mengangkat kainnya, sehingga betisnya tersingkap. Nabi Sulaiman as melihat betisnya itu, maka tidak ada satu aibpun seperti yang disampaikan oleh golongan jin.

Nabi Sulaiman berkata kepada Ratu Balqis: “Ini adalah sebuah mahligai yang licin, ia dibentuk daripada kaca.” ketika Ratu Balqis menyaksikan betapa hebatnya Nabi Sulaiman, ia berkata dalam hatinya: “Walaupun kerajaanku luas, singgahsanaku indah dan megah, bala tenteraku ramai, namun jika dibandingkan dengan semua yang aku saksikan ini, seakan-akan milikku tidak bererti.

Kemudian ia berkata seperti yang diungkapkan di dalam Quran, firman Allah SWT surah An Naml ayat 44 bermaksud: “Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah berbuat zalim terhadap diriku dan aku berserah diri bersama Sulaiman kepada Allah Tuhan semesta alam.” Setelah itu Ratu Balqis pun berkahwin dengan Nabi Sulaiman as. Peristiwa pernikahan Nabi Sulaiman dengan Ratu Balqis ini terjadi pada hari Jumaat.

Begitu besarnya kerajaan Nabi Sulaiman as. yang mana angin sebagai kenderaannya, manusia dan jin sebagai tenteranya, burung sebagai pembantu dan teman-teman bercakapnya, binatang-binatang buas sebagai buruhnya dan para malaikat sebagai utusannya.

Nabi Sulaiman as mempunyai satu padang, sebahagian tanahnya terbuat daripada emas dan sebahagian lagi daripada perak. Jika tenteranya berbaris di padang itu, maka panjang barisan itu tidak kurang dari seratus parsakh. Sedangkan luas tempat tinggalnya adalah sebulan perjalanan.

Kemudian golongan jin membuat untuknya sebuah permaidani daripada emas dan perak. Pada permaidani tersebut terdapat dua belas ribu mihrab, pada setiap mihrab terdapat kursi daripada emas dan perak, kemudian duduk di atas tiap-tiap kursi tersebut seorang yang alim dari ulamak Bani Israil.

Pada setiap hari dimasak kira-kira seribu unta, empat ribu lembu dan empat puluh ribu kambing. Nabi Sulaiman juga mempunyai piring-piring yang besar bagaikan kolam dan periuk yang tetap berada di atas tungku.

Firman Allah SWT:

Para jin membuat untuk Nabi Sulaiman apa yang dikehendaknya dari bangunan yang tinggi dan patung-patung dan piring-piring yang besarnya seperti kolam dan periuk yang tetap berada di atas tungku.(Saba’: 13) Begitu besarnya nikmat dan kelebihan Nabi Sulaiman as. Namun begitu kelebihan dan kenikmatan umat Nabi Muhammad SAW yang beriman, di dalam Syurga nanti disediakan tempat-tempat tinggal dan darjat, kebun-kebun, sungai-sungai dan buah-buahan. Di dalamnya diperolehi segala sesuatu yang menyenangkan jiwa dan mata. Di dalamnya juga terdapat sesuatu yang tidak pernah terlintas oleh fikiran manusia.

Dikisahkan bahawa serendah-rendah darjat tempat umat Nabi Muhammad SAW di dalam Syurga itu ialah seratus kali luas kerajaan Sulaiman as. Malah lebih baik, kerana Syurga adalah tempat yang abadi. Di dalamnya tidak ada matahari, kesejukan, kesakitan, kesusahan serta lain-lain penderitaan. Di Syurga adalah tempat yang abadi, kesenangan tanpa batas, pemberian tanpa dihitung, penerimaan tanpa ditolak.

Ada Syurga yang dinamakan dengan Darussalam, di dalamnya mempunyai keselamatan tanpa adanya kebinasaan, kenikmatan tanpa malapetaka, kecintaan tanpa permusuhan, kemuliaan tanpa kehinaan serta bermacam-macam lagi kenikmatan yang sukar untuk diungkapkan.

Kemudian Syurga Jannatunna’im. Sesungguhnya bagi orang-orang yang bertakwa disediakan di sisi Tuhan mereka Syurga kenikmatan. Di dalamnya para hamba-hamba-Nya bertempat tinggal, para nabi menjadi sahabatnya, tinggal kekal dalamnya dengan kurnia yang berlimpah ruah. Tidak ada kesusahan di dalamnya, terdapat bidadari cantik dan jelita, mahligainya tinggi dan tempat yang luas.

Syurga Firdaus, disediakan bagi orang-orang yang tidak menyekutukan Allah SWT dengan sesuatu, menjauhkan diri daripada perbuatan maksiat, tidak membuat kemungkaran serta menjalankan segala yang diperintahkan Allah SWT. Allah SWT menjadikan penghuni Syurga ini sebagai kekasihNya.

Di dalam Syurga Firdaus terdapat empat sungai, iaitu sungai dari air tawar, sungai dari air susu yang tidak berubah rasanya, sungai dari air arak yang lazat rasanya dan sungai air madu. Di dalamnya juga diperolehi berbagai macam buah-buahan. Ada lagi empat mata air iaitu: Salsabil, Zanjabil, Rohiiq dan Tasniim. Ada lagi dua mata air yang mengalir dan dua mata air yang memancar, iaitu Al-kaafuur dan Al-kautsar. Di dalamnya juga diperolehi segala sesuatu yang tidak pernah dilihat oleh mata dan didengar oleh telinga dan tidak pernah terlintas dalam hati.

Firman Allah SWT:

Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa itu di dalam taman-taman dan sungai-sungai, di tempat yang disenangi di sisi Tuhan Yang Berkuasa.”
(Al-Qamar: 54-55)

Khamis, 12 November 2009

SyaiTaN DaN iBLiS

Syaitan dan Iblis akan sentiasa mengganggu manusia, bermula dengan memperdayakan manusia dari terjadinya dengan setitik mani hinggalah ke akhir hayat mereka, dan yang paling dahsyat ialah sewaktu akhir hayat iaitu ketika sakaratul maut. Iblis mengganggu manusia sewaktu sakaratul maut disusun menjadi 7 golongan dan rombongan.

Hadith Rasulullah SAW. menerangkan:
Yang bermaksud: “Ya Allah aku berlindung dengan Engkau daripada perdayaan syaitan di waktu maut.”

Rombongan 1
Akan datang Iblis dengan banyaknya dengan berbagai rupa yang pelik dan aneh seperti emas, perak dan lain-lain, serta sebagai makanan dan minuman yang lazat-lazat. Maka disebabkan orang yang di dalam sakaratul maut itu di masa hidupnya sangat tamak dan loba kepada barang-barang tersebut, maka diraba dan disentuhnya barangan Iblis itu, di waktu itu nyawanya putus dari tubuh. Inilah yang dikatakan mati yang lalai dan lupa kepada Allah SWT inilah jenis mati fasik dan munafik, ke nerakalah tempatnya.

Rombongan 2
Akan datang Iblis kepada orang yang didalam sakaratul maut itu merupakan diri sebagai rupa binatang yang di takuti seperti, Harimau, Singa, Ular dan Kala yang berbisa. Maka Apabila yang sedang didalam sakaratul maut itu memandangnya saja kepada binatang itu, maka dia pun meraung dan melompat sekuat hati. Maka seketika itu juga akan putuslah nyawa itu dari badannya, maka matinya itu disebut sebagai mati lalai dan mati dalam keadaan lupa kepada Allah SWT, matinya itu sebagai Fasik dan Munafik dan ke nerakalah tempatnya.

Rombongan 3
Akan datang Iblis mengacau dan memperdayakan orang yang di dalam sakaratul maut itu dengan merupakan dirinya kepada binatang yang menjadi minat kepada orang yang hendak mati itu, kalau orang yang hendak mati itu berminat kepada burung, maka dirupai dengan burung, dan jika dia minat dengan Kuda lumba untuk berjudi, maka dirupakan dengan Kuda lumba (judi). Jika dia minat dengan dengan ayam sabung, maka dirupakan dengan ayam sabung yang cantik. Apabila tangan orang yang hendak mati itu meraba-raba kepada binatang kesayangan itu dan waktu tengah meraba-raba itu dia pun mati, maka matinya itu di dalam golongan yang lalai dan lupa kepada Allah SWT. Matinya itu mati Fasik dan Munafik, maka nerakalah tempatnya.

Rombongan 4
Akan datang Iblis merupakan dirinya sebagai rupa yang paling dibenci oleh orang yang akan mati, seperti musuhnya ketika hidupnya dahulu maka orang yang di dalam sakaratul maut itu akan menggerakkan dirinya untuk melakukan sesuatu kepada musuh yang dibencinya itu. Maka sewaktu itulah maut pun datang dan matilah ia sebagai mati Fasik dan Munafik, dan nerakalah tempatnya

Rombongan 5
Akan datang Iblis merupakan dirinya dengan rupa sanak-saudara yang hendak mati itu, seperi ayah ibunya dengan membawa makanan dan minuman, sedangkan orang yang di dalam sakaratul maut itu sangat mengharapkan minuman dan makanan lalu dia pun menghulurkan tangannya untuk mengambil makanan dan minuman yang dibawa oleh si ayah dan si ibu yang dirupai oleh Iblis, berkata dengan rayu-merayu “Wahai anakku inilah sahaja makanan dan bekalan yang kami bawakan untukmu dan berjanjilah bahawa engkau akan menurut kami dan menyembah Tuhan yang kami sembah, supaya kita tidak lagi bercerai dan marilah bersama kami masuk ke dalam syurga.”

Maka dia pun sudi mengikut pelawaan itu dengan tanpa berfikir lagi, ketika itu waktu matinya pun sampai maka matilah dia di dalam keadaan kafir, kekal ia di dalam neraka dan terhapuslah semua amal kebajikan semasa hidupnya.

Rombongan 6
Akan datanglah Iblis merupakan dirinya sebagai ulamak-ulamak yang membawa banyak kitab-kitab, lalu berkata ia: “Wahai muridku, lamalah sudah kami menunggu akan dikau, berbagai ceruk telah kami pergi, rupanya kamu sedang sakit di sini, oleh itu kami bawakan kepada kamu doktor dan bomoh bersama dengan ubat untukmu.” Lalu diminumnya ubat, itu maka hilanglah rasa penyakit itu, kemudian penyakit itu datang kembali. Lalu datanglah pula Iblis yang menyerupai ulamak dengan berkata: “Kali ini kami datang kepadamu untuk memberi nasihat agar kamu mati didalam keadaan baik, tahukah kamu bagaimana hakikat Allah?”

Berkata orang yang sedang dalam sakaratul maut: “Aku tidak tahu.”

Berkata ulamak Iblis: “Ketahuilah, aku ini adalah seorang ulamak yang tinggi dan hebat, baru sahaja kembali dari alam ghaib dan telah mendapat syurga yang tinggi. Cubalah kamu lihat syurga yang telah disediakan untukmu, kalau kamu hendak mengetahui Zat Allah SWT hendaklah kamu patuh kepada kami.”

Ketika itu orang yang dalam sakaratul maut itu pun memandang ke kanan dan ke kiri, dan dilihatnya sanak-saudaranya semuanya berada di dalam kesenangan syurga, (syurga palsu yang dibentangkan oleh Iblis bagi tujuan mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut). Kemudian orang yang sedang dalam sakaratul maut itu bertanya kepada ulamak palsu: “Bagaimanakah Zat Allah?” Iblis merasa gembira apabila jeratnya mengena.

Lalu berkata ulamak palsu: “Tunggu, sebentar lagi dinding dan tirai akan dibuka kepadamu.”

Apabila tirai dibuka selapis demi selapis tirai yang berwarna warni itu, maka orang yang dalam sakaratul maut itu pun dapat melihat satu benda yang sangat besar, seolah-olah lebih besar dari langit dan bumi.

Berkata Iblis: “Itulah dia Zat Allah yang patut kita sembah.”

Berkata orang yang dalam sakaratul maut: “Wahai guruku, bukankah ini benda yang benar-benar besar, tetapi benda ini mempunyai jihat enam, iaitu benda besar ini ada di kirinya dan kanannya, mempunyai atas dan bawahnya, mempunyai depan dan belakangnya. Sedangkan Zat Allah tidak menyerupai makhluk, sempurna Maha Suci Dia dari sebarang sifat kekurangan. Tapi sekarang ini lain pula keadaannya dari yang di ketahui dahulu. Tapi sekarang yang patut aku sembah ialah benda yang besar ini.”

Dalam keraguan itu maka Malaikat Maut pun datang dan terus mencabut nyawanya, maka matilah orang itu di dalam keadaan dikatakan kafir dan kekal di dalam neraka dan terhapuslah segala amalan baik selama hidupnya di dunia ini.

Rombongan 7
Rombongan Iblis yang ketujuh ini Iblis terdiri dari 72 barisan sebab menjadi 72 barisan ialah kerana dia menepati Iktikad Muhammad SAW bahawa umat Muhammad akan terbahagi kepada 73 puak (barisan). Satu puak sahaja yang benar (ahli sunnah waljamaah) 72 lagi masuk ke neraka kerana sesat.

Ketahuilah bahawa Iblis itu akan mengacau dan mengganggu anak Adam dengan 72 macam yang setiap satu berlain di dalam waktu manusia sakaratul maut. Oleh itu hendaklah kita mengajarkan kepada orang yang hampir meninggal dunia akan talkin Laa Ilaaha Illallah untuk menyelamatkan dirinya dari gangguan Iblis dan syaitan yang akan berusaha bersungguh-sungguh mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut.

Bersesuaian dengan sebuah hadith yang bermaksud: “Ajarkan oleh kamu (orang yang masih hidup) kepada orang yang hampir mati itu: Laa Ilaaha Illallah.”

FaDHiLaT KaYu KoKA'

Diantara rahsia dan kelebihan kayu Kokka menurut pengalaman mereka yang telah memakainya:

  1. Rumah yang memilikinya; aman dari ancaman dan gangguan pelbagai jenis makhluk, insya Allah.
  2. Anak menangis tidak dapat tidur; letak di bawah bantal atau rendam sebahagiannya ke dalam air lalu diberi minum, insya Allah akan tidur.
  3. Sakit gigi; rendam sebahagiannya ke dalam air suam, kemudian berkumur dengannya dan minum, insya Allah sembuh.
  4. Sakit kepala, sakit urat atau otot; gosok-gosokkan ke bahagian yang sakit, insya Allah lega.
  5. Demam, sakit Kuning, kerongkong, tongsil, guam dan ruam; rendam air dan beri minum atau titiskan ke dalam mulut, insya Allah sembuh.
  6. Ibu dalam pantang; bawa bersama semasa tidur, rendam ke dalam air suam dan minum. Insya Allah aman dan sembuh segera.
  7. Termakan santau atau terkena racun; rendamkan ke dalam air dan beri minum, insya Allah sembuh.
  8. Sekiranya dipakai pada tubuh badan, insya Allah akan terhindar dari binatang liar atau berbisa.
  9. Letakkan pada bahagian yang terkena gigitan binatang berbisa, insya Allah akan hilang segala bisanya.
  10. Jika dibawa bersama ketika berjumpa orang zalim, insya Allah akan tenang dan aman.
  11. Sekiranya memakai ketika orang hendak menyusahkan kita, insya Allah mereka tidak akan terdaya.
  12. Menurut sejarah yang berlaku di negara jiran, pembebas-pembebas di 4 wilayah telah membawanya bersama semasa berperang, lalu mengakibatkan pandangan musuh menjadi kabur dan pemakainya beroleh kemenangan, alhamdulillah.
  13. Jika dalam keadaan yang amat terdesak, logam panas yang pantas kilat lagi bahaya insya Allah tidak akan memudaratkan pemakainya yang beriman dan beramal soleh.

Ahad, 8 November 2009

FiNaL ExaM

Esok MATH ker PAI...adui,mana satu nie,nk tido pun xlena..Kalau skuad Kelantan menang semalam,pasti negeri Kelantan akan dapat cuti pada hari Isnin. Tapi,gomo gi gomo maghi,tgk2 kaloh...Allah..sakit ati..tapi xpow lar,bo nk geroh 2 gak.. Ok,sekarang nie tengah dok pening kepala memikirkan exam esok,kalau MATH,xberapa ok,kalu PAI pulak,terlebih ok....huuu,ni mesti kasitau Ustazah nie,mcm mana exam esok..Tapi kalau sampai masa debar sgt2,maybe jalan terakhir yg boleh buat ialah MENIRU...ouwh3,ana x suka itu..itu akan memburukkan lagi keadaan,memang PAI x rajin meniru,tapi kalau subjek laen...ermmm,lu pikirlah sendiri..kuang3,jgn jd mcm penyokong Kelantan semalam,datang hampir 65,000 dgn penuh semangat,tetapi,hampeh.!! Semuanya pulang dengan kekecewaan...hhaahaha..Begitu jgk dgn exam nie,jgn over confident sgt,last2 takut belebok jatuh,malu seko..!! Tu kalu jatuh seko mung,kalu 2 ore, kan dah ber_eko2..Malu lagi,sakit hati lagi,rasa nk bakar tv semalam,tp 2 sekadar permainan jer, xleh over2 sgt, Tok Guru pun marah over2 lajok.. Apow nie!! Bereh2,ana adow kijow meta,nk gi sambung s2dy Chemistry,,,,,do'a kow ana etep 2...Wsalam'alaikum......

Sabtu, 7 November 2009

KeLaTe...X GoMo MaNoW DoH!!


Sakit ati rasanya bila tgk psukan KELANTAN FC kena tibai 3-1 kat Negeri Sembilan fc,,, hhuhuhu.. sedey..sob2.. tp xper,sekurang-kurangnyer dapat masuk final selepas 39 tahun xmasuk final.. tu pun kali terakhir tahun 1970 tewas kat PERAK FC.. Walau apapun org kata, RED WARRIORS tetap mewarnai bola sepak Malaysia setelah lama menyepi. Anyway ana nk wish gud' luck kat pemain Kelantan Fc utk season 10'/11' nanti. Hari ini jgk agk2 nyer bagaimana lar reaksi peminat Kelantan,pasti ramai yg kecewa dgn keputusan ini,namun ana tetap tabik spring kat penyokong Kelantan yg datang beduyun-duyun ke Stadium Nasional Bukit Jalil. Tp ana tetap sedikit kecewa sedikit dgn sikap peminat yg bertindak membakar banner KELANTAN FC, tetapi itulah hakikatnya apabila hajat tidak kesampaian,dah lar kita yg paling ramai datang,buat malu jer bakar banner pasukan sendiri..Datang awal,balik pn awal..hahahaha... Lucu bila diingatkan balik masa perlawanan td,minit ker 60,separuh dah peminat Kelantan fc mulai keluar,,kecewa agaknyer.. tapi itulah adat permainan, menang jadi arang,kalah jd abu. Anyway,next year Kelantan fc akan kembali dgn lebih gah dan hebat lagi..insyaallah binnajah buat skuad Kelantan Fc..GoMo KeLaTe GomO....!!!!!!

Jumaat, 6 November 2009

ADaM BiLa Nk BLiK...!!


ErMM,gENaP 2BuLaN xJUmPa AnK SauDra..RinDu RsaNya Kt Dier..Sbb Muka Dier Yg CuTe..Huhuhu..Tp TnGgU JeR Lar SmPai Dia BlEH BLiK kEr KeLanTan..SeDeyNYe Rsa..Sob2..AnyWaY Dier DaH DpT SoRaNG Lg AdIk,Nma AdiB..AdiB pn GeMuk Dan MonTeL McM ADaM jgk..Eh,LupA nk KasiTau,AnK SaUdRa AnA 2 NaMa AdaM ZikRie Bin UsTaz AHMaD HusSeiNi..JaDi KpD sEmUa Yg VisiT BloG aNa nie,DoaKanLah KeseJaHtEraaN aNak SauDra ini,SyukRon Buat AnTuM SeMua..lallalalala...EsOk KeLaTe v NoGoRi ejang Oii..Hope KeLaTe Menei,SkuaD PenYoKong HafIz AkN Do'aKaN SkUaD KeLaNtaN, 7 Do'a DaRi MaRkaZ TaBLiGh DusUn RaJa..Gud LuCk!! ("_")

Khamis, 5 November 2009

QuRaNiC GeNeRaTiON

Beliau termasuk di antara orang-orang yang pertama masuk Islam, bahkan termasuk dalam deretan keenam dari orang-orang yang memeluk agama Islam. Waktu itu usianya belum mencapai 15 tahun. Ia menyaksikan salah satu mukjizat Nabi SAW lalu mengujinya dan masuk Islam tanpa ragu. Sepanjang hayatnya beliau setia terhadap Rasul hingga akhir hayat beliau.

Abdullah Ibn Mas’ud merupakan orang yang kuat menghafal Al-Quran. Ia mendengar ayat-ayat Al-Quran dari Nabi sendiri lalu menghafalnya sesuai dengan yang ia dengar. Nabi SAW pernah berkata: “Barangsiapa ingin membaca Al-Quran seperti keadaan/bacaan ketika diturunkannya, hendaklah ia membaca sebagaimana bacaan Ibn Ummi Abd (Abdullah Ibn Mas’ud).”

Mengenai kisah masuk Islamnya adalah kerana ia menyaksikan sesuatu mukjizat Nabi sebagaimana diriwayatkannya: “Saat itu aku masih muda. Aku menggembala ternak milik Uqbah Ibn Mu’ith. Lalu datanglah Rasulullah SAW bersama Abu Bakar yang sedang menjauhkan diri dari orang-orang musyrik.

Nabi bertanya: “Hai pemuda, adakah engkau memiliki air susu yang boleh kami minum?”

Jawabku: “Tidak ada.”

Sabda Nabi: “Adakah kamu mempunyai seekor kambing betina usia empat tahun yang belum digauli oleh kambing jantan?”

Jawabku: “Ada.”

Kemudian aku membawa kambing tersebut kepada baginda. Nabi memegang kambing itu sambil mengusap-usap tetek kambing seraya berdoa. Tiba-tiba susu kambing itu membesar, lalu Abu Bakar datang menuju baginda sambil membawa sebuah bekas, dan baginda memerah susu ke dalam bekas tadi. Setelah itu Rasulullah meminum susu tersebut lalu sisanya diberikan kepada Abu Bakar, kemudian diberikan kepadaku.

Sesudah itu Nabi SAW bersabda yang ditujukan kepada susu kambing: “Menyusutlah.” Seketika itu juga susunya mengempis. Aku berkata kepada baginda: “Wahai Rasulullah, ajarilah aku ucapan tersebut!” Baginda menjawab: “Engkau adalah pemuda yang pandai!” Setelah aku masuk Islam, aku hafal 70 surat dari lisan baginda sendiri. Dan tiada seorangpun yang dapat menandingi aku dalam hal ini.”

Sejak pertemuan pertama dengan Rasulullah dan kesaksiannya terhadap mukjizat tersebut, Abdullah Ibn Mas’ud mencapai darjat yang tinggi dalam iman. Dirinya dipenuhi dengan cahaya kebenaran dan setia kepada Nabi. Beliau menghafal wahyu satu demi satu dan membaca Al-Quran sebagaimana ia mendengarkannya dari Nabi. Beliau termasuk orang pertama yang mengumandangkan Al-Quran di hadapan kaum Quraisy tanpa rasa takut akan kemarahan dan balas dendam mereka kepadanya.

Dia adalah seorang pemuda berbadan kurus, tidak memiliki suatu kesenangan duniawi. Ia merasa cukup kuat dengan kurnia Tuhan-Nya, sehingga menjadikannya pemberani dalam menghadapi peristiwa yang berbahaya. Waktu itu para sahabat Nabi berharap agar kaum Quraisy mahu mendengarkan Al-Quran, akan tetapi siapa yang berani mengumandangkan bacaannya di hadapan mereka? Hal ini merupakan peristiwa yang memerlukan keberanian dan pengorbanan teristimewa sekali kerana kaum Quraisy bersikap memusuhi terhadap agama baru (Islam).

Tentu saja siapa pun yang berani mengumandangkan Al-Quran, yang merupakan seruan untuk memeluk agama itu, akan menemukan gangguan kaum Quraisy. Yahya Ibn Umayyah meriwayatkan peristiwa tersebut dengan ucapannya:
“Abdullah Ibn Mas’ud merupakan orang yang pertama mengumandangkan Al-Quran setelah Rasulullah SAW.

Suatu ketika para sahabat Nabi berkumpul, lalu mereka berkata: “Demi Allah, kaum kafir Quraisy tidak mendengar Al-Quran ini dikumandangkan sama sekali. Siapakah gerangan orang yang berani membuat mereka mendengarkannya?”

Spontan Abdullah Ibn Mas’ud berkata: “Saya!”

Para sahabat Nabi berkata: “Kami mengkhuatirkan keadaanmu. Kami menghendaki adanya seorang lelaki yang memiliki kabilah tersendiri yang boleh mencegah mereka darinya, jika mereka mahu.”

Jawab Abdullah Ibn Mas’ud: “Setelah itu, sesungguhnya Allah akan membelaku.”

Kemudian berangkatlah Ibn Mas’ud hingga sampai pada tempat yang tinggi sedangkan kaum Quraisy ada di bawahnya. Ia berdiri lalu membaca: “Bismilla hirrahma nirrahim (dengan suara keras), ar-rahma ‘allamal Quran.” Setelah itu ia membaca di hadapan kaum kafir Quraisy.

Timbullah dua ucapan dari mereka: “Apa yang diucapkan oleh Ibn Ummi Abd? Ia membaca sebahagian dari yang dibaca/dibawa oleh Muhammad. Lantas mereka berdiri menuju kepadanya. Terjadilah apa yang dikehendaki oleh Allah. Setelah itu ia pulang menuju para sahabatnya dengan penuh derita di wajah dan badannya.

Para sahabat berkata: “Inilah yang aku takutkan terjadi padamu.”

Maka jawabnya: “Musuh-musuh Allah itu hanya perkara kecil bagiku sekarang. Andaikata engkau inginkan lagi, tentu aku akan berangkat seperti ini lagi besok.”

Jawab mereka: “Cukup bagimu.” Mereka telah mendengarkan apa yang mereka benci.”

Peristiwa hebat ini menjelaskan sejauh mana Abdullah Ibn Mas’ud mengalami pengorbanan demi memperoleh keredhaan Allah dan Rasul-Nya. Pemuda miskin ini berani menghadapi mereka tanpa dukungan kabilah yang ia miliki, menghadap (kaum) Quraisy yang memiliki harta yang berupa kekuasaan. Ia memikul beban gangguan dengan redha asal mereka dapat mendengarkan apa yang mereka benci.

Ketika Nabi mengizinkan sebahagian sahabatnya berhijrah, Abdullah Ibn Mas’ud berhijrah dua kali. Saat itu ia mencapai usia dewasa lalu kembali ke Makkah setelah jumlah kaum muslimin bertambah, dan Islam bertambah kekuatan, kemuliaan dan pertahanan.

Ketika Rasulullah mengizinkan hijrah ke Madinah, Abdulah Ibn Mas’ud ikut hijrah dan menjumpai Mu’adz Ibn Jabal. Di situlah Nabi mempersaudarakan antara umat Islam. Beliau mempersaudarakan antara Abdullah Ibn Mas’ud dengan Zubair Ibn al-Awwam dari kalangan Muhajirin, dan antara Abdullah Ibn Mas’ud dengan Mu’adz Ibn Jabal dari kalangan al-Ansar. Ia memperoleh keuntungan yang banyak kerana dekatnya dengan Nabi. Ia mendirikan rumahnya berdekatan dengan masjid Rasul.

Nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepada Abdullah Ibn Mas’ud ini menjadikan para sahabat berharap seandainya mereka juga boleh memperoleh seperti itu. Mereka berkata: “Sesungguhnya ia boleh masuk saat kita terhalang, dan dapat menyaksikan saat kita hadir.” Mereka menganggap hal tersebut sebagai kurnia yang melimpah kerana dekatnya dengan tempat Rasul.

Sebahagian dari perkara yang menunjukkan amat cintanya Nabi SAW kepada Ibn Mas’ud adalah beliau memintanya membaca beberapa ayat Al-Quran al-Karim. Suatu ketika Rasulullah bersabda kepadanya: “Bacalah untukku, hai Abdullah.” Jawab Ibn Mas’ud: “Aku membaca untukmu? Padahal wahyu diturunkan kepadamu?”

Jawab Nabi, “Sebenarnya aku ingin mendengarkan Al-Quran dari selain diriku.”

QiSoH an_Naar

Dikisahkan dalam sebuah hadis bahawa sesungguhnya neraka Jahannam itu adalah hiam gelap, tidak ada cahaya dan tidak pula ia menyala. Dan ianya memiliki 7 buah pintu dan pada setiap pintu itu terdapat 70,000 gunung, pada setiap gunung itu terdapat 70,000 lereng dari api dan pada setiap lereng itu terdapat 70,000 belahan tanah yang terdiri dari api, pada setiap belahannya pula terdapat 70,000 lembah dari api.
Dikisahkan dalam hadis tersebut bahawa pada setiap lembah itu terdapat 70,000 gudang dari api, dan pada setiap gudang itu pula terdapat 70,000 kamar dari api, pada setiap kamar itu pula terdapat 70,000 ular dan 70,000 kala, dan dikisahkan dalam hadis tersebut bahawa setiap kala itu mempunyai 70,000 ekor dan setiap ekor pula memiliki 70,000 ruas. Pada setiap ruas kala tersebut ianya mempunyai 70,000 qullah bisa.

Dalam hadis yang sama menerangkan bahawa pada hari kiamat nanti akan dibuka penutup neraka Jahannam, maka sebaik sahaja pintu neraka Jahannam itu terbuka, akan keluarlah asap datang mengepung mereka di sebelah kiri, lalu datang pula sebuah kumpulan asap mengepung mereka disebelah hadapan muka mereka, serta datang kumpulan asap mengepung di atas kepala dan di belakang mereka. Dan mereka (Jin dan Mausia) apabila terpandang akan asap tersebut maka bergetarlah dan mereka berlutut dan memanggil-manggil, "Ya Tuhan kami, selamatkanlah."

Diriwayatkan bahawa sesungguhnya Rasulullah S.A.W telah bersabda : "Akan didatangkan pada hari kiamat itu neraka Jahannam, dan neraka Jahannam itu mempunyai 70,000 kendali, dan pada setiap kendali itu ditarik oleh 70,000 malaikat, dan berkenaan dengan malaikat penjaga neraka itu besarnya ada diterangkan oleh Allah S.W.T dalam surah At-Tahrim ayat 6 yang bermaksud : "Sedang penjaganya malaikat-malaikat yang kasar lagi keras."
Setiap malaikat apa yang ada di antara pundaknya adalah jarak perjalanan setahun, dan setiap satu dari mereka itu mempunyai kekuatan yang mana kalau dia memukul gunung dengan pemukul yang ada padanya, maka nescaya akan hancur lebur gunung tersebut. Dan dengan sekali pukulan sahaja ia akan membenamkan 70,000 ke dalam neraka Jahannam.

Rabu, 4 November 2009

DoA RaSuLuLLaH DiToLaK

'Amir bin Said dari bapanya berkata bahawa : "Satu hari Rasulullah S.A.W telah datang dari daerah berbukit. Apabila Rasulullah S.A.W sampai di masjid Bani Mu'awiyah lalu beliau masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat dua rakaat. Maka kami pun turut solat bersama dengan Rasulullah S.A.W.

Kemudian Rasulullah S.A.W berdoa dengan doa yang agak panjang kepada Allah S.W.T :

Setelah selesai beliau berdoa maka Rasulullah S.A.W pun berpaling kepada kami lalu bersabda yang bermaksud : "Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T tiga perkara, dalam tiga perkara itu cuma dia memperkenankan dua perkara saja dan satu lagi ditolak.

1. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya ia tidak membinasakan umatku dengan musim susah yang berpanjangan. Permohonanku ini diperkenankan oleh Allah S.W.T.

2. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku ini jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang telah melanda umat Nabi Nuh s.a). Permohonanku ini telah diperkenankan oleh Allah S.W.T.

3. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku tidak dibinasakan kerana pergaduhan sesama mereka (peperangan, pergaduhan antara sesama Islam). Tetapi permohonanku telah tidak diperkenankan (telah ditolak).

Isnin, 2 November 2009

QiSoH HaYaTuS SaHaBaH(9)

Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Diwaktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya. "Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu, tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati." Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya, "Apakah katamu hai saudaraku ? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini."

Abu Hassan bertanya, "Bagaimana hal yang merisaukanmu ?" Wanita itu menjawab, "Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya, "Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing ?" Jawab adiknya, "Baiklah kalau begitu ?"
Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu. Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya. Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua."

Lalu Abul Hassan bertanya, "Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu ?" Wanita itu menjawab, "Tiada seorang pun yang dapat membedakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berbeda. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka."

Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan tauladan di mana kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah s.w.t. dalam setiap terkena musibah dan dugaan dari Allah. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda dalam firman Allah s.w.t. dalam sebuah hadith Qudsi,:
"Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil kekasihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya."

Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda,:
" Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang."
Dan sabda Rasulullah s.a.w pula, " Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka." (Riwayat oleh Imam Majah)

QiSoH iBLiS LakNaTuLLaH(2)

Telah diceritakan bahawa Allah s.w.t. telah menyuruh iblis laknatullah datang kepada Nabi Muhammad s.a.w agar menjawab segala pertanyaan yang baginda tanyakan padanya. Pada suatu hari Iblis laknatullah pun datang kepada Baginda s.a.w. dengan menyerupai orang tua yang baik lagi bersih, sedang ditangannya memegang tongkat.
Bertanya Rasulullah s.a.w, "Siapakah kamu ini ?"
Orang tua itu menjawab, "Aku adalah iblis."
"Apa maksud kamu datang berjumpa aku ?"
Orang tua itu menjawab, "Allah menyuruhku datang kepadamu agar kau bertanyakan kepadaku."

Baginda Rasulullah s.a.w lalu bertanya, "Hai iblis, berapa banyakkah musuhmu dari kalangan umat-umatku ?"
Iblis menjawab, "Lima belas."

1. Engkau sendiri hai Muhammad.
2. Imam dan pemimpin yang adil.
3. Orang kaya yang merendah diri.
4. Pedagang yang jujur dan amanah.
5. Orang alim yang mengerjakan solat dengan khusyuk.
6. Orang Mukmin yang memberi nasihat.
7. Orang yang Mukmin yang berkasih-sayang.
8. Orang yang tetap dan cepat bertaubat.
9 Orang yang menjauhkan diri dari segala yang haram.
10. Orang Mukmin yang selalu dalam keadaan suci.
11. Orang Mukmin yang banyak bersedekah dan berderma.
12. Orang Mukmin yang baik budi dan akhlaknya.
13. Orang Mukmin yang bermanfaat kepada orang.
14. Orang yang hafal al-Quran serta selalu membacanya.
15. Orang yang berdiri melakukan solat di waktu malam sedang orang-orang lain semuanya tidur.


Kemudian Rasulullah s.a.w bertanya lagi, "Berapa banyakkah temanmu di kalangan umatku ?"
Jawab iblis laknatullah, "Sepuluh golongan :-

1. Hakim yang tidak adil.
2. Orang kaya yang sombong.
3. Pedagang yang khianat.
4. Orang pemabuk/peminum arak.
5. Orang yang memutuskan tali persaudaraan.
6. Pemilik harta riba'.
7. Pemakan harta anak yatim.
8. Orang yang selalu lengah dalam mengerjakan solat/sering meninggalkan solat.
9. Orang yang enggan memberikan zakat/kedekut.
10. Orang yang selalu berangan-angan dan khayal dengan tidak ada faedah.

Mereka semua itu adalah sahabat-sahabatku yang setia."
Itulah di antara perbualan Nabi dan iblis laknatullah. Sememangnya kita maklum bahawa sesungguhnya Iblis laknatullah itu adalah musuh Allah s.w.t. dan manusia. Dari itu hendaklah kita selalu berhati-hati jangan sampai kita menjadi kawan iblis laknatullah, kerana sesiapa yang menjadi kawan iblis laknatullah bermakna menjadi musuh Allah s.w.t.. Demikianlah sebaliknya, sesiapa yang menjadi musuh iblis laknatullah bererti menjadi kawan kekasih Allah s.w.t..

'AUJ BIN UNUQ DIBINASAKAN OLEH BURUNG HUD-HUD

'Auj bin Unuq adalah manusia yang berumur sehingga 4,500 tahun. Tinggi tubuh badannya di waktu berdiri adalah seperti ketinggian air yang dapat menenggelamkan negeri pada zaman Nabi Nuh a.s. Ketinggian air tersebut tidak dapat melebihi lututnya. Ada yang mengatakan bahawa dia tinggal di gunung. Apabila dia merasa lapar, dia akan menghulurkan tangannya ke dasar laut untuk menangkap ikan kemudian memanggangnya dengan panas matahari. Apabila dia marah atas sesebuah negeri, maka dia akan mengencingi negeri tersebut hinggalah penduduk negeri itu tenggelam di dalam air kencingnya.

Apabila Nabi Musa bersama kaumnya tersesat di kebun teh, maka 'Auj bermaksud untuk membinasakan Nabi Musa bersama kaumnya itu. Kemudian 'Auj datang untuk memeriksa tempat kediaman askar Nabi Musa a.s., maka dia mendapati beberapa tempat kediaman askar Nabi Musa itu tidak jauh dari tempatnya. Kemudian dia mencabut gunung-gunung yang ada di sekitarnya dan diletakkan di atas kepalanya supaya mudah untuk dicampakkan kepada askar-askar Nabi Musa a.s.
Sebelum sempat 'Auj mencampakkan gunung-gunung yang diunjung di atas kepalanya kepada askar Nabi Musa a.s, Allah s.w.t. telah mengutuskan burung hud-hud dengan membawa batu berlian dan meletakkannya di atas gunung yang dijunjung oleh 'Auj. Dengan kekuasaan Allah s.w.t., berlian tersebut menembusi gunung yang dijunjung oleh 'Auj sehinggalah sampai ke tengkuknya. 'Auj tidak sanggup menghilangkan berlian itu, akhirnya 'Auj binasa disebabkan batu berlian itu.

Dikatakan bahawa ketinggian Nabi Musa a.s adalah empat puluh hasta dan panjang tongkatnya juga empat puluh hasta dan memukulkan tongkatnya kepada 'Auj tepat mengenai mata dan kakinya. Ketika itu jatuhlah 'Auj dengan kehendak Allah s.w.t. dan akhirnya tidak dapat lari daripada kematian sekalipun badannya tinggi serta memiliki kekuatan yang hebat.

UNTA MENJADI HAKIM

Pada zaman Rasulullah s.a.w., ada seorang Yahudi yang menuduh orang Muslim mencuri untanya. Maka dia datangkan empat orang saksi palsu dari golongan munafik. Rasulullah s.a.w. lalu memutuskan hukum unta itu milik orang Yahudi dan memotong tangan Muslim itu sehingga orang Muslim itu kebingungan. Maka ia pun mengangkatkan kepalanya menengadah ke langit seraya berkata, "Tuhanku, Engkau Maha Mengetahui bahawa sesungguhnya aku tidak mencuri unta itu."
Selanjutnya orang Muslim itu berkata kepada Rasulullah s.a.w., "Wahai Rasulullah, sungguh keputusanmu itu adalah benar, akan tetapi mintalah keterangan dari unta ini."

Kemudian Rasulullah s.a.w. bertanya kepada unta itu, "Hai unta, milik siapakah engkau ini ?" Unta itu menjawab dengan kata-kata yang fasih dan terang, "Wahai Rasulullah, aku adalah milik orang Muslim ini dan sesungguhnya para saksi itu adalah dusta." Akhirnya Rasulullah s.a.w. berkata kepada orang Muslim itu, "Hai orang Muslim, beritahukan kepadaku, apakah yang engkau perbuat, sehingga Allah Taala menjadikan unta ini dapat bercakap perkara yang benar." Jawab orang Muslim itu, "Wahai Rasulullah, aku tidak tidur di waktu malam sehingga lebih dahulu aku membaca selawat ke atas engkau sepuluh kali."

Rasulullah s.a.w bersabda, "Engkau telah selamat dari hukum potong tanganmu di dunia dan selamat juga dari seksaan di akhirat nantinya dengan sebab berkatnya engkau membaca selawat untukku."
Memang membaca selawat itu sangat digalakkan oleh agama sebab pahala-pahalanya sangat tinggi di sisi Allah s.w.t. Lagi pula boleh melindungi diri dari segala macam bencana yang menimpa, baik di dunia dan di akhirat nanti. Sebagaimana dalam kisah tadi, orang Muslim yang dituduh mencuri itu mendapat perlindungan daripada Allah s.w.t. melalui seekor unta yang menghakimkannya.

KUBUR BERKATA-KATA

Dikisahkan bahawa sewaktu Fatimah r.a. meninggal dunia maka jenazahnya telah diusung oleh 4 orang, antara :-

1. Ali bin Abi Talib (suami Fatimah r.a)
2. Hasan (anak Fatima r.a)
3. Husin (anak Faimah r.a)
4. Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a

Sewaktu jenazah Fatimah r.a diletakkan di tepi kubur maka Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a berkata kepada kubur, "Wahai kubur, tahukah kamu jenazah siapakah yang kami bawakan kepada kamu ? Jenazah yang kami bawa ini adalah Siti Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah s.a.w."
Maka berkata kubur, "Aku bukannya tempat bagi mereka yang berdarjat atau orang yang bernasab, adapun aku adalah tempat amal soleh, orang yang banyak amalnya maka dia akan selamat dariku, tetapi kalau orang itu tidak beramal soleh maka dia tidak akan terlepas dari aku (akan aku layan dia dengan seburuk-buruknya)."

Abu Laits as-Samarqandi berkata kalau seseorang itu hendak selamat dari siksa kubur hendaklah melazimkan empat perkara semuanya :-

1. Hendaklah ia menjaga solatnya
2. Hendaklah dia bersedekah
3. Hendaklah dia membaca al-Quran
4. Hendaklah dia memperbanyakkan membaca tasbih kerana dengan memperbanyakkan membaca tasbih, ia akan dapat menyinari kubur dan melapangkannya.

Adapun empat perkara yang harus dijauhi ialah :-

1. Jangan berdusta
2. Jangan mengkhianat
3. Jangan mengadu-domba (jangan suka mencucuk sana cucuk sini)
4. Jangan kencing sambil berdiri

Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing."
Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini.

Jangan sekali-kali kita berfikir bahawa kita akan dapat menjawab setiap soalan yang dikemukakan oleh dua malaikat Mungkar dan Nakir dengan cara kita menghafal. Pada hari ini kalau kita berkata kepada saudara kita yang jahil takutlah kamu kepada Allah s.w.t. dan takutlah kamu kepada soalan yang akan dikemukakan ke atas kamu oleh malaikat Mungkar dan Nakir, maka mereka mungkin akan menjawab, "Ah mudah sahaja, aku boleh menghafal untuk menjawabnya."
Itu adalah kata-kata orang yang tidak berfikiran. Seseorang itu tidak akan dapat menjawab setiap soalan di alam kubur jikalau dia tidak mengamalkannya sebab yang akan menjawab ialah amalnya sendiri. Sekiranya dia rajin membaca al-Quran, maka al-Quran itu akan membelanya dan begitu juga seterusnya.