Sabtu, 26 September 2009

PESAN MAK


Assalamualaikum......
Sebagai membuka tirai wasiat ini, marilah kita
memulakannya dengan surah Al-Fatihah dengan penuh
khusyuk dan tawadhuk sambil memohon agar ALLAH swt
memperkenalkannya.Al-Fatihah........

Seandainya kita dianugerahkan ALLAH cahaya mata 'penimang hati' samada putera ataupun puteri maka
kita memohon semuga dikurniakan 'zuriatan
shalihatan' yaini keturunan yang baik-baik.Oleh itu
menjadi kewajipan ibu dan ayah memberi nama yang
baik-baik.

Wahai anak lelakiku, semuga dinyalakan ALLAH
semangant dan jiwa yang kuat untukmu.Engkau tidak
berdosa dan bersih laksana kain putih.Ibu berdoa
agar dikau tidak diwarisi oleh keganasan dunia
melainkan memiliki kemantapan peribadi muslim
sejati.

Wahai anak perempuanku,Rasulullah pernah bersabda,

"Sekuntum bunga harum semerbak kita cium,sedang
rezekinya telah dijamin oleh ALLAH swt".

Sungguh berbahagia kalau bunga wangi itu menjadi
milik kita.Sebenarnya tidak kira lelaki atau
perempuan kedua-duanya sama saja bagi kita menerima
anugerah yang tidak terperi nilainya itu.

Wahai anakku, sakit ibu ketika hamil tidak ibu
hiraukan meskipun bergelut dengan sang maut namun
ibu relakan kerana daramu adalah darah merah dari
pembuluh darahku juga.Kaulah anak yang telah
tercipta dan bernyawa dalam rahim ibu.

Disini ibu wasiatkan padamu sebagai panduan dan
pegangan sandarkanlah wasiat ini dengan kalimah
INSYAALLAH, semuga diizinkan ALLAH untuk kau
laksanakan.

Anakku,

Dalam hidupmu ibu memohon agar kau redha terhadap
apa jua ketetapan yang ALLAH takdirkan
keatasmu.Jangan diratapi dan ditangisi kalau ibu
telah tiada lagi didunia ini.

"Jalan yang ditempuh oleh kehidupan ini laksana samudera yang penuh ombak dan gelombang" begitulah
kata Luqmanul Hakim.

Didalam kitab telah nyata diterangkan dunia ini
adalah negara bala dan ujian.Sekiranya merasa susah
dan derita dalam memperjuangkan ajaran agama ALLAH
yang suci, kau berhiburlah anakku dengan apa yang
difirmankan oleh ALLAH :

"ALLAH telah melebihkan orang yang berjuang itu
diatas orang yang duduk beribadat dengan pahala yang
amat besar" ( surah An Nisa )

Wahai anakku,

Ibu tidak dapat meneka samada setelah kau dewasa
kelak kau akan muncul ditengah-tengah masyarakat
sebagai ahli filosof agama atau yang lebih hebat
dari itu, atau mungkin kau akan menjadi seorang
tokoh politik dalam dunia Islam yang berapi-api
menentang kezaliman dengan lidah dan tangan untuk
membenteras penjajahan jasmani dan rohani.

Atau mungkin kau berpuas hati dengan hanya menjadi
ahli pendidik agama yang berpegang kuat kepada
ideologi Islam iaitu IMAN, ILMU dan AMAL.

Atau mana tahu anakku, kau menjadi seorang pujangga
yang berkaliberdalam menerokai bidang sastera Islam
seperti Omar Khayam atau Mohammad Iqbal.

Seribu atau lebih lagi antaranya menantimu dihadapan
tetapi yang utama bagi ibu kau dapat mencapai mercu
kejayaan dalam segenap usaha demi menegak dan
mempertahankan syiar Islam.Itulah pokok bagi
keseluruhan cita-cita ibu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan