Sabtu, 5 September 2009

DUNIA INI SUDAH NYANYUK

Ayahku berkata “ Dunia ini sudah nyanyuk........ ” “ Kenapa ayah kata
begitu?.” Soalku meminta penjelasan. “ Ialah, tak payah tengok
banyaklah,
buah sudah tidak bermusim lagi...., durian tak payah menunggu musimnya,
sentiasa berbuah sahaja sepanjang tahun....dunia sudah tua, tidak
dapat
mengingati, bilakah masa sepatutnya untuk dia mengeluarkan buah....”.
Terdetak dalam hatiku, betul kata ayah.
Dunia ini ibarat manusia. Menjalani kitaran hidupnya dari bayi yang
baru
lahir kepada kanak-kanak, dari kanak-kanak membesar menjadi remaja.
Setelah
itu bertambah usianya menjadi dewasa dan akhirnya pastikan datang usia
tua.
Ibarat itulah juga dunia. Tidak tahu lagi, setakat mana dia msmpu
bertahan
hingga sampainya hari kematian iaitu akhirat.
“ Ketahuilah, bahawa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah
permainan dan
sesuatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta
berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang
tanam-tanamannya mengagumkan para petani, kemudian tanaman itu menjadi
kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di
akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta
keredhaan-Nya. Dan ketahuilah dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan
yang
menipu.” ( Al-Hadid :20)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan