Ahad, 16 Mei 2010

PeLBaGai PeRsoaLaN Dari KwN2 , Ana JaWaB (3)

(1)Hukum bersalawat ketika mendengar orang menyebut nama Rasulullah S.A.W.
Maka jawabnya sunat menjawabnya dengan berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. ketika ada orang yang menyebut nama Nabi Muhammad S.A.W..
Menjawabnya tidak semestinya dengan S.A.W., asalkan menjawabnya dengan berselawat ke atas Nabi supaya kita tidak termasuk dalam golongan-golongan orang yang sombong.

(2)Bolehkah hanya membaca surah al-Fatihah sahaja di dalam solat tanpa membaca surah-surah lain selepas bacaan surah al-Fatihah?
Maka jawabnya boleh, tidak batal solat selagi bacaan al-Fatihah dibaca dengan tajwid yang betul.
Tetapi pada sesiapa yang sudah berusaha membacanya iaitu sudah belajar dengan guru tajwid untuk membetulkan bacaan al-Fatihahnya tetapi tetap juga tidak dapat membaca surah al-Fatihah dengan betul maka dimaafkan kerana sudah berusaha untuk belajar dan membetulkan bacaan surah al-Fatihahnya.
Bacaan al-Fatihah ini adalah rukun solat, jika ditinggalkan rukun maka batallah solat.

(3) Wajib atau tidak qada solat yang dikerjakan ketika uzur?
Maka jawabnya tidak wajib qada solat yang dikerjakan ketika uzur asalkan solat itu didirikan mengikut kemampuan diri contohnya sekiranya mampu berdiri maka solatlah dalam keadaan berdiri, jika tidak mampu berdiri bolehlah duduk dan seumpamanya.

(4) Warna serban Rasulullah S.A.W
Maka jawabnya terlalu banyak riwayat mengenai ini, ada ketika Nabi memakai serban warna putih, warna hitam ,warna hijau.
Dan ada satu riwayat mengatakan Nabi memakai serban berwarna hitam ketika Nabi menakluk semula Kota Makkah. Ketika itu Nabi berada di atas kuda dan katanya Saidina Umar “aku lihat ketika itu Nabi memakai serban hitam di atas kepalanya “.
Dan pada hari lain Nabi memakai serban warna hijau.

(5) Kenapa agong menggunakan gelaran “DULI YANG MAHA MULIA”? sedangkan Allah yang maha mulia ataupun adakah itu hanyalah gelaran ? bukan menunjukkan sifat?
Maka jawabnya sememangnya Yang Maha Mulia hanya Allah S.W.T. sedangkan makhluknya tidak sepatutnya dianggap Maha Mulia atau seumpamanya sekalipun digunakan perkataan Maha Mulia ini sekadar untuk gelaran, Islam tidak membenarkan manusia memakai gelaran2 yang sepatutnya hanya diberikan kepada Allah swt.
Kerana itu Nabi saw melarang kita memakai nama malikul mulk dan seumpamanya sekalipun hanya sekadar nama, kerana ia membawa maksud tersangat hebat dan tersangat berkuasa.

**apa yang ana nyatakan kemungkinan ada kekurangan, rujuk alim ulamak untuk keterangan lanjut, sebaiknya ana mohon supaya setiap apa yang ana nyatakan di sini dapat pula disebarkan pula pada saudara2 kita yang lain, ramai lagi yang tak tahu dan ramai lagi yang nak tahu, moga Allah kurniakan keberkatan bagi sesiapa yang tolong agama Allah..

***jika ada yang tidak faham apa yang ana nyatakan di atas tolong sangat2 diberitahu, jangan tafsir dengan hukum akal sendiri risau berlaku kesalahan, yang paling ana risau lain diberitahu lain pula yang difahami..
WALLAHU'ALAM..(uthman 5 BT'10)

PeLBaGai PeRsoaLaN Dari KwN2 , Ana JaWaB (2)

(1) HUKUM PAKAI CINCIN
Apakah hukum seseorang yang pakai cincin pada jari tengah dan jari telunjuk? Adakah orang tersebut dilaknat oleh Allah S.W.T?
Saya ada terbaca dalam internet tentang hadis yang melarang pakai cincin pada jari yang saya sebutkan tadi. mohon penjelasan berkenaan hal ini kerana ramai dikalangan orang2 yang saya temui pakai cincin pada jari tersebut.
Maka jawabnya hukum memakai cincin pada jari tengah dan jari telunjuk adalah dilarang oleh Nabi saw dan larangan tersebut bermaksud haram pada setengah ulamak dan setengah ulamak pula berkata dengan makruh.
Ali bin Abi Talib ra berkata :
"Rasullullah saw melarang memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah."
Hadith Riwayat Muslim.

(2) HUKUM SALAM ORANG KAFIR
Bolehkah saya jawab salam murid2/pelajar yang belum baligh yang ibubapanya belum Islam?
Maka jawabnya agama anak orang kafir yang belum baligh adalah mengikut agama ibu bapanya pada sisi syarak sekalipun disisi Allah ia adalah dikira belum lagi sebagai orang kafir.
Oleh itu setengah ulamak mengatakan cara menjawab salamnya adalah seperti menjawab salam orang kafir yang dewasa iaitu dengan 'alaikum' sahaja.

(3) HUKUM BERKATA INSYAALLAH
Adakah insyaAllah Itu sudah dikira berjanji?
Maka jawabnya lafaz InsyaAllah bukan dikira sebagai berjanji kerana ia hanya perkataan yang bertujuan mengingatkan kita bahawa kita hanya mampu merancang melakukan sesuatu tetapi Allah swt yang akan menjayakannya.
Janji mestilah dilafazkan dengan jelas seperti apabila ditanya :
"Bila kamu nak bayar hutang saya?"
Jawab ;
"Saya akan bayar esok InsyaAllah."

(4)HUKUM AURAT MUSLIMAH
Adik perempuan saya mempunyai kawan sebilik yang bukan beragama Islam. Saya ada bertanya beberapa orang ustaz tentang masalah aurat dengan orang bukan Islam ini, walaupun dia perempuan ada yang mengatakan aurat antara Islam perempuan dan bukan Islam perempuan haram sepertimana auratnya dengan lelaki.
Adik saya telah cuba untuk tukar ke bilik lain tapi xdapat.Ini mengundang masalah, terutama yg melibatkan dosa pahala.Tapi ada ustaz lain mengatakan xmengapa, asalkan kita siqqoh(yakin) terhadapnya. Apakah hukum yang sebenarnya? tolong perjelaskan.
Maka jawabnya aurat muslimah dihadapan wanita kafir yang tinggal serumah ialah seluruh tubuhnya melainkan kaki, jari sampai ke lengan dan kepalanya. Yakni harus ia membuka kakinya didalam rumah dan tangan sampai ke lengan dan rambutnya.
Lain daripada itu seperti berseluar pendek atau berkembang adalah haram.
Inilah pendapat satu golongan dari ulamak2 fiqh.

WALLAHU’ALAM..Wassalam....(uthman5BT'10)

PeLBaGai PeRsoaLaN Dari KwN2 , Ana JaWaB

(1) Saya mahu tahu apakah hukum seseorang lelaki mendengar bacaan al-quran yang dibaca oleh perempuan?
Hukum wanita memperdengarkan bacaan Al-quran kepada lelaki yang bukan mahramnya ada kalanya harus dan ada kalanya dilarang.
Contoh harus itu apabila membaca wanita tersebut akan Al-Quran dihadapan guru lelaki dengan tujuan belajar.
Dan contoh yang dilarang pula ialah membaca dalam pertandingan musabaqoh Al-Quran seperti yang berlaku sekarang ini.
Apabila di ketahui hukumnya seperti yang tersebut maka tidak harus lelaki sengaja mendengar suara wanita ajnabiyah membaca al-Quran.

(2)Baca surah al- Fatihah dalam keadaan menguap sehingga berubah sebutan bunyi dalm surah Fatihah, adakah sah solat?
Maka jawabnya tidak sah solat, tetapi jika menguap sekalipun tapi sebutan huruf-huruf dalam surah Fatihah itu betul atau tidak berubah bunyi sebutannya maka sahlah solatnya.

(3)Sahkah solat jika ada keputihan yang keluar dari kemaluan wanita ketika solat?
Maka jawabnya batal whuduk dan jika batal wudhuk maka tidak sah solat kerana tiada solat tanpa wudhuk.
Jika keputihan itu selalu keluar, jadi perlu dibersihkan dahulu dan dipakai lampin maka apabila keluar juga keputihan dimaaf, sah solat kerana sudah berusaha untuk menghalangnya daripada keluar.

(4)Apakah hukumnya jika kita mendengar azan dlam tv@radio? adakah wajib kita jawab azan &baca doa selepas azan?
Jika azan berkumandang tidak kiralah melalui tv atau tidak, kita hendaklah menghormati azan tersebut dengan menjawab azan, tidak membuat bising dan sebagainya.
Hukum menjawab azan adalah sunat, manakala bercakap ketika azan pula bukanlah suatu perkara yang diharamkan.
Walaupun begitu, Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:
“Apabila kamu mendengar orang yang azan, maka kamu ucapkan sepertimana orang yang azan itu ucapkan. Kemudian berselawatlah ke atasku, kerana barangsiapa berselawat ke atasku satu selawat nescaya Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh selawat. Kemudian berdoalah kepada Allah bagiku “wasilah”, kerana “wasilah” itu suatu tempat di syurga yang tidak layak bagi seseorang melainkan bagi seorang hamba daripada hamba-hamba Allah. Aku berharap, akulah hamba itu. Barangsiapa
memohon “wasilah” untukku, wajib baginya syafaat.”
(Hadis riwayat Muslim, Abu Daud, at-Tirmidzi dan Ahmad)
Yang terbaik jawablah azan dan bacalah doa selepas azan moga kita peroleh syafaat Nabi S.A.W. sepertimana hadis di atas insyaAllah.

**Terima kasih kpd kwn2 ana dari kelas 5 Beta dan 5 Alpha yg x ptus2 bertanya soalan tntang agama..Insyaallah ana akn jwb sebaik mungkin,, insyaallah mengikut acuan al-Quran dan as_Sunnah....Semoga Allah merahmati kita semua...Insyaallah binnajah kpd semua batch form 5 tahun nie yg akan menduduki peperiksaan penting, SPM....

Hukum Salam Dalam Mesej ??

Assalamu'alaikum Man,ak nk tnya nie , apakah hukumnya jika kita taip bagi or jawab salam dengan ringkas contohnya `askum, walaikuslm or banyak lagi lar kan dalam handphone dan kat mana2 lagi lar.. sila bagi dengan jelas kesimpulan dan jawapannya.. dah dengar kalau bagi or jawab salam dengan ringkas mungkin tersalah maknanya kerana stiap ayat al-quran tu kan ada makna trsndiri...

Maka jawabnya tidak wajib jawab melainkan ditulis dengan sempurna assalamu’alaikum.
Begitu juga apabila seseorang memberi salam kepada kita dengan sebutan yang salah umpamanya “ ’askum ”, “ sekom “ atau sebagainya, juga tidak wajib dijawab salam itu melainkan disebut dengan sempurna assalamu’alaikum.

** mohon disebarkan pula pada saudara2 kita yg lain, sememangnya masalah ini seringkali ditanya dan dipersoalkan dan tidak mustahil ada yang membuat hukum sendiri tentang masalah ini, moga apabila disebarkan jawapan ini pada yg lain masalah ini selesai insyaAllah.
Sememangnya ana mohon setiap apa yg ana sebarkan di sini pada saudara2 maka saudara2 sebarkan pula pada yang lain, tidak semestinya secara mesej, secara lisan juga lagi baik asalkan saudara faham apa yg ana maksudkan dalam sesuatu masalah itu.

Ana tidak dapat menjanjikan wang RM10 atau 1000 rupiah, tapi Allah yg akan menganjari kamu semua. Cuba bayangkan apabila saudara sebarkan pada yang lain dan mereka mengamalkan ilmu yg saudara sebarkan itu dan mereka sebarkan pula pada sahabat2 mereka maka pahala untuk saudara insyaAllah tapi cuba bayangkan pula jika ilmu yg saudara sebarkan itu telah diamalkan oleh 100 orang dan 100 orang ini telah sebarkan pula pada orang2 yg lain, ia seperti bermain saham, saham pahala saudara akan sentiasa meningkat selagi ilmu yg saudara sebarkan itu diamalkan oleh orang lain dan mereka sebarkan pula pada yg lain, yakinlah perniagaan ini tidak rugi pun cuma perlu bagi masa sikit sahaja untuk send.

Tapi ilmu2 yg saudara sebarkan itu mestilah ilmu2 yg benar. Jika ilmu yg disebarkan itu salah maka samalah seperti saudara menyesatkan orang lain. Sebab itulah kalau kita nak buat sesuatu kena ada ilmu, nak send atau sebar sesuatu pada yg lain juga mesti ada ilmu.
Setiap apa yg ana sebarkan, ana teliti dahulu setiap huruf dan perkataan supaya tidak disalah tafsir atau seumpamanya. Jika ada kelemahan dalam penulisan ana maka ana mohon maaf. Sebaiknya ana mohon kerjasama jika ada perkataan yg tidak faham diberitahu supaya tidak berlaku salah faham dan dalam masa yg sama ana dapat baiki cara penulisan ana insyaAllah.
Setiap apa yg ana sebarkan ana yg akan bertangunggjawab maka tidak perlu takut untuk disebarkan pada yg lain.
Wallahu 'alam..
(uthman 5BT'10)

Jumaat, 14 Mei 2010

Jika seorang imam terbatal solat ketika berjemaah? -jawapan untuk Aiman-


Bagaimana jika seorang imam terbatal solat ketika berjemaah?
(^.^)Maka jawabnya imam tersebut wajib berhenti dan haram baginya menyambung bacaannya contohnya ketika itu imam sedang membaca al-Fatihah pada alhamdulillahirabbil kemudian tiba2 wudhuknya terbatal maka haram baginya menyambung bacaan al- Fatehahnya itu.
Melainkan ketika itu imam berada pada situasi yang tidak disedari makmum maka dimaaf pada imam untuk meneruskan solat pada pergerakan yang disedari oleh makmum kemudian barulah imam keluar dari solatnya contohnya imam dan makmum ketika itu semuanya sedang sujud dan tiba2 imam terbatal solat ketika sujud itu maka dimaaf pada imam untuk bertakbir dan menyambung solat ke duduk antara dua sujud setelah itu imam teruslah keluar dari solat, tidak perlu membaca doa duduk antara dua sujud itu, apabila bertakbir dan duduk antara dua sujud maka terus keluar dari solat.

Sememangnya bila terbatal wudhuk maka imam mesti terus keluar dari solat tetapi dalam situasi sebegini dimaaf pada imam kerana jika imam terus keluar ketika sujud itu maka semua makmum yang sujud ketika itu akan keliru apa yang berlaku pada imam, adakah imam sudah koma ? , pengsan ? atau sebagainya maka jika imam keluar solat ketika duduk antara dua sujud maka makmum2 akan dapat tahu imam sudah terbatal wudhuk dan dapat menyedari atau melihat imam keluar dari solat. Apabila dilihat imam keluar dari solat maka makmum di belakang imam dapatlah menggantikan imam itu.
Salah seorang makmum yang berada di belakang Imam hendaklah mengambil tempat Imam tersebut dengan melangkah ke hadapan samada mengambil tempat di atas sejadah Imam tersebut ataupun bersebelahan Imam tersebut (Imam yang terbatal) sekiranya imam tersebut tidak beralih tempat.
Wallahu’alam , dari sahabatmu Uthman_5Beta...

BeNDa NaMpaK Biasa TaPi HaRam....


(1) Hukum melakonkan aksi solat dalam drama
Maka jawabnya jumhur ulama’ mengatakan haram melainkan untuk mengajar orang contohnya seorang ayah yang menunjukkan cara solat yang betul kepada anaknya.

(2) Hukum menyambut hari ibu.
Maka jawabnya HARI IBU di fatwakan oleh ulama’-ulama’ di sebelah Timur Tengah adalah haram kerana hari ibu ini asalnya adalah hari “The Mother of God” dalam upacara kalendar orang kristian, The Mother of God yang bermaksud hari ibu Tuhan, orang kristian mengangap maryam iaitu ibu kepada Nabi Isa a.s ini adalah ibu Tuhan.
Dalam Islam menyuruh umatnya mengenang jasa ibu ini setiap masa dan waktu sepanjang tahun bukan setakat satu hari sahaja.
Begitulah juga dengan HARI BAPA, semua ini tiada dalam Islam, disebabkan kita ni jahil sangat, orang sambut kita sambut, sedangkan kita tidak tahu apakah itu dari Islam atau tidak. Tunjukkanlah kasih syg kpd ibu bapa kita setiap hari, bukannya hanya satu hari,, lpas 2 buat derk jer !! Jd apa yg penting kasihlah ibu ada setiap masa bukan sekadar pd hari yg tertentu sahaja.

(3) Hukum menyambut valentine
Hari Valentine bermaksud hari berkasih sayang juga adalah haram. Walaupun sudah tahu hukumnya haram tapi masih ramai saudara-saudara kita yang menyambutnya kerana kejahilan mereka sendiri. Cubalah teliti semula asal usul hari valentine ini.

(4) Hukum upacara membawa obor
Maka jawabnya ulama’ –ulama’ fatwa membawa obor adalah daripada adat agama majusi maka membawa obor adalah haram. Membawa obor seperti dalam sukan Sea atau olimpik atau larian obor adalah daripada upacara dalam agama majusi. Ketika itu larian obor ini dilakukan dalam upacara-upacara yang besar seperti berkahwin, bersukan atau sebagainya dengan membawa obor mengelingi kampung atau negeri. Direka ketika zaman olimpik yang pertama di Olimpia di Greek kuno, Greek kuno ini adalah agama majusi iaitu menyembah Tuhan api. Selepas itu ditiru pula oleh sukan-sukan yang lain termasuklah sukan-sukan di negara Malaysia iaitu negara yang dikatakan negara Islam…?

(soal jawab ke-8 : persoalan dari sahabatku dari 5 Alpha, walaupun tidak sekelas)
uthman_muhamed_10'

Sabtu, 8 Mei 2010

HukuM MeNGHiSaP RoKOK ?? (kalu pndapat ak baik isap dadoh lalu) -persoalan dari Mu'iz-


Soalan pertama . .
Saya nak tanye mengenai menhisap rokok ni .. apa hukumnya ? Kalau saya menghukumkannye makruh , macam mana ? Sedangkan saya tahu rokok tu membazirkan duit dan membahayakan kesihatan . Apakah itu dikira haram saya hisap rokok ? minta penjelasan . .

soalan kedua . .
Bolehkah kita baca bacaan dalam solat dengan nada slow? Sebab saya dengar baru2 ni Ustaz bagitahu kita mesti baca sekadar telinga kita je dengar . Kalau baca perlahan atau slow sehingga telinga kita tidak dengar macam mana ? Adakah sah solat saya ?
soalan ketiga . .
ape hukum kalau kita bace bacaan dalam solat tidak mengikut tajwid yang betul ? Contohnya ketika rukuk , sujud , tahiyat dan lain2 kecuali al – fatihah . Kalau surah al - fatihah tu saya tahu wajib baca ikut tajwid .
sy amat berharap soalan2 ini dapat di jawab . . . Sekian terima kasih

Maka jawabnya . . .
1. Pendapat yang berkata hukum hisap rokok itu makruh adalah pendapat ulamak2 mazhab Syafi'e . Jika dengan menghisap rokok akan menyebabkan sakit maka berubahlah hukum makruh itu kepada haram.
Membazir ada dua hukum . Membazir yang melampau batas hukumnya adalah haram . Membazir kategori inilah yang disebut didalam Quran sebagai saudara syaitan.
Membazir yang tidak melampau batas adalah makruh saja hukumnya dan bukannya termasuk saudara syaitan .

2. Menurut pendapat yg muktamad disyaratkan mendengar bacaan2 yang dibaca didalam solat oleh telinga sendiri . Oleh itu jika tidak mendengar oleh telinga sendiri maka tidaklah sah bacaan tersebut . Jika bacaan itu merupakan rukun solat seperti membaca Fatehah maka tidak sah solat tersebut.
Dan jika bacaan itu adalah zikir yang sunat seperti zikir didalam rukuk maka tidak mendapat fadhilat .
Sebutan yang tidak keluar suara yang tidak kedengaran pada telinga sebenarnya bukanlah bacaan . Fatehah dan zikir2 solat adalah bacaan . Kerana itulah disyaratkan mesti bersuara dan tidak dinamakan bersuara jika tidak didengar oleh telinga sendiri.

3. Jika bacaan tidak mengikut tajwid itu tidaklah sampai mengubah makna ayat maka tidaklah membatalkan solat tetapi wajib diulangi semula membaca ditempat yang salah itu.
Melainkan mereka yang baru belajar tajwid dan belum lagi pandai maka kesalahanya dimaaf pada syarak selama kesalahan tersebut terjadi dengan sebab belum pandai bukannya disengajakan.