Rabu, 30 September 2009

UMAT ISLAM DI AMBON,INDONESIA DITINDAS & KERUNTUHAN KAABAH

terdapat beberapa hadis dan athar mengenai kemusnahan kaabah pada akhir zaman,antaranya....
1-daripada abu hurairah r.a..bahawasanya rasulullah s.a.w bersabda.."kaabah akan dimusnahkan oleh lelaki zu al-suwaiqatain(lelaki berkaki kurus).dari habsyah kini di ethopia)..al-bukhari no 1591.
2-daripada ali r.a.berkata lakukanlah tawaf sebanyak mungkin dirumah(kaabah) ini sebanyak mungkin sebelum kamu dihalang melakukanya.seolah-olah aku dapat melihatnya(seorang lelaki dari habsyah)dengan kepala dan telinga yang kecil menghancurkanya(kaabah)dengan cangkulnya."al-fakihi.akhbar makkah dan fath al-bari"
3-oleh ibnu abbas r.a..bahawasanya nabi s.a.w bersabda;"seolah-olah aku dapat melihatnya,hitam dan berkaki tempang.dia meruntuhkan batunya(kaabah)satu persatu.(al-bukhari n0.1595)
wallahu'alam....
Back

Kenapa Allah hilangkan lidah ikan


Rasulullah SAW bersabda,''sejahat -jahat manusia pada hari akhirat nanti
ialah orang yang bermuka dua. Barang siapa bermuka dua di dunia ini maka
di akhirat kelak dia akan mempunyai dua lidah dari lidah api neraka
jahanam.''
Sabda Rasulullah lagi,''Tidak akan masuk syurga bagi orang yang suka
membesar-besarkan cerita.''Bila ditanya apakah hikmah,Baginda
menjawab,''sesungguhnya Allah telah menciptakan semua makhluk itu
mempunyai lidah samada yang boleh berkata-kata dan yang tidak
boleh berkata,''
Seorang sahabat pun bertanya,''Kenapa ikan tidak mempunyai lidah?'"
Sabda Rasulullah SAW,''setelah Allah menciptakan Adam a.s,
maka diperintahkan sekalian malaikat agar tunduk sujud kepadanya.
Semua malaikat patuh pada perintah itu kecuali iblis laknat.Oleh kerana
iblis enggan sujud, maka Allah melaknatnya serta mengusirnya keluar dari
syurga dan di hapuskan rupanya yang elok itu lalu di hantar iblis ke
bumi. Apabila di turunkan ke bumi iblis terus menuju ke laut.Pertama
sekali yang di jumpai iblis ialah ikan.
Iblis pun menceritakan akan keburukan serta kekurangan Adam kepada ikan,
"Sesungguhnya Adam itu amat suka memburu dan membunuh binatang -binatang
yang ada di lautan dan juga daratan". Apabila ikan mendengar kata-kata
iblis itu, ia pun segera menghebahkan nya kepada binatang laut yang lain
mengenai berita tentang Adam a.s.
Oleh kerana Allah tidak menyenangi perbuatan ikan itu lalu di
hilangkannya
lidah ikan agar tidak lagi menyampaikan berita yang tidak sebenarnya.
IKHTIBAR:Bahaya bermuka dua.Wallahua'lam.

BIDADARI SYURGA


'Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang
paling cantik dikalangan bidadari-bidadari yang lain
Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika
nabi memberi targhib (berita-berita semangat di
kalangan sahabat untuk berjihad pada agama
Allah) katanya siapa-siapa yang keluar di jalan
Allah tiba-tiba ia shahid, maka dia akan
dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik
dikalangan bidadari2 syurga. Mendengar berita itu
seorang sahabat yang usianya sangat muda
teringin sangat nak tahu bagaimana cantiknya
bidadari tersebut.... tetapi dia malu nak
bertanyakan kepada nabi kerana malu pada
sahabat-sahabat yang lain. Namun dia tetap beri
nama sebagai salah sorang yang akan
keluar/pergi. Sebelum Zohor sunnah nabi akan
tidur sebentar (dipanggil khailulah), maka sahabat
yang muda tadi juga turut bersama jemaah tadi...
tidur bersama-sama....
Dalam tidur tersebut dia bermimpi berada di satu
tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan
seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik
dan muka yang berseri2 lalu ditanyanya
dimanakah dia... lalu lelaki itu menjawab inilah
syurga. Lalu dia menyatakan hasrat untuk
berjumpa dengan 'Ainul Mardhiah... lalu
ditunjuknya di suatu arah maka berjalan dia... di
suatu pepohon beliau mendapati ada seorang
wanita yang tak pernah dia lihat kecantikan
begitu... takpernah dilihat didunia ini... lalu diberi
salam dan dia bertanya andakah ainul mardhiah...
wanita itu menjawab ehh tidakk... saya
khadamnya ainul mardhiah ada di dalam
singgahsana sana.
Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai
yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi
wanita yang kecantikannya berganda-ganda dari
yang pertama tadi sedang mengelap permata-mata
perhiasan di dalam mahligai.... lalu diberi salam
dan di tanya lagi adakah dia ainul mardiah lalu
wanita itu menjawab... eh tidakkk saya hanya
khadamnya di dalam mahligai ini... ainul mardiah
ada di atas mahligai sana,..... lalu dinaikinya anak-
anak tangga mahligai permata itu kecantikkannya
sungguh mengkagumkan... lalu dia sampai ke
satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang
berganda-ganda cantik dari yang pertama dan
berganda-ganda catiknya dari yang kedua.... dan
tak pernah dia lihat di dunia.... lalu wanita itu
berkata ... akulah ainul mardhiah, aku diciptakan
untk kamu dan kamu diciptakan untk aku.... bila
lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab...
nantiii kamu belum syahid lagiiii...... tersentak itu
pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia
menceritakan segala-galanya kepada satu sahabat
lain, namun begitu dia memesan agar jangan
menceritakan cerita ini kepada nabi SAW... tapi
sekiranya dia shahid barulah ceritakan kepada
nabi.
Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan
jemaah yang terdapat Nabi di dalamnya telah
keluar berperang lalu ditakdirkan pemuda tadi telah
shahid. Petang tersebut ketika semua jemaah
telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka
puasa maka mereka telah menunggu makanan
untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu
sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang shahid
tadi telah bangun dan merapati nabi SAW dan
menceritakan perihal sahabat nabi yang sahaid
tadi... dalam menceritakan itu nabi menjawab
benar... benar... benar... dalam sepanjang cerita
tersebut. Akhirnya nabi SAW berkata memang
benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini
dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di
syurga.... subhanallah...

Isnin, 28 September 2009

Beza Lelaki & Wanita


Lelaki
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri,dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.BERATKAN!

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya.BERATKAN??!

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.
Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan
beratnya dosa-dosa yang ditanggung.

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.

Wanita
a.. Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
b.. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi
tidak sebaliknya.
c.. Saksinya kurang berbanding lelaki.
d.. Menerima pusaka kurang dari lelaki.
e.. Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
f.. Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
g.. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
h.. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya?? Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.
Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?
Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh
segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.
Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu
Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja:
1)sembahyang 5 waktu,
2)puasa di bulan Ramadhan,
3)taat suaminya dan
4)menjaga kehormatannya.

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH...sayangnya ALLAH pada wanita ...begitu juga terhadap lelaki yang diangkat sebagai khalifah di muka bumi......
" Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri "

'AMALAN


Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan..

1.bismillahhirrahmannirrahim: pada tiap-tiap hendak melakukansesuatu.
2.alhamdulliah:pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.
3.astagfirrullah:jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.
4.insyaallah:jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.
5.lahaulawalaquataillahbillah:bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.
6.innalillah:jika menghadapi musibah atau melihat kematian.
7.laailaahaillallah:bacalah sepanjang siang dan malam sebanyakbanyaknya.amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang yang terpilih oleh Allah.

Ahad, 27 September 2009

12 BARISAN MANUSIA… MENUJU KE AKHIRAT:-


Barisan pertama: di iringi dari kubur dlm keadaan tidak bertangan & berkaki.
Keadaan ini dijelaskan melalui seruan Allah swt :'mereka orang2 yg
Menyakiti hati jiran sewaktu hidup mereka.mereka yg sombong & tidak
Berbuat kebaikan kepada jiran tetangga akan mendapat kehinaan didunia
Maupun di akhirat'.firman Allah 'aku akan memalingkan hati orang yg
Sombong serta takbur di muka bumi ini dengan tiada alasan yg benar dari
memahami) ayat2 Ku(yg menunjukkan kekuasaan Ku) , itulah balasan & tempat
Kembali mereka adalah neraka'


Barisan ke-2: di iringi dari kubur dlm bentuk babi hutan
Datang seruan Allah 'mereka orang yg meringan2kan solat sewaktu
Hidup , sesungguhnya orang yg memelihara solat 5waktu akan dihindari dari
Siksa kubur sebaliknya , mereka yg mengabaikan maka waktu dia
Mati , mayatnya akan dihimpit oleh liang lahat sehingga berselisih tulang rusuk.'
Rasulullah saw bersabda 'sesungguhnya seorang hamba apabila dia berdiri
Untuk bersolat , maka di letakkan semua dosanya di atas kepala & kedua2
Bahunya , maka setiap kali dia rukuk atau sujud , berjatuhanlah dosa2 itu


Barisan ke-3: di iringi dari kubur dgn bentuk keldai & perut penuh ular
Serta kala jengking 'mereka adalah orang yg enggan membayar zakat ketika hidupnya walaupun Pada ketika itu mereka tergolong dlm orang yg berkemampuan. Inilah
Balasannya & tempat kembali mereka adalah neraka


Barisan ke-4:diiringi dari kubur dlm keadaan darah memancut keluar dari mulut
'mereka adalah antara orang yg suka berdusta ketika berjual Beli.berniagalah dengan jujur serta amanah agar hasil yg diperoleh Datang dari sumber yg halal.


Barisan ke-5: diiringi dari kubur dalam keadaan berbau busuk seperti bangkai
Ketika itu Allah menurunkan angin sehingga bau busuk itu menganggu
Ketenteraman padang mahsyar 'mereka ini adalah orang yang menyembunyikan
Perlakuan derhaka , takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula takut
Kepada Allah.inilah balasannya & tempat mereka juga adalah neraka

Barisan ke-6 : diiringi dari kubur dengan keadaan kepala terputus dari badan
Mereka adalah orang yg dahulunya menjadi saksi palsu.


Barisan ke-7: diiringi dair kubur tanpa lidah tetapi mengalir darah &
Nanah dari mulut mereka Mereka ini adalah orang yg enggan memberi kesaksian kebenaran

Barisan ke-8:diiringi dari kubur dlm keadaan terbalik , kepala kebawah & kaki ke atas Mereka adalah orang yg melakukan zina.tempat mereka juga adalah di Neraka. Sabda rasulullah 'tiada bersunyi2an antara seorang lelaki & Wanita , melainkan wujudnya syaitan sebagai orang ketiga antara mereka'

Barisan ke-9:diiringi dari kubur dengan wajah hitam & bermata Biru , sementara dlm diri mereka penuh dengan api gemuruh Mereka adalah orang yg makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya


Barisan ke-10: diiringi dari kubur dlm keadaan tubuh berpenyakit sopak & dipenuhi kusta Mereka ini adalah orang yg derhaka kepada ibu bapa sewaktu hidupnya.

Barisan ke-11: diiringi dari kubur dlm keadaan buta , gigi panjang seperti Tanduk lembu jantan , bibir terjuih hingga ke dada & lidah terjulur hingga Ke perut serta keluar pelbagai kotoran yg menjijikkan. Mereka ini adalah orang yg minum arak sewaktu hidupnya.

Barisan ke-12: diiringi dari kubur dengan wajah bersinar2 seperti bulan purnama
Mereka melalui titian siratulmustakim seperti kilat.datang suara dari
Sisi Allah yang memaklumkan 'mereka semasa hidupnya adalah orang yg
Beramal salih & melakukan kebaikan.mereka juga menjauhi perbuatan
Derhaka , memelihara solat lima waktu , & meninggalkan dunia dalam keadaan
Bertaubat.inilah balasan mereka & tempat kembali mereka adalah
Syurga , beroleh keampunan , kasih sayang & keredhaan Allah swt.'

Demi Cinta Suci - UNIC


Ohh...Umm....oh
Benar hatiku luka pedih kerana dicalari cinta penuh duri
Lemas aku dalam dilemma Atau janji manis Sungguh tak bermakna
Bridge:
Bagimu kasih Bagai mencari Mutiara putih
Walau ke dasar lautan sanggup ku selami
Namun tak percaya Apa yang telah aku terjumpa
Kau sebutir pasir tak berharga
Korus 1:
Demi cinta yang suci Ku rela korbankan Kepentingan diri ohh
Demi sinar bahagia Ku hambakan diri Padanya yang Esa
Dari ini ku rasai Nikmatnya cinta yang suci Bila terbahagi Dengan cinta yang kau beri
Ranjau yang berduri Akan aku tabah menempuhnya
Menunggu iman didalam jiwa
Ohh..... Baru kini kurasai nikmatnya Cinta yang suci Bila dah terbahagi
Dengan cinta yang kau beri
Ranjau yang berduri Akan aku tabah menempuhnya
Menunggu iman didalam jiwa
Korus 2:
Demi cinta yang suci Ku rela korbankan Kepentingan diri
ohh
Demi sinar bahagia Ku hambakan diri Padanya yang Esa
Demi cinta hakiki Kusanggup redahi Apa yang terjadi
Apalah erti cinta suci Andai janji-janji Sering dimungkiri
Apalah erti cinta murni Andai kata-kata Sering didustai
Umhh....

KHAT





1001 KISAH RASULULLAH S.A.W.


Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan ke dalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat. Lalu Rasulullah menegurnya. "Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang
kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?" Lalu gadis malang inipun menceritakan hal yang berlaku padanya :- "Ya,Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini." Balas gadis tadi. "Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku." Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut."Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka.

Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata." Gadis itu berhenti seketika menahan sebak. "Kemudian kulihat ditangan kirinya ada seketul keju
dan ditangan kanannya ada sehelai tuala kecil.Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang
hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya? Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja. Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi. Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang
dermawan dan kuat beramal. Lalu aku bertanya kepada ayahku. "Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menaggung azab di neraka.Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia kulihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama. Lalu dijawab oleh ayahnya. Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan
ketika didunia. Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka. Belum sempat air

tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur.
Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk. Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah." Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir dipipi. Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak
tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah. Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat islam. Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh.

Rasulullah lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah.
Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau
berikan kepada ibumu.Mudah-mudahan segala dosanya

{uthman:hayatuss sahabah}

AKHIRAT JUA YG ABADI


Hidup di dunia adalah tumpangan sementara waktu saja. Lepas itu kita akan menginap di satu tempat yang kekal di akhirat iaitu syurga atau neraka. Di dunia, kita ditugaskan mencari seberapa banyak bekal untuk dibawa ke akhirat. Dunia bukan tempat bersenang-lenang.
Kesenangan di dunia sementara dan bersifat palsu. Begitu juga dengan kesusahan di dunia - sementara dan palsu.
Perlulah kita fahami bahawa kesenangan di dunia bukan betul-betul senang kerana kemungkinan sekali ia menjadi bala, sementara kesusahannya pula mungkin menjadi satu rahmat dan kenikmatan pula. Dunia adalah tempat kita ditipu dan menipukan.
Akhirat sahaja tempat yang kekal di mana kesenangannya adalah mutlak 100% dan kesusahannya juga 100%. Menyedari hakikat ini, perlulah kita menyediakan perbekalan untuk satu perjalanan yang sangat jauh. Kekurangan bekalan akan amat menyulitkan perjalanan kita.
Dalam menjalani kehidupan seharian, kita sering lupa akan matlamat kehidupan kita yang sebenarnya. Lantaran itu Allah seringkali memberi peringatan (notis) supaya kita tidak lupa akan matlamat penghijrahan kita ke alam Baqa'. Notis demi notis dikenakan ke atas diri kita, tetapi kita tidak faham-faham atau tidak erti bahasa dan gembira malah semakin besar tawanya. Kalau TNB memberi notis pemotongan elektrik, kita menjadi kelam-kabut, tetapi bila Allah menghantar notis, kita buat acuh-tak-acuh saja.
Nabi Musa pernah memberitahu Malaikat supaya segera memberitaunya sebelum mencabut nyawanya. Tetapi tatkala akan diambil nyawanya, Nabi Musa bertanya kenapa Malaikat itu tidak memberitaunya lebih awal. Malaikat segera menjawab, Allah telah banyak kali menghantar peringatan demi peringatan.
Di antara peringatan (notis) yang dihantar oleh Allah ialah semasa pertukaran rambut hitam menjadi putih, gigi menjadi rongak, mata bertambah kabur, pendengaran bertambah kurang, badan segar menjadi layu, kuat menjadi lemah, muda menjadi tua, kulit semakin kendur dan sebagainya.
Ada 3 kategori manusia dalam menghadapi kematian:
Pertama : Bila teringat akan mati, terasa lapang hatinya. Hatinya menjadi suka. Kelompok manusia dalam kategori ini ialah mereka yang benar-benar berilmu dan telah penuh keimanannya terhadap Allah dan hari akhirat. Mereka telah mencapai makrifat terhadap Allah. Ini ialah maqam tertinggi yang dimiliki oleh para wali.
Kedua: Apabila teringat mati, hatinya menjadi takut, kecut dan gementar. Mereka ialah orang-orang kafir yang tidak sanggup berjumpa dengan Allah. Mereka seumpama binatang-binatang liar kepunyaan seseorang. Apabila tuannya hendak mengambilnya, dia cuba melarikan diri tetapi dapat ditangkap secara paksaan. Kematian mereka amat menghinakan.
Ketiga: Golongan ini merasa dukacita dan takut terhadap kematian. Tetapi apabila telah mengalami mati, dia berasa sukacita. Malahan jika diberi pilihan, mereka tidak akan mahu kembali ke dunia semula. Mereka telah dapat mengecapi dan menikmati alam yang lebih kekal dan lebih baik daripada alam fana yang penuh dengan kesusahan dan kesengsaraan. Golongan ini ibarat seorang bayi yang baru lahir dari perut ibunya. Semasa akan keluar, bayi akan menangis kerana menyangka hidup di dalam perut ibunya lebih baik dan nyaman daripada alam dunia. Tetapi apabila telah lahir di dunia ini, dia tidak akan mahu kembali ke dalam perut ibunya meskipun diberi pilihan. Manusia yang termasuk dalam golongan ini ialah orang-orang beriman yang belum mencapai taraf tinggi atau orang mukmin biasa.
Marilah kita berlumba-lumba mencari bekalan untuk akhirat. Janganlah kita asyik berlumba-lumba mencari bekalan dunia sehingga terlupa pertemuan kita dengan Allah. Kematian hanya penghijrahan atau perpindahan alam; berpindah dari negeri binasa ke negeri yang kekal abadi. Allah telah menghantar banyak notis kepada kita dan jadikanlah ia sebagai cemeti untuk menyedarkan diri tentang kematian yang sudah tentu akan menemui kita. Wallahu 'Alam.

[SEDUTAN CERAMAH UTHMAN DI MASJID TELONG,SUNGAI 2,MELAWI]

HIKMAH WUDHUK(2)

Tahukah teman-teman, salah satu syarat sah sembahyang ialah mengambil
wudhuk. Berikut adalah cara-cara mengambil wudhuk yang sempurna dengan wudhuk yang sempurna insyaallah kita akan mendapat kekhusyukan dalam sembahyang.

Penjelasannya:
1.Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah
2.Ahli syurga mukanya putih berseri-seri
3.Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan
4.Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri
5.Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala
6.Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll
7.Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali
8.Qada' dan Qadar kita di tangan Allah
Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmah nya yang tersendiri.
Pernahkah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa?.
Pernahkah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam?

Pernahkah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam?
Bersyukurlah dan bertaubatlah selalu. Insya Allah dapat pahala berdakwah.
Wasallam.

WANITA LEBIH BERHARGA


Wanita lebih b’nilai drpd sebutir permata.Kalau pun nk diibaratkan dgn sebutir permata bukanlah pd harganya ttp pd cahayanya yang gemerlapan. Kerana harga adlh nilai kebendaan yg boleh pasang surut, sdg cahaya tetap b’seri².

Permata t’hasil melalui proses kimia yg memakan masa ribuan tahun di dlm kerak bumi. Begitulah wanita muslimah sejati menjadi serikandi menerusi selok belok didikan murni Al-Quran, hadith, ibu bapa dan suasana yg t’pelihara..

Wanita mesti sedar bahawa mrk bukan barangan tontonan, bukan barangan dagangan nafsu atau pelaris produk.Wanita dilihat oleh Islam pd cahaya hati mrk yg menyinari alam didikan keluarga.Raut wajah mrk yg tenang, b’chy hasil drpd ibadah mencerita’n kemampuan membesar’n anak supaya b’taqwa.

Perasaan halus di jiwa mrk m’hembuskan nafas iman utk meluruskan akhak anak²
mukmin. Pada cahaya kecerdikan mrk t’sedia gedung ilmu m’bekalkan anak dgn ilmu dan panduan hidup luhur dan suci.

Dgn itu, Islam mewartakan wanita wajib dimuliakan sejajar dgn tugas mendidik yg hebat ini. Keluarga ialah perkara penting dlm masyarakat manusia. Dlm keluarga,didikan adlh tujuan utama.Dalam didikan wanita yg bergelar ibu adlh teramat penting. “Syurga Di Bawah Tapak Kaki Ibu”-maksud hadith-

Syurganya anak b’gantung pd keteguhan agama ibu. Wanita wajib dipelihara drpd lahir hingga matinya.Rasulullah s.a.w menyebut; “Siapa yg membenci wanita bukan drpd golonganku..”. Wanita wajib dipelihara ketulinan jiwa dan akal mrk agar sentiasa bersih dan bolah membersih’n akhlak, akal dan sikap anak². Wanita tidak boleh dikasari spt lelaki.Dilarang b’peleseran spt lelaki sama ada atas nama kerja atau apa sekalipun. Ini kerana,mrk umpama permata, bakal rundung cahaa cerdik dan sucinya jika terkasar, t’geser, t’calar dan t’dedah pd kancah kekotoran.

Dip’tanggungjawabkan ke atas ibu bapa supaya tidak mendedahkan anak perempuan b’gaul bebas dgn lelaki atau m’hadiri acara yg m’hilangkn malunya. Malu adlh warisan mulia wanita.Pergaulan bebas dan acara memansuhkan
sifat malu menjatuhkan martabat wanita.

Keperibadian wanita dibina dgn sembilan bahagian nafsu dan satu bahagian akal. Hanya sifat malu yg mencegahnya drpd b’gelora liar dan m’aibkan. Perjuangan wanita sudah dijayakan oleh Rasulullah s.a.w 1500 thn yg lampau.
Sblm itu keadaan jahiliyyah meletakkan wanita semata² sbg barangan sekd dan barang dagangan. Amalan b’suami lebih drpd satu sudah cukup m’gambarkan betapa anak yg lahir tidak diketahui keturunannya. Islam b’jaya memuliakan wanita dgn m’haramkan pbunuhan anak perempuan, perhambaan dan pelacuran. Digantikan dgn perintah wajib diberi ilmu kpd mrk, wajib diberi nafkah, wajib disantuni, disegerakan nikah jika ada lamaran yg memenuhi syarat adil dan wajib dilindungi janda dan anak yatim mrk.

Dgn t’laksananya keadilan t’hdp wanita yg dip’juangkan oleh syarat Allah t’hasillah para ilmuan wanita, ibu² yg t’pelajar, para hafizah yg m’hayun buaian, terbit anak² cendiakawan ulung dan para imam mujtahidin drpd keluarga. Sdg masa itu Barat masih dlm kemelut p’hambaan, sistem feudal dan wanita ditindas t’kebelakang selama beberapa abad.

Oleh itu, p’juangan wanita sudah t’garis di dlm Al-Quran, iaitu p’juangan m’dpt martabat taqwa di sisi Allah, memelihara kehormatan diri, menyusu dan mendidik agar anak² t’pelihara drpd api neraka, menutup tubuh agar dikenali sbg org mulia dan tidak mengumpat atau menjaga tepi kain org lain.

Perjuangan wanita sbg sayap kanan membantu suami dlm menegak kebenaran
Islam, sbg penenang gundah dan letih suami ketika pulang ke rumah dan sbg penyampai ilmu pengetahuan sesama mrk. Apakah tidak cukup pengiktirafan Al-Quran kepada wanita m’dpt pahala, gelaran b’taqwa serta balasan Syurga abadi dgn setiap amal baik mrk sama spt lelaki?? Berlainan jantina ttp sama hadiah dan ganjaran. Perjuangan wanita jgn membalik ke belakang, mengajak sama rupa, sama bebas, sama liar, sama dedah, sama dadah dan sama jahil spt wanita musyrik. Perjuangan wanita jgn mengorban diri. Perjuangan wanita Barat merebut persamaan hak kabur krn sehingga kini mrk tak juga t’bela dr segi kehormatan, cuma m’dpt peluang b’jawatan itu dan ini. Tidak lebih drpd p’juangan kebendaan...

[new post from aMir]

TIPS MENGEKALKAN PERSAHABATAN


Saling Memberi Kebebasan
Persahabatan memberi kita ruang utk berkongsi suka duka bersama dan bukannya utk saling menyakiti dan membenci di antara satu sama lain. Tetapi menjadi sahabat baik juga tidak bermakna kamu harus memiliki seluruh ruang hidupnya. Misalnya, melarang temanmu membuat itu dan ini. Malah kamu juga sibuk mengatur perjalanan hidupnya. Ini jelas menunjukkan kamu terlalu mementingkan perasaan sendiri tanpa mempedulikan perasaan org lain. Apalah salahnya jika kamu saling menghormati hak kebebasan dirinya. Dan apa yg penting, si dia jujur pada persahabatannya.

Saling Menahan Rasa Cemburu
Ramai yg berkata cemburu itu bunganya cinta. Tanpa cemburu persahabatan yg dibina tak adalah 'thrill'nya. Tetapi cemburu yg membabi buta boleh menjejaskan hubungan. Ada baiknya sebelum api cemburumu memuncak, cuba selidiki dahulu kebenarannya. Jika ada yg tak kena, tanyalah temanmu itu dgn baik tanpa bersikap marah dan menuduh. Usahakan utk berbicara dgn fikiran yg matang dan tenang. Sebenarnya perasaan cemburu ini tidak perlu terlalu ditonjolkan kerana ini boleh membuatkan temanmu itu naik tocang. Dia akan mempergunakan kelemahan kamu itu utk membuat kamu berasa cemburu dengan berulang kali. Tentu menyakitkan...

Saling Memahami
Utk menjadi sahabat yg baik kamu harus berusaha memahami dan mengenali diri sendiri serta permasalahannya dgn lebih mendalam. Misalnya temanmu itu menolak ajakanmu untuk keluar menonton wayang bersama, kamu tidak boleh membuat tanggapan yg bukan2 tentang dirinya. Mungkin dia mempunyai urusan yg mesti diselesaikan terlebih dahulu. Adalah lebih baik kamu mencari hiburan sendiri lagipun esok masih ada masa utk kamu bertemu si dia.

Saling Mengalah
Demi menyelamatkan hubungan, tidak ada ruginya sekali sekala kamu bersikap mengalah. Kamu dan si dia sering bercanggah pendapat. Seperti menonton wayang, kamu sukakan filem romantik tetapi dia pula suka filem aksi. Oleh kerana sayangkan tali persahabatan yg telah terbina sekian lama maka si dia sentiasa menuruti segala kemahuanmu semata-mata mahu menjaga hati dan perasaanmu. Tetapi bila difikirkan semula, apalah salahnya sekali sekala kamu pula yg beralah dan cuba belajar memahami minatnya. Situasi ini tentu akan membuat si dia berasa bahagia dan lebih menyayangi dirimu.

Saling Memberi Kemaafan
Memaafkan perlu tetapi tidak mudah selagi perasaan kesal dan kecewa menguasai diri. Tetapi sebagai insan biasa, kita tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan dan kesilapan. Lagipun, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula kita sesama sendiri.
Belajar menjadi seorang teman yg sudi memberi kemaafan kepada org lain biarpun kamu sendiri tahu perkara itu bukanlah berpunca dari kesalahan atau kesilapan dirimu.

from_uthman{"_"}amir

Teman Sejati


Saban hari,
Dua tangan menadah memohon,
Dipertemu izinMu Yang Maha Agung,
Sahabat… Kawan… Rakan sejati,
Menjadi teman, penghibur kala lara.

Masa berlalu,
Bersyukur padaMu Rabbul Izzati,
Kini ku bersua… temui,
Kaulah sahabat sejati,
Kehadiran mu memberi seribu erti,
Erti itu tak mungkin diulas,
Makna itu tak bias dikupas,
Teramat ku hargai…

Kaulah sahabat,
Menghulur sokongan menginjek semangat,
Memberi harapan di kala terkehel,
Nasihat mu terukir kotak memori,
Abadi… Senantiasa…

Sahabat,
Ku mengharapkan kejujuranmu,
Kasih sayang dan keikhlasanmu,
Moga pasti,
Persahabatan hari ini,
Nun jauh di sana,
Kekal buat selama-lamanya.

Teman,
Meski kini,
Perpisahan muncul tanpa diundang,
Lantas terundang pilu di sudut sanubari,
Berat hati tak dapat menghalang,
Aku pasrah kehendakMu, Yang Maha Agung.

Teman,
Kuat yakinku,
Bukan ini catatan pertemuan terakhir,
Namun jika sebaliknya,
Ku pohon kemaafan keikhlasan daripadamu,
Dan pasti, nama dan kenangan bersama mu,
Kekal… Tak mungkin terpadam,
Sesungguhnya… Kaulah teman sejati.

hargailah wanita.......


Suatu ketika, ada seorang anak laki-laki yang
bertanya pada ibunya.
"Ibu, mengapa Ibu menangis?". Ibunya
menjawab, "Sebab aku wanita".
"Aku tak mengerti" kata si anak lagi. Ibunya hanya
tersenyum dan
memeluknya erat. "Nak, kamu memang tak akan
pernah mengerti...."
Kemudian anak itu bertanya pada
ayahnya. "Ayah, mengapa Ibu
menangis?, Ibu menangis tanpa sebab yang
jelas". sang ayah
menjawab, "Semua wanita memang sering
menangis tanpa alasan". Hanya
itu jawaban yang bisa diberikan ayahnya.
Sampai kemudian si anak itu tumbuh menjadi
remaja, ia tetap
bertanya-tanya, mengapa wanita menangis.
Hingga pada suatu malam,
ia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, "Ya
Allah, mengapa wanita
mudah sekali menangis?"
Dalam mimpinya ia merasa seolah Tuhan
menjawab, "Saat Kuciptakan
wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama.
Kuciptakan bahunya,
agar mampu menahan seluruh beban dunia dan
isinya, walaupun juga
bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk
menahan kepala bayi
yang sedang tertidur.
Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat
melahirkan dan mengeluarkan
bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali ia
menerima cerca dari
anaknya itu. Kuberikan keperkasaan yang akan
membuatnya tetap
bertahan, pantang menyerah saat semua orang
sudah putus asa.
Kepada wanita, Kuberikan kesabaran untuk
merawat keluarganya walau
letih,
walau sakit, walau lelah, tanpa berkeluh kesah.
Kuberikan wanita, perasaan peka dan kasih
sayang untuk mencintai
semua anaknya dalam kondisi dan situasi
apapun. Walau acapkali
anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya.
Perasaan ini pula
yang akan memberikan kehangatan pada bayi-
bayi yang mengantuk
menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan
memberikan kenyamanan saat
didekap dengan lembut olehnya.
Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing
suaminya melalui
masa-masa sulit dan menjadi pelindung baginya.
Sebab bukannya
tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan
jantung agar tak
terkoyak.
Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan
kemampuan untuk memberikan
pengertian dan menyadarkan bahwa suami yang
baik adalah yang tak
pernah melukai istrinya. Walau seringkali pula
kebijaksanaan itu
akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan
kepada suami agar
tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling
menyayangi.
Dan akhirnya Kuberikan ia air mata agar dapat
mencurahkan
perasaannya. Inilah yang khusus Kuberikan
kepada wanita, agar dapat
digunakan kapan pun ia inginkan. Hanya inilah
kelemahan yang
dimiliki wanita, walaupun sebenarnya air mata ini
adalah air mata
kehidupan".

Sabtu, 26 September 2009

HIKMAT SURAH DIDALAM AL-QUR'AN


HIKMAT, RAHSIA DAN KHASIAT SURAH DAN AYAT ALQURAN ALKARIM

BISMILLAH (Dengan nama Allah)
Barangsiapa membaca sebanyak 21 kali ketika hendak tidur,Nescaya terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin,daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian terkejut.Dan barangsiapa membaca sebanyak 50 kali diahadapan orang yang zalim,hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada pembaca.

SURAH AL-FATIHAH (Pembukaan)
Barangsiapa membacanya sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunatnya, nescaya permintaannya di perkenankan, jika sakit lekas sembuh dannescaya dikasihi oleh makhluk dan ditakuti oleh musuh. Barangsiapa membaca 20kali sesudah tiap-tiap sembahyang fardhu, nescaya rezkinya dilapangkan olehTuhan dan bertambah baik keadaannya, serta bercahaya rohaninya.

AYAT AL-KURSI (Kekuasaan Allah)
Barangsiapa membacanya sekali selepas setiap sembahyang fardhu,nescaya terpelihara dari tipudaya dan ganguan syaitan. Dengan membacanya,seorang yang miskin akan menjadi kaya, dan jika dibaca ketika hendak tidur nescayaakan terselamat dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.Barangsiapa sentiasa membaca ayat Al-Kursi, nescaya Allah akan kurniakan kepada ahli rumahnya kebaikkan yang tidak terhitung banyaknya. Barangsiapa berwudhuk
lalu membaca sekali, nescaya Allah Akan meninggikan darjatnya setinggi40 darjat dan Allah akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya,raya berdoa untuk sipembaca sehinggalah ke hari Qiamat. Dan tersebut seDalam hadith yang lain:Barangsiapa membacanya ketika hendak tidur,nescaya Allah akan membuka pintu rahmat baginya hingga kesubuh, dan mengurniakan kota nur menurut bilangan rambut dibadannya. Jika sipembacanya meninggal dunia pada malam itu, ia dikira mati syahid. Hadith yang
lain mengatakan:Barangsiapamembacanya selepas setiap sembahyang fardhu,nescaya akan terpelihara dari kekerasan malakul-maut, dan Allah sendiri yang mencabut rohnya, dan dia akan dibangkitkan bersama para Mujahid yang berjihad beserta para Anbiya hingga ia gugur mati Syahid. ImamJaafar Shadiq r.a. mengatakan: Barangsiapa membaca sekali, nescaya Allah akan menghindar darinya 1,000 kesukaran duniawi, yang terkecil sekali
ialah kemiskinan dan kepapaan, dan 1,000 kesukaran ukhrawi, yang terkecil sekali ialah azab neraka.

SURAH AL-BAQARAH (Sapi Betina)
Barangsiapa membaca dua ayat terakhir dari surah ini (Amanarrasulu)sebelum tidur, ia akan terselamat dari segala bala bencana dan mara bahaya.

SURAH ALI-IMRAN (Keluarga Imran)
Barangsiapa membaca tiga ayat yang pertama dari surah ini, Nescaya ia akan mencapai kesihatan dari segala penyakit dan terselamat dari gangguan jin.

SURAH AN-NISSA' (Perempuan)
Barangsiapa yang membaca ayat yang ke 75 dari surah ini, nescaya ia akanterselamat dari kejahatan para penjahat.

SURAH AL-MAIDAH (Hidangan)
Barang siapa membaca ayat yang ke 7 dari surah ini, sebanyak yang mungkin selama 3 hari berturut -turut, insya Allah akan terselamat dari was-was semasa wudhu dan sembahyang. Barang siapa membaca ayat 89 hingga ayat101 dari surah ini, keatas air lalu diberi minum kepada orang yang bercakapdusta, nescaya ia tidak akan bercakap dusta lagi.

SURAH AL-AN'AM (Binatang Ternak)
Barang siapa membacanya sebanyak 7 kali, nescaya akan terhindar dari segala bala bencana. Jika ayat 63 dan 64 dari surah ini,dibaca oleh penumpang kapal, ia akan terselamat dari karam dan tenggelam.


SURAH AL-A'RAAF (Benteng Tinggi)
Barang kali membaca ayat 23 dari surah ini, selepas tiap-tiap sembahyang fardhu, lalu beristighfar kepada Allah, nescaya akan terampun segala dosanya. Barang siapa membaca ayat 47 dari surah ini, ia akan
terpelihara dari kekacauan para penzalim serta ia akan mendapat rahmat Allah.

SURAH AL- ANFAL (Rampasan)
Barang siapa membaca ayat 62 dan 63 dari surah ini, nescaya dia akandicintai dan dihormati oleh sekalian manusia.

SURAH AL-BARAAH (AT-TAUBAH) (Pemutus perhubungan)
Barangsiapa membacanya, nescaya akan terselamat dari kemunafiqan dan akan mencapai hakikat iman. Barang siapa membaca ayat 111 dari surah ini,dikedai atau ditempat-tempat perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu.

SURAH YUNUS (Yunus)
Barangsiapa membaca ayat 31dari surah ini, keatas Perempuan yang hamil,nescaya ia melahirkan anak dalam kandungannya itu dengan selamat.Barangsiapa membaca ayat 64 dari surah ini, nescaya ia
akan terhindar dari mimpi-mimpi yang buruk dan mengigau.

SURAH AL-HUD (Hud)
Barang siapa membaca, nescaya ia akan mendapat kekuatan dan Kehebatan serta ketenangan dan ketenteraman jiwa. Barang siapa membaca ayat 56 dari surah ini, pada setiap masa, nescaya ia akan terselamat dari gangguan manusia yang jahat dan binatang yang liar. Barang siapa membaca ayat 112 dari
surah ini, sebanyak 11 Kali selepas tiap-tiap sembahyang, nescaya akan mencapai ketetapan hati.

SURAH YUSUF (Yusuf)
Barang siapa membacanya, akan di murahkan rezekinya dan diberikan kemuliaan kepadanya. Barang siapa membaca ayat 64 dari surah ini, ia akan terhindar dari kepahitan dan kesukaran hidup.Barang siapa membaca ayat 68 dari surah ini, nescaya Allah akan mengurniakan kesalehan kepada anak-anaknya.

SURAH AR-RA'D (Petir)
Barang siapa membaca ayat 13 dari surah ini, ia akan terselamat dari petir. Dan barangsiapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya Penyakit jantungnya akan sembuh.

SURAH IBRAHIM (Ibrahim)
Barang siapa membaca ayat-ayat 32 hingga 34 dari surah ini, nescaya anak-anaknya akan terhindar dari perbuatan-perbuatan syirik dan bida'ah.

SURAH AL-IIIJ'R (Batu Gunung)
Barang siapa membaca 3 ayat yang terakhir dari surah ini, ke atas perempuan yang selalu anak kandungannya gugur, nescaya anak kandungannya itu akan terselamat, dari gugurnya.

SURAH BANI ISRAIL (anak-anak Israil)
Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang bercakap gagap insya Allah akan hilang gagapnya itu. Barang siapa membaca ayat 80 dari surah ini, ketika ia pulang dari perjalanan, nescaya dia
akan dimuliakan dan dihormati oleh orang-orang yang setempat dengannya.

SURAH AL-KAHF (Gua)
Barang siapa membacanya, akan terhindar dari kemiskinan dan kepapaan.Barang siapa membacanya pada malam Jumaat, nescaya dia akan mendapat rezeki yang murah.

SURAH MARYAM (Maryam)
Barang siapa membacanya, nescaya akan mendapat kejayaan di dunia dan diakhirat.

SURAH THAAHAA (Hai Manusia)

Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan mengurniakan kepadanyailmu pengetahuan dan akan tercapai segala maksudnya. Barang siapa membaca ayat-ayat 25 hingga 28 sebanyak 21 kali, tiap-tiap hari selepas sembahyang subuh nescaya otaknya akan cerdas dan akalnya akan sempurna.

SURAH AL ANBIYA (Nabi-Nabi)
Barang siapa membaca ayat 83 dari surah ini, nescaya dia akan mendapat sebesar-besar pangkat di sisi Allah s.w.t .

SURAH AL-HAJ (Haji)
Barang siapa membacanya, Allah akan membinasakan musuh-musuhnya.

SURAH AL-MU'MINUN (Orang-orang Mukmin)
Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang selalu minum minuman keras,nescaya dia tidak akan meminumnya lagi. Barang siapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya perahunya akan terselamat daripada karam dan rumahnya akan terselamat dari kecurian dan serangan
musuh.

SURAH AN-NUUR (Cahaya)
Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi yang buruk. Barang siapa membaca ayat 35 dari surah ini,pada hari Jumaat sebelumb sembahyang Asar, nescaya dia akan disegani oleh orang ramai.

SURAH AL-FURQAN (Pembaca)
Barang siapa membacanya sebanyak 3 kali ke atas air yang bersih, lalu air itu dipercikkan di dalam rumah, nescaya rumah itu akan terselamat dari gangguan binatang-binatang yang liar dan ular-ular yang bisa.

SURAH ASY-SYU A'RA (Ahli-ahli Syair)
Barang siapa membaca ayat 130 dari surah ini, sebanyak 7 kali dengan senafas ke atas orang-orang yang digigit oleh binatang-binatang yang berbisa nescaya akan hilang bisa-bisa itu.

SURAH AN-NAML (Semut)
Barang siapa membacanya nescaya nikmat-nikmat Allah akan kekal kepadanya.

SURAH AL-QA-SHASH (Cerita)
Barang siapa membacanya ke atas pekerja-pekerjanya, nescaya Mereka tidak akan mencuri dan mengkhianat. Barang siapa membaca ayat-ayat 51 hingga 55 dari surah ini, Nescaya otaknya akan cergas, akalnya akan sempurna dan budi pekertinya akan halus.

SURAH AL-ANKABUT (Labah-labah)
Barang siapa membacanya, nescaya demamnya akan sembuh.Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari gelisah dan keluh kesah.


SURAH AR-RUM (Rum)
Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan membinasakan orang yang hendak menzaliminya.


SURAH LUQMAN (Luqman)

Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari segala-gala penyakit terutama dari penyakit-penyakit perut. Barang siapa membaca ayat31 dari surah ini, nescaya akan terselamat dari bencana banjir.

SURAH AS-SAJ DAH (Sujud)
Barang siapa membaca ayat-ayat 7 hingga 9 dari surah ini, keatas kanak-kanak yang baru lahir, nescaya ia akan terhindar dari segala-gala penyakit ruhani dan jasmani.

SURAH AL-AHZAB (Golongan-golongan)
Barang siapa membaca ayat-ayat 45 hingga 48 dari surah ini, nescaya ia akan mendapat kemuliaan dan kehormatan sejati. Dan barang siapa membaca ayat-ayat 60 hingga 66 dari surah ini, nescaya Allah akan
membinasakan musuh-musuhnya.


SURAH SABA' (Saba')
Dengan membacanya, terselamatlah ia dari segala-gala bala bencana,terutamanya dari rosaknya tanam-tanaman.


SURAH FAATHIR (Pencipta)
Barang siapa membaca ayat-ayat 29 dan 30, nescaya Allah Akan memberkati perniagaannya.


SURAH YAASIIN (Hai Manusia)
Nabi kita Muhammad s.a.w bersabda : "Tiap-tiap sesuatu Mempunyai hati dan hati Al-Quran ialah surah Yaasiin." Yaasiin kerana Allah, nescaya akan terampun segala-gala dosanya kecuali dosa syirik.." Dalam satu hadith yang lain Baginda s.a.w bersabda: "Hendaklah kamu membaca surah Yaasiin ke atas pesakit-pesakitmu yang menghadapi sakaratul-maut, nescaya Allah s.w.t akan meringankan kekerasan sakaratul-maut itu." Dalam satu hadith yang lain pula Baginda s.a.w bersabda : "Aku ingin benar, agar surah Yaasiin ini dihafaz oleh tiap-tiap umatku." Barang siapa membacanya sebanyak 41 kali, pasti akan tercapai segala hajat dan cita-citanya. Barang siapa membacanya sebanyak 21 kali pada malam Jumaat, Lalu berdoa istghfar untuk kedua
ibu bapanya, nescaya dosa kedua ibu bapanya akan diampunkan oleh Tuhan. Barang siapa membaca sekali ketika membuka kedai atau perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu. Barang siapa membacanya sekali pada awal malam, andaikata ia mati pada malam itu, mesti ia mati syahid. Barang siapa membacanya sekali selepas tiap-tiap sembahyang Jumaat,nescaya ia akan diselamatkan dari siksa kubur. Jika dibacanya oleh seorang askar, ketika ia hendak turun kemedan peperangan, Allah akan mengurniakan kepadanya

keberanian dan kegagahan, serta naiklah ketakutan pada musuh-musuhnya. Hikmat-hikmat dan khasiat-khasiat surah Yaasiin ini banyak benar didapati di dalam kitab-kitab hadith tetapi cukuplah setakat ini untuk diamal oleh anda sekalian.


SURAH ASH-SHAAFFAAT (Yang Berbaris)

Barang siapa membacanya, insya Allah in akan terpelihara daripada gangguan jin.

SURAH SHAAD (Shaad)
Dengan membaca ayat 42 dari surah ini, nescaya akan mendapat kebahagian sejati."Berdoalah kepadaKu, nanti Aku perkenankan permintaanmu.Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan dirinya dari menyembah Aku,mereka akan masuk neraka jahannam dengan hina."[Al-Mukmin: 60]

SIFAT MALU PADA WANITA

“Apakah istimewanya wanita sehingga begitu kuat menarik perhatian lelaki…”
Kebiasaan kita mendengar, lelaki diistilahkan sebagai kumbang dan wanita pula sebagai bunga, kalau kumbang suka kepada bunga, lelaki tentulah suka kepada wanita. Sejak remaja lagi keinginan lelaki kepada wanita sudah berputik. Lalu wanita menjadi sasaran usikan lelaki, baik di sekolah, di jalan2 raya, di pasar raya, di perhentian bas dan bahkan boleh dikatakan di mana2 ruang dan peluang.

Selagi usikan itu tidak diberi perhatian oleh wanita itu mereka akan terus mencuba dan terus mencuba.

Dalam sebuah hadith Rasulullah s.a.w telah bersabda yg bermaksud;

“Terdapat 99 bahagian tarikan pada wanita berbanding lelaki, lalu Allah kurniakan ke atas mereka sifa malu.” (Hadith riwayat Bauhaqi).

Wanita walau apa pun yg dilakukan akan mendapat perhatian lelaki. Jika berbuat baik akan dikagumi, apabila berbuat jahat diminati, apabila memakai pakaian menutup aurat dilihat menawan, apabila berpakaian seksi dilihat menggoda, dan pelbagai lagi menarik perhatian.

Oleh sebab itu Allah swt mengurniakan sifat malu kepada wanita. Dengan sifat malu itu mereka akan berfikir panjang sebelum melakukan sebarang tindakan. Kalau hendak berbuat jahat dia akan memikirkan kalau2 ada orang yg akan nampak, hendak mendedahkan aurat dia takut kalau orang mengganggunya dan dan hendak berjalan seorang dia takut kalau ada orang mengusiknya.

Begitulah peranan malu yg boleh membantu dlm tindak tanduk seorang wanita. Tetapi kalau tidak tahu malu? Tentulah mereka tidak akan memikirkan semua itu. Pedulikan apa orang kata, pedulikan kalau orang tengok, tidak kisah kalau orang mengganggu dan mengusik, bahkan mereka merasa senang, seronok dan bahagia apabila dlm keadaan sebegitu.

Dalam sebuh hadith riwayat Bukhari, Rasulullah s.a.w telah bersabda yg bermaksud;

“Jika engkau tidak malu, buatlah sesuka hatimu.” Hadis ini merupakan sindiran dalam tegahan. Sifat malu itu adalah pokok akhlak yg mulia dan budi pekerti yg terpuji. Tidak payah diletakkan sifat malu ini di atas neraca syariat, malah neraca akal pun sudah mengakui malu sebagai satu sifat yg perlu ada dlm diri manusia.

Barangkali wanita hari ini kebanyakannya tidak tahu malu atau kurang malu. Atas sebab itu mereka sanggup melakukan apa saja dosa dan maksiat. Atau barangkali sifat malu yg dikurniakan Allah itu sudah tidak berfungsi sepenuhnya. Kalau demikian bererti kurangnya iman di dada mereka. Jelasnya mereka tidak takut kepada Allah, tidak gerun kepada neraka Allah, dan idak cintakan syurga Allah. Mereka langsung tidak takut dengan hukuman yg bakal Allah timpakan ke atas mereka.

Apabila kurangnya iman di dada, maka sifat malu secara automatik akan hilang. Inilah realiti yg tidak boleh dinafikan, buktinya boleh diliha dimana2 sahaja. Melalui media cetak, media elektronik dan bahkan dihadapan maa kita sendiri berbagai ragam kemungkaran berlaku tidak terkecuali dilakukan oleh wanita.

Sayang…wanita yg sepatutnya lebih istimewa daripada lelaki, menjadi serendah-rendahnya hanya disebabkan sifat malu tidak berfungsi sepenuhnya.Tetapi percayalah, kalau semua wanita boleh mengekalkan sifat malunya, tentulah mereka akan berpakaian sopan, berakhlak mulia dan ketika itu mereka akan disegani oleh semua pihak. Dengan ini akan terhindarlah gejala buruk yg selalu menimpa kaum wanita.

Sesungguhnya setiap insan itu pasti melakukan kesalahan…dan sebaik2 manusia yg melakukan kesalahan adalah mereka yg bertaubat.

{MUTAKALLiM}

SELOKA....SEHARI SUNTUK AKU TULIS NIEEEHHHHHH.....!!!!!


Tutup aurat satu tuntutan,Dalam keluarga wajib tekankan, Kalau keras hati gunalah rotan, Demi melaksanakan perintah Tuhan.
Aurat ditutup mestilah lengkap, Tudung litup termasuk skap, Mini telekong pun orang cakap, Elok dipandang tak payah pun 'make up'.Berbaju kurung bukanlah mengurung Lebih elok jubah jika direnung, Kaki pula eloklah bersarung, Agar syaitan susah nak bertarung.Kalau wanita menutup aurat, Orang jahat tak berani ngorat, Bahkan boleh menjadi ubat, Orang memandang boleh bertaubat.Pakaian modern memanglah hebat, Harganya mahal walaupun ketat, Walaupun cantik tetapi singkat, Orang memakai pun nampak pusat.Berseluar ketat baju pun ketat, Jarangnya pulak boleh dilihat, Orang yang memakai memanglah dipandang jahat, Dimurka oleh Allah, Rasul dan para malaikat.
Apa yang aneh bila dipandang, Lengan pendek tapi bertudung, Nampak seperti orang yang kudung, Mata memandang ketiak seperti ikan lolong Lagilah aneh bila di fikir, Baju kebaya tudung berukir, Nampak dada iman terjungkir, Kain terbelah peha terukir.
Bila ditanya kenapa begitu, Dia kata fesyennya dah macam tu, Di dalam hati niat tertentu, Menggoda jantan sudahlah tentu.
Menutup aurat boleh berfesyen, Tetapi jangan menunjuk eksyen, Sesuaikan diri ikut profesyen, Kalau dilaknat tak guna sesen.
Kalau nak "Make Up" biarlah padan, Jangan terlebih bila berdandan, Minyak wangi juga fikirkan, Bedak dan gincu sekadar keperluan.Kasut tinggi cuba jauhi, Kerana ia melahirkan bunyi, Boleh menarik perhatian lelaki, Perbuatan ini dibenci Ilahi.
Apatah lagi menghentakkan kaki, Menarik perhatian orang laki-laki,Melenggok punggung membinasakan diri, Ustaz melihat pun separuh mati.Buat apa nak tayang jambul, Kecantikan tak usah ditonjol-tonjol, Mahkota disimpan tak jadi bisol, Memakai tudung Islam tersimbol. Selokaku ini bukanlah jahat, Cuma saja mahu peringat, Kepada semua para sahabat, Terutama sekali rakan sejawat.Kalau nak ikut nasihat ini, Jangan bertangguh ubahlah diri, Benda yang baik tak payah diuji, Akan terserlah akhlak terpuji.
Kepada semua kawan lelaki, Jangan tergelak wanita diperli, Keluarga kita tak terkecuali, Terutama sekali anak dan bini.
Sudahkah kita tanamkan iman, Menutup aurat sepanjang badan, Ke
sana sini dilindungi Tuhan, Keluarga menjadi contoh teladan.
Setakat ini seloka kami, Harap dapat menghibur hati, Apa yang baik hendaklah ikuti, Semoga bahagia di akhirat nanti... insyaAllah

09'{MUTAKALLiM}

SOAL JAWAB DGN REMAJA YG BONGOK.....!!!!


Saya setuju kalau org kata...

1. "Eleehh..... tak semua org yg Sembahyang tuh baik. Derang ada jugek perangai buruk.Tgk cam si polan tuh. Buat juga begitu dan begini walaupun dia sembahyang".

2, "Eleehh...tak semua orang gi masjid bebaik. Ada juga yang begitu dan begini walaupun dia selalu gi masjid"

3. "Bukan semua orang pakai tudung baik. Tgk tuh yg pakai tudung pun boleh buat begitu dan begini walaupun dia bertudung".

Jadi saya pun terpanggil untuk menjawab antara "ungkapan2" diatas. Saya petik dari kata-kata Ust. Haron Din dalam ceramahnya."betul...tak semua org yg pakai tudung tuh baik. TAPI betapalah lagi orang yang tak mahu pakai langsung-langsung. Kenapa..?? sebab dia secara terang-terang melawan perintah & larangan Allah". (menjawab ungkapan 3)

Maka saya nak kaitkan tamsilan ustaz nih tadi utk situasi 1 & 2

1. Betul tak semua orang Sembahyang/solah tuh baik (e.g perangainya). Ada juga terkadang2 buat atau terbuat perkara yg tak elok.TAPI betapalah lagi org yg tak mahu solah langsung-langsung. Terang2an dia itu melawan perintah Allah s.w.t.(maaf cakap tapi inilah glgn fasik. Glgn yg tahu solah itu wajib tapi dia tak mahu buat)

2. Betul tak semua org yg pergi masjid tuh baik (e.g perangainya). Ada juga dikalangan mereka yg berbuat atau terbuat sesuatu yg tak baik. TAPI betapalah lagi org yg takmo pergi masjid langsung-langsung. Terang-terangan mereka mengabaikan galakkan Rasul s.a.w utk org Islam solah di masjid.Sebagai tambahan.....SAYA dan kita2 semua perlu melihat :

1. Bahawa hebat mana pun ilmu agama seseorang tuh dia ttp manusia biasa.Ada melakukan dosa ada kekurangan.

2. Dia mungkin bersolat tapi ada juga kemungkinan dia tidak khusyu' dalam solah dia. Dia tidak menghayati keseluruhan solahnya. Dia mungkin pergi ke masjid tapi dia mungkin ke masjid kerana dia ada jawatan di masjid itu.

3. Dia mungkin bertudung..tapi dia mungkin bertudung kerana itu peraturan sekolah(bukan datang dari kesedaran dia ttg kewajiban memakai tudung) atau dia beranggapan bahawa menutup aurat ini hanya untuk rambut sahaja so tak kesah kalau berT-shirt lengan pendek sahaja.

Akhirnya,bersangka baik(husnus zon) itu adalah perkara yg terbaik. Kita bukan mahu ikut Islam kerana seseorang @ makhluk. Tapi kerana Allah s.w.t jua adanya. Bila kita "adore" someone yg baik atau kita consider alim then suddenly dia "tergelincir" dari agamanya takkan kita pun nak ikut "tergelincir"..??. Dalam

maksud kalau kita tgk org tuh selalu solah dan jaga auratnya tetiba satu hari dia "buat perkara tak elok" takkan kita terus takmo solah dan takmo jaga aurat kita atas alasan dia yg kita "adore" pun dah jadi camtuh. Kita ikut siapa sebenarnya...??

Kesimpulan saya...

1. Saya wajib berusaha tetapkan yaqeen saya terhadap Islam tanpa berbelah bahagi sekalipun ada segelintir mencalarinya. Kerana bukan agama ciptaanNya yg cacat. Tapi kerana ada penganutnya yg kurang penghayatan.

2. Dakwah bermula dari keluarga saya sendiri (adehh..susah btol yg nih).Tapi kena usaha jugek.Insya Allah.Yang baik dari Allah.Yang kurang dan lemah dari saya jua. Yang baik jadikanteladan yang kurang jadi sempadan.

Wallahua'lam

P/s..One situation. Heard this from a friend: Venue : Sidang parlimen sebuah negara Islam afrika.Bangun seorang ahli parlimen wanita lalu berkata "tidak kisah samada seseorang wanita itu bertudung atau tidak. Itu luaran..yang penting hatinya baik."Seorang ahli parlimen lelaki spontan bangun dan berkata:"aaa menarik sekali. Maka saya mencadangkan agar Puan XXXX ini berbogel sahaja ketika berjalan di bandar. Kerana tidak penting apa luarannya yang penting hati puan baik."

Tingkatkan taqwa..Cekalkan semangat..Tabahkan hati...Jalan yang engkau lalui ini..bukanlah setenang air di kali.....

2009{AMIR_MUTAKALLIM}

AURAT WANITA


Sedarlah oh wanita
dirimu amatlah berharga
pertahankan maruah
dari terjerumus ke lembah hina

Aurat Wanita dari Firman Allah
dan Hadis-hadis Nabi

1. Bulu kening
— Menurut Bukhari, "Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau
menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening."
Riwayat Abu Daud Fi Fathil
Bari.

2. Kaki (tumit kaki)
—"Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau
mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan." An-
Nur: 31. Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan
badan mengikut hentakan kaki.

3. Wangian
— "Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati
suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah
dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina." Riwayat Nasaii,
Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada
— "Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga
menutupi dada-dada mereka. "An-Nur : 31

5. Gigi
— "Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta
supaya dikikirkan giginya. "Riwayat At-Thabrani, "Dilaknat perempuan
yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan
Allah". Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher
— "Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu
menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu."
Keterangan: Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan
ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan
— "Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai
pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya
seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan
anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." Riwayat
Muslim dan Bukhari.

8. Tangan
— "Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik
daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya".
Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata
– "Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka
menundukkan sebahagian dari pemandangannya." An Nur : 31. Sabda Nabi
SAW, "Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya.
Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak
dibenarkan." Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara)
- "Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara
sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya,
tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik." Al Ahzab: 32. Sabda
SAW, "Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka
namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-
bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan
mereka itu dalam bumi." Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan
- "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka
menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. " An
Nur : 31.

"Apabila seorang perempuan itu sembahyang
lima waktu, puasa di bulan
Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah
ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya."
Riwayat Al Bazzar. "Tiada seorang perempuan pun yang membuka
pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan
tabir antaranya dengan Allah." Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn
Majah.

12. Pakaian
— "Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan
memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti." Riwayat Ahmad,
Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.

"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang
berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang
lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan
tidak akan mencium baunya." Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan:
Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan
berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu."Hai nabi-nabi katakanlah
kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang
mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar)
yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka
tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang." Al Ahzab :
59.

13. Rambut
— "Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan
digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah
mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat
oleh lelaki yang bukan mahramnya." Riwayat Bukhari dan Muslim

Renungan: Nasihat al-Qamah: Lima cara pilih sahabat


 NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah
sebagaimana pesanan al-Qamah
(seorang sahabat Rasulullah saw)
kepada anaknya:
Pertama, pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, 
dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah,
dia suka mencukup keperluan.
 
Kedua, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau
menghulurkan tangan
untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu,
dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia
melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka
menghitung-hitungkan (menyebutnya).
Ketiga, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau
menghulurkan tangan untuk memberikan
jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa
terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia
mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.
Keempat, pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu
daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula
menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan
yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu
serta menghiburkanmu.
Kelima, sahabat yang jikalau engkau berkata,
ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu
mempercayainya saja. Jikalau engkau
mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka
mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya,
dia suka mengalah untuk kepentinganmu.
Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat 
yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk
memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan
bersama-sama sahabat yang mulia.

Rahsia wanita utk wanita...


1. Jika berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah.
Golongan wanita yang jalannya berginjat, konon wanita ini adalah wanita
yang tidak jujur, kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung perasaan
orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap
egonya. Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya itu masih banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.

2. Jika berjalan, sering menoleh ke kanan dan kiri.
Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang
menganggap wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri,dan
merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Konon wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

3. Jika berjalan suka menunduk.
Cara berjalan melambangkan wanita seperti ini memiliki sifat yang tertutup.
Ia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh
dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar
untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita dengan cara berjalan menunduk ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

4. Jika berjalan menatap lurus ke depan.
Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, bukan senang
hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meski pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanyamahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas.

5. Jika berjalan badan bergerak ke kanan dan kiri.
Wanita yang berjalan dengan
gaya yang sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.


6. Jika berjalan badan tampak tegak.
Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan
peribadinya dicampur oleh orang lain.
Gaya bicaranya serius seperti ingin
menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini, dia bertanggungjawab terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya.


7. Jika berjalan seperti zirafah.
Maksudnya, ketika melangkahkan kaki, badannya ia kelihatan bergerak ke
depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia
seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual
dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak
tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.