Jumaat, 19 Mac 2010

PeRsOaLaN DaRi AmaNiNa.....ONCe UpON a TiMe in YM,,tp SeKaRaNG BarU BoLeH JaWaB NgN DeTaiL...

Salam Matmei (namo sohor nih,,koya nyoh ak)...Nak tnye salahkah kaum hawa berkenalan dgn kaum adam yg xdikenali,,klau lar dia 2 bkn dari agama Islam apa hukumnya ?? "Nyna,,tika chatting dlm YM dulu...tp xingat doh tahun nie ker tahun lpas,,,

Maka jawabnya ini 3 video untuk jawapan bagi soalan ini. Ustaz ini namanya Ustaz Azhar Idrus, beliau penceramah bebas di negeri Terengganu Darul Iman dan begitu alim dalam masalah2 feqah maka janganlah ragu2 untuk menerima pendapat2 nya . Harap disebar2kan supaya masing2 dapatmanfaatnya...


## Maaf kepada Nyna yang bertanya kerana terlalu lama menjawab soalan ini...Tahun lpas lg rasanya... Maaf... Ingatkan ana jika masih ada soalan yang ana masih tidak jawab...
Sebaiknya kalau boleh ana mahu pendapat2 dari semua saudara2 supaya ilmu2 yang disebarkan ini lebih menarik untuk dibaca... Jika ada kelemahan atau kekurangan pada apa yang ana sebarkan, ana mohon komen daripada semua insyaAllah supaya ana dapat baiki kekurangan yang ada, ini semua untuk kebaikan semua insyaAllah.
Wallahu'alam....

-UTHMAN BIN MUHAMED_5BETA'010-

Khamis, 18 Mac 2010

PeRSoaLaN DaRi HaMBa ALLaH.... SoLaT SuNaT TaUBaT ...

"Aku tengah takut nie Mei , camne kalo kite da byk kali btaubat ,,memg nekad sgt2 smpai solat taubat mnitis air mata,,sedangkn lpas drpd tu pkra yg sama tetap dbuat..rase mcm tuhan da murka sgt dh tapi maso ak btaubat tu bkn saja2,,sguh2 sgt,,bleh bg pendpt x?? kalu mu oyak,ak timo kasih lar..smoga Allah mberkati kita,,insya-Allah..",Hamba Allah...

Maka jawabnya sebaiknya ana cerita sedikit tentang solat sunat taubat ini, mungkin ada yang kurang faham tentang solat ini.Solat ini boleh dilakukan sebanyak mana yang dikehendaki asalkan ia dilakukan setiap 2 rakaat dengan 1 salam. Cara mengerjakan solat taubat sama sahaja dengan solat2 sunat yang lain, cuma niatnya sahaja berbeza. Seingat ana, sekiranya seseorang itu berniat untuk solat sunat dua rakaat tetapi solat itu dikerjakan untuk memohon ampun daripada Allah maka juga dikira solat sunat taubat.

Solat sunat taubat hukumnya adalah sunat. Yang wajibnya ialah bertaubat. Sekiranya dia hanya beristighfar sahaja tanpa melaksanakan solat taubat dengan niat untuk bertaubat maka juga dikira bertaubat .Maknanya taubat ini tidak semestinya dilakukan dengan mendirikan solat sunat taubat kerana solat taubat ini hukumnya sunat.Ini kerana ramai orang salah faham kerana mereka fikir jika ingin taubat atau menyesal maka perlu melaksanakan solat taubat sehingga menjadi berat kepada sebilangan orang yang sudah melakukan dosa untuk bertaubat tapi bila sudah taubat kita laksanakan pula solat taubat maka itu lebih baik untuk menunjukkan kita ni bersungguh2 mohon ampun pada Allah.

Sebaiknya kita mesti faham apa maksud taubat itu.Bertaubat dari sesuatu dosa itu ialah menyesal akan perbuatan yg telah dilakukan dan berazam tidak akan melakukannya lagi. Taubat tidak semestinya menitis air mata, taubat ini ialah kesedaran atau penyesalan pada diri seseorang itu tentang dosa yg telah dilakukannya pada Allah dan seterusnya memohon ampun pada Allah.

Sekiranya kita sudah bertaubat dan melaksanakan solat sunat taubat sehingga menitis air mata emas sekalipun tetapi masih ada sedikit niat untuk melakukanya dosa itu lagi jika ada peluang di lain masa maka tidaklah dipanggil taubat.
Dalam surah Al-Imran ayat 135 Allah telah berfirman yg bermaksud:
"Dan orang-orang yang apabila mereka telah melakukan perbuatan keji atau menganiyai diri mereka sendiri, lantas mereka ingat kepada Allah, kemudian mereka memohon ampun atas dosa-dosa mereka itu."

Apabila kita benar2 menyesal dan berazam tidak akan mengulangi dosa itu lagi dan memohon ampun kepada Allah maka InsyaAllah dosa dan kesalahan yang terlanjur dilakukannya itu akan diampuni Allah swt.
Dalam situasi nie, setahu ana kaedah dalam masalah bertaubat begini, apabila seseorang itu bertaubat pada sesuatu dosa maka dosa yg dia telah lakukan itu dikira sudah tiada dan apabila diulangi lagi dosa yg sama maka dosa itu dikira dosa yg baru.

Bertaubat bukan perkara main2, contohnya kita selalu sakitkan hati kawan kita dan kita menyesal dan mohon maaf dengan kawan kita itu, keesokkan harinya kita sakitkan pula hati dia dan kita mohon maaf lagi dan keesokkannya lagi kita sakitkan hati dia lagi, bolehkah kita bayangkan perasaan kawan kita itu?(ceih,, mcm aku buat ari2 kat budak kelas 5Beta) lebih2 lagi kawan kita tu selalu baik dengan kita, selalu belanja makan(xdok lg stakat nie,stakat ttawar adO Lar kot), selalu bagi pinjam duit, selalu tolong kita, lepas tu kita buat macam tu pula pada dia. Sekarang kita cuba pula bayangkan bagaimana perasaan Allah apabila kita main2 mohon maaf pada Allah? Allah dah bagi macam2 pada kita kan? Patut ke kita buat Allah macam tu?
Surah A-Baqarah ayat143. .....Sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kepada manusia... Wallahu a'alam... Aku pum banyak wat sakit ati mu whai Hamba Allah,, jd ak mitOk maaf lar....