Rabu, 30 September 2009

Kenapa Allah hilangkan lidah ikan


Rasulullah SAW bersabda,''sejahat -jahat manusia pada hari akhirat nanti
ialah orang yang bermuka dua. Barang siapa bermuka dua di dunia ini maka
di akhirat kelak dia akan mempunyai dua lidah dari lidah api neraka
jahanam.''
Sabda Rasulullah lagi,''Tidak akan masuk syurga bagi orang yang suka
membesar-besarkan cerita.''Bila ditanya apakah hikmah,Baginda
menjawab,''sesungguhnya Allah telah menciptakan semua makhluk itu
mempunyai lidah samada yang boleh berkata-kata dan yang tidak
boleh berkata,''
Seorang sahabat pun bertanya,''Kenapa ikan tidak mempunyai lidah?'"
Sabda Rasulullah SAW,''setelah Allah menciptakan Adam a.s,
maka diperintahkan sekalian malaikat agar tunduk sujud kepadanya.
Semua malaikat patuh pada perintah itu kecuali iblis laknat.Oleh kerana
iblis enggan sujud, maka Allah melaknatnya serta mengusirnya keluar dari
syurga dan di hapuskan rupanya yang elok itu lalu di hantar iblis ke
bumi. Apabila di turunkan ke bumi iblis terus menuju ke laut.Pertama
sekali yang di jumpai iblis ialah ikan.
Iblis pun menceritakan akan keburukan serta kekurangan Adam kepada ikan,
"Sesungguhnya Adam itu amat suka memburu dan membunuh binatang -binatang
yang ada di lautan dan juga daratan". Apabila ikan mendengar kata-kata
iblis itu, ia pun segera menghebahkan nya kepada binatang laut yang lain
mengenai berita tentang Adam a.s.
Oleh kerana Allah tidak menyenangi perbuatan ikan itu lalu di
hilangkannya
lidah ikan agar tidak lagi menyampaikan berita yang tidak sebenarnya.
IKHTIBAR:Bahaya bermuka dua.Wallahua'lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan