Jumaat, 20 Mei 2011

ALLAH WUJUD TANPA BERTEMPAT

"Allah Maujud Bila Makkan" !! Alhamdullillah . Sudah lama tidak berpeluang utk online . Namun pada hari ini , dengan izin dan inayah-Nya sekali lagi saya ingin berkongsi sedikit ilmu yg saya telah saya pelajari seusai tamatnya SPM 2010 . Dgn kesibukan masa menuntut ilmu di sekolah (Form 6) , tambah lg dgn pengajian tallaqqi Qiraat setiap malam mungkin sedikit sebanyak membantutkan masa saya utk ber-blog . Namun Allah Maha Bijaksana . Dia lebih tahu apa yg terbaik utk saya . Disebabkan itulah setiap hari saya mulakan hari saya dgn pengisian agama . Pergi sekolah jgn lupa agama , naik motor jgn lupa agama , makan minum dahulukan sunnah dalam beragama . Pendek kata hidup saya tidak lengkap tanpa agama : Islam . Innaddina indallahil islam...." Namun ramai orang tidak mengerti akan pendirian saya . Otak saya otak agama . Apa yg bertentangan dgn agama semuanya saya tentang , hatta guru saya pun saya berani tegur asalkan terlepas dari dosa .

Kalau dulu ada guru mempertikai kenapa baca doa panjang ?? Apa faedahnya baca panjang-panjang kalau orang lain tak faham makna ?? -kata guru tersebut- . Saya memperbetulkan keadaan dgn menegur , biasalah tiada istilah belembut dalam beragama . Tapi balik-balik, saya juga yg kena marah . Kena banned lagi dari baca doa. Takper ... Allah ada .


Eh,dah masuk topik laen pulak , berbalik pada qasad sebenar . Sayyidina Ali Karramallhu wajhah menyebut : "Kufur jika mengatakan Allah ada dimana-mana dan mbertempat . Allah wujud tanpa bertempat" . Inilah 'aqidah Ahlissunnah waljama'ah yg cuba saya terpakan disini . Mari sama-sama kita berkongsi ilmu yg saya pelajari dari tok guru saya tentang keberadaan Allah yg tidak bertempat . (berdasarkan apa yg saya ketahui)

ULAMA` NUSANTARA BERKATA :-

1. Al-Shaykh Daud ibn Abdullah al-Fatani berkata dalam kitabnya al-Durrur al-Thamin[2]:“Maka wajib atas mukallaf menafikan daripada Allah Tuhan sekalian alam daripada serupaiakan Dia dengan segala yang baharu seperti jirim dan `arad dan yang melazimkan bagi jirimdan `arad (dan) lazim bagi jirim itu empat perkara iaitu baharu dan bersusun dan mengambillapang (ruang atau tempat) dan qabul bagi `arad seperti maqadir (ukuran dan sukatan) danjihah (arah) dan zaman dan hampir dan jauh dan kecil dan besar dan bersentuh dan bergerak dan diam…”.

2. Al-Shaykh `Abdus-Samad ibn al-Falimbani (W. 1206 H) berkata dalam kitabnya Hidayatal-Salikin [3]:“Maha suci Allah ta`ala daripada pindah dan bergerak dan mengambil tempat dan bertempatyang tertentu pada suatu benua dan berpihak dengan pihak yang tertentu... tiada meliputi akanAllah ta`ala itu oleh tempat… dan tiada menentukan Allah ta`ala itu oleh zaman… adalahAllah itu dahulu daripada bahawa Ia menjadikan akan zaman dan tempat dan adalah Allahta`ala sekarang atasnya iaitu ada Ia sedia tiada berubah-ubah daripada sedia-Nya”.

3. Al-Shaykh Zayn al-`Abidin bin Muhammad Al-Fatani yang masyhur dengan panggilanTuan Minal berkata dalam kitabnya `Aqidah al-Najin fi `Ilm Usul al-Din[4]:“(Mukhalafatuhu lil-hawadith) ertinya bersalahan Allah ta`ala bagi segala yang baharu;ertinya tiada bersamaan Allah ta`ala bagi segala yang baharu, maka diketahui daripada yangdemikian itu menafikan jirim dan `arad dan kulliyyah dan juz’iyyah dan segala yang lazimbagi segala perkara itu. Dan yang lazim bagi jirim empat perkara pertama baharu dankeduaan bersusun dan ketiga mengambil lapang [ruang atau tempat] dan keempat menerimabagi `arad…”.

4. Tuan Minal al-Fatani dalam kitabnya Irshadul-`Ibad ila Sabilir-Rashad[5] berkata lagi:“…Dan bahawasanya Allah ta`ala Maha Suci daripada zaman dan makan yakni tiada laluatas-Nya oleh masa dan tiada ditentukan dengan suatu tempat seperti barang yangdiiktikadkan oleh orang yang jahil dan yang sesat bahawasa Allah ta`ala di dalam fu’ad kitaMaha Suci Allah ta`ala daripada demikian itu dan Maha Suci daripada menyerupai bagiakwan tiada meliputi dengan Dia oleh segala pihak dan tiada mendatangkan Dia segala yangbaharu. Bersamaan Ia atas Arasy atas wajah yang difirman-Nya dan atas makna yang dikehendaki-Nya akan dia akan sebagai bersamaan yang berpatutan dengan kebesaran-Nyadan ketinggian kepujian-Nya dan kebesaran-Nya…”.

5. Al-Shaykh Muhammad Zayn ibn al-Faqih Jalal al-Din al-Ashi berkata dalam kitabnya Bidayah al-Hidayah Sharh Matn Umm al-Barahin[6]:“…(Dan kelima) mustahil Allah ta`ala itu berhad dengan sesuatu tempat seperti pada Arasydan lainnya atau masa seperti lalu atas-Nya siang dan malam…”.

6. Al-Shaykh Muhammad ibn Isma`il Daud al-Fatani berkata kitabnya Matla` al-Badraynwa Majma` al-Bahrayn[7]:“Dan setengah daripada yang mustahil pada hak Allah ta`ala dua puluh sifat dan iaitu segalalawan dua puluh sifat; pertama dan iaitu (`adam) ertinya tiada (dan huduth) ertinya baharu…..(dan mumathalah dengan hawadith) ertinya menyerupai dengan yang baharu dengan bahawaada Ia berjirim ertinya mengambil Zat-Nya yang maha tinggi akan kadar daripada lapangatau ada Ia `arad yang berdiri dengan jirim atau ada Ia pihak bagi jirim atau bagi-Nya pihak atau berhad Ia dengan tempat…

Dari apa yg dapat difahami disini , jelaslah bahawa , WAJIB ke atas setiap mukallaf mepelajari ilmu ma'rifat . "awwaluddin ma'rifatullah" . Tok Guru saya pernah kata (TG HJ LUQMAN, waris Tok Kenali) , ketika beliau membahaskan kitab Hidayatus Sibyan Fi Ma'rifatil Islam wal Iman , katanya sesetengah ulama' berpendapat , SESEORANG MUKALLAF YANG TIDAK BERUSAHA MEMPELAJARI ILMU TAUHID , MAKA MATINYA BOLEH DIIJTIHADKAN MATI SEBAGAI SEORANG YG KUFUR . Maka takutilah wahai teman-teman akan pesanan ini .

HIDUP AHLUSSUNNAH WALJAMAAH !!! BULL SHIT WAHABI !!!

Sabtu, 5 Mac 2011

BeLaJar Qira'at BersaMa TuaN GurU HJ. LuQMaN

Bismillahirrahmanirrahim ... Alhamdulillah , syukur kehadrat Ilahi kerana dgn limpah kurnia dan inayah-Nya , aku sekali lagi dapat menyambung kembali nukilan ini meluahkan segala apa yg terbuku di hati ini . Alhamdulillah sekali lagi ..!

Baru-baru ini diriku 'digemparkan' dgn berita baik apabila aku diterima kembali utk mengikuti pembelajaran Qiraat bersama Tuan Guru Hj. Luqman @ Pak Adek .. Dulu masa Form 3 pun aku pernah menuntut ilmu agama dgn beliau , namun disebabkan aral yg melintang , usahaku itu hanya dpt bertahan buat seketika sahaja . Namun pada kali ini , aku bertekad utk terus mencuba sedaya upaya agar pengajianku itu dapat bertahan lama .

Apa yg aku ingin perkatakan disini ialah tentang karamahnya mu'allimku ini.. Memang hebat mu'allim ku ini . Beliau antara ulama'-ulama' Kelantan yg terkenal sebaris dgn Tuan Guru Hj. Hamid Gunung
al-waliyallah @ Pok Su Hamid Gunung dan Tuan Guru Hj. Ishaq , pengasas Pondok Gelang Mas . Beliau juga merupakan anak kepada seorang wali Allah , Tuan Guru Hj. Yusuf @ Ayoh Soh Chicha .. Pernah satu kali penduduk Kg. pernah melihat beliau menarik lembunya ketika hujan yg bersangatan lebat , namun dgn izin Allah , setitik pun air hujan tidak mengenai tubuhnya mahupun lembu peliharaannya itu .. Jadi , wajarlah dia mewarisi ketaqwaan yg diperwarisi oleh bapanya itu ..

Berbalik kpd pengajianku tentang ilmu qiraat ..: sebelumnya aku beranggapan bahawa Qiraat nie adalah sesuatu yg mudah , namun setelah aku melaluinya sendiri , demi ALLAH , susah jugak Qiraat nie yer ...! hehehe... Pertama kali aku mendengar apa itu NAQAL , TAGHLIZ LAM , IDHOFATIL YA' , IDGHAM ZAL FITTA' , HAMZATAIN FI KALIMATAIN , TASHIL HAMZATUSSANI , IBDAL ,IMALAH , TAQLIL ,FARASY HURUF , ISQOT HAMZATIL ULA , dan baaaaaaaaaaaaanyak lagi !!!

Aku bersyukur pada Allah kerana aku diberi peluang untuk mempelajari dua Riwayat sekali gus , Qalun dan Warsh , toriq assyatibi , murid Imam Nafi' .Sungguh menakjubkan pengajian Qiraat ini . Memang lain dari yg lain .. Di sini juga aku ingin mengucapkan terima kasih kpd Muhamad Afiq Ridzuan yg telah banyak membantuku . Syukran .... Dikesempatan ini juga aku juga ingin mengungkapkan rasa takziah kpd Afiq dan keluarga diatas pemergian ayahandanya yg tercinta .. ALLAHUMMAGFIRLAHU WARHAMHU... amin ya ALLAH !!

Isnin, 7 Februari 2011

Keutamaan Solat 5 Waktu

Assalamualaikum,

ALLAH S.W.T. berfirman:

إِنَّ الصَّلَاةَ كَانَتْ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ كِتَابًا مَّوْقُوتًا ...

"...Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya.." (An-Nisaa:103)

Rasulullah s.a.w. bersabda, (mafhumnya:) "Solat lima waktu diwajibkan ALLAH atas hamba-hambaNya. Sesiapa melakukannya dan tidak mengsia siakan sesuatu darinya kerana meremehkan haknya, maka untuknya di sisi ALLAH ada janji bahawa akan memasukkan dia ke Syurga."

Rasulullah s.a.w. bersabda, (mafhumnya:) "Solat lima waktu ibarat sungai tawar dan segar di depan salah seorang kamu, ia berwudhuk di situ setiap hari lima kali. Apakah engkau lihat kotorannya masih tertinggal?" Mereka menjawab. "Tidak ada kotoran sedikit pun."

Rasulullah s.a.w bersabda, (mafhumnya:) "Solat lima waktu menghilangkan dosa diantaranya selama menjauhi dosa besar."

Imam Bukhari, Muslim dan para ahli hadith meriwayatkan dari Ibnu Mas'ud bahawa seorang lelaki mencium perempuan. Dia datang dan menceritakan hal itu pada Nabi s.a.w. Seolah olah dia tanya tentang tebusannya. Kemudian turun kepada beliau ayat:

Terjemahannya: "...Dirikanlah solat di waktu dua tepi siang (pagi dan petang).... (Surah Hud:114)

Lelaki itu berkata: "Ya Rasulullah! Apakah ini untuk ku?"

Juga Imam Ahmad, Muslim dan lainnya mengeluarkan dari Abi Umamah bapanya seorang lelaki datang kepada Nabi s.a.w. seraya berkata: "Ya Rasulullah! Lakukanlah hak ALLAH pada u sekali atau dua kali." Lalu dia berlalu, kemudian didirikannya solat. Setelah menunaikan solat, Nabi s.a.w. berkata, : "Mana lelaki itu?" "Saya!" Jawabnya. Nabi s.a.w. bersabda: "Apakah engkau sempurnakan wudhuk dan solat bersamaku tadi?" "Ya!" jawabnya, lalu Nabi s.a.w. bersabda, "Sungguh kamu bersih dari dosa seperti harikau dilahirkan ibumu." Dan ketika itu ALLAH S.W.T. menurunkan pada rasulNya ayat (Hud:114) di atas.

Rasulullah s.a.w. bersabda (mafhumnya:)

"Antara kita dan orang orang munafik ada saksi Isya' dan Subuh di mana mereka tidak boleh mengerjakannya."

Rasulullah s.a.w. bersabda, (mafhumnya:)

" Solat itu tiang Addin, Siapa meninggalkannya , sungguh telah merobohkan Addin."

Rasulullah s.a.w. bersabda, (mafhumnya:)

"Apakah amal yang paling utama?" Baginda menjawab: "Solat pada waktunya."

Rasulullah s.a.w. bersabda, (mafhumnya:)

"Siapa menjaga solat lima dengan menyempurnakan segi lahirnya dan waktu-waktunya, maka untuknya ia merupakan nur dan pegangan pada Hari Kiamat. Dan siapa mensia siakannya akan dihimpun bersama Firaun dan Hamman.

Rasulullah s.a.wbersabda,(mafhumnya:)

"Kunci Syurga itu adalah Solat."

Dan baginda bersabda (mafhumnya:)

"ALLAH S.W.T tidak mewajibkan pada makhlukNya setelah tauhid yang lebih disukaiNya daripada Solat. Kalau ada sesuatu yang lebih disukaiNya, tentu para Malaikat akan beribadah dengannya. Maka setengah mereka Ruku',setengahnya sujud, setengahnya berdiri dan duduk."

Nabi s.a.w. bersabda (mafhumnya:)

"Siapa sengaja meninggalkan solat, kafirlah dia."

Yakni hampir meninggalkan iman, melepaskan talinya dan merobohkan tiangnya.

Juga Rasulullah s.a.w. bersabda (mafhumnya:)

"Siapa dengan sengaja meninggalkan solat, lepaslah dia dari tanggunggan Muhammad s.a.w."

Telah berkata Abu Hurairah r.a. "Siapa wuduk dengan baik lalu keluar hendak solat, sesungguhnya setiap langkah satu kebaikan dan dihapus dengan langkah berikutnya satu keburukan. Jika mendengar Iqamah, tidak seharusnya kamu memperlambat. Sungguh yang paling agung pahalanya adalah kamu yang paling jauh rumahnya. "Mengapa wahai Abu Hurairah?" Tanya mereka. Dia berkata, "Kerana banyaknya langkah"

Rasulullah s.a.w. bersabda (mafhumnya:)

"Setiap muslim yang sujud kepada ALLAH satu kali, maka Dia akan mengangkat darjatya dan menghapus keburukannya."

Dirawikan bahawa seorang lelaki berkata pada Rasulullah s.a.w. (mafhumnya:)

"Berdoalah kepada ALLAH agar menjadikan aku patut mendapatkan Syafaat mu dan memberiku rezeki menemani mu di Syurga."

Lalu Nabi s.a.w. bersabda (mafhumnya:)

"Mintalah pertolongan pada ku dengan memperbanyakkan sujud"

Dikatakan bahawa hamba yang terdekat pada ALLAH S.W.T. adalah sewaktu dia bersujud. Itulah makna:

"Dan sujudlah (kepada ALLAH) dan berhampir dirilah (kepadaNya) - (AL-Alaq:19)

ALLAH S.W.T berfirman:

"Terdapat di muka mereka itu adalah bekas sujud..." (Al-Fath:29)

Dikatakan anda itu adalah bekas muka mereka menampal tanah sewaktu sujud. Ada pula yang mengatakan, tanda itu ialah nur kekhusyukan yang memancar dari batin kepada lahir. Terakhir inilah yang lebih absah.

Namun yang lain mengatakannya sebagai bekas wudhuk yang nampak pada muka mereka pada hari Kiamat.

Dirawikan bahawa Umar Bin Abd Aziz hanya mahu bersujud di atas tanah.

Yusuf bin Asbath berkata : "Wahai para pemuda, cepatlah semasa sihat sebelum sakit. Tidak seorang pun yang lebih ku hasad selain lelaki yang sempurna ruku' dan sujudnya. Dan sesungguhnya antara aku dan demikian telah terhalang." Said bin Jubair berkata: "Tidak ada sesuatu di dunia yang paling disukai ALLAH adalah lelaki yang suka berjumpa kepadaNya. Dan saat hamba yang paling dekat kepada ALLAH sewaktu sujud kepadaNya.

Abu Hurairah r.a. berkata: "Yang paling dekat seorang hamba kepada ALLAH adalah manakala ia bersujud. Oleh kerananya perbanyakkanlah doa ketika itu."

Oh Muslimah !! (2)

Dunia internet semakin berkembang maju. Satu hari, satu weblog, mungkin berjuta-juta orang yang melihatnya setiap hari. Di kalangan mereka ada yang bagus, yang menundukkan pandangan selaras firman Allah dalam Surah An-Nur “Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan.” Namun, kita harus akui, bahawa di kalangan jutaan orang itu, ada yang hatinya sakit, ada yang jiwanya perit menanggung kesakitan akibat terlihat wajah-wajah kamu biarpun kamu bertudung litup.

Muslimahku,
Kalau kita lihat dunia gambar bukan main maju lagi. Dahulu, cuma setakat kamera yang perlu dicuci gambarnya. Kini, telefon juga menjadi kamera. Kamera pula lebih dahsyat, lebih instant, sesegera mee segera yang sama kerosakan yang dibawanya, penyakit hati.

Alangkah malangnya, kalau wajah-wajah anda yang terpamer itu, mengundang gejolak rasa di jiwa insan bernama lelaki, yang beriman akan beristighfar dan memujuk hati, manakala yang sakit jiwanya, akan mula mengganggu anda. Mula memburu anda dengan SMS, telefon, hatta mungkin mendekati anda, dengan tujuan memiliki anda….Hanya kerana satu kesilapan yang mungkin anda tidak terniat, wajah anda terpampang besar di internet!

Gambar adalah bayangan realiti. Namun mungkin juga ia fantasi. Kadangkala tertipu juga lelaki pada fantasi Photoshop, Fireworks dan seribu satu pengedit gambar lagi. Kalau itu memang tujuan anda, anda tanggung sendirilah. Tapi kalau niat anda cuma berkongsi, dengan tanpa sedar mengajak fitnah bertandang, maka amaran saya, hati-hatilah!

Penyelesaiannya

Andalah sahaja yang mampu menyelesaikannya. Bukan orang lain. Diri anda, andalah yang harus menjaganya. Apa tujuan anda bertudung dan menutup aurat? Bukankah kehendak syariat dan ingin menutup pandangan orang kepadamu? Maka, soalan saya, menundukkan pandangan bukan kehendak syariatkah? Memaparkan wajah anda besar-besar menutup pandangan orang terhadap andakah?

Kerana weblog-weblog dan web foto itu milik anda, seharusnyalah anda kecilkan wajah-wajah anda dengan mengecilkan saiz gambar itu. Banyak cara boleh dilakukan menggunakan perisian pengedit gambar. Belajarlah daripada yang tahu. Hindarkanlah aksi-aksi dan posing-posing yang hanya akan menambahkan lagi kerosakan jiwa masyarakat. Sekiranya niat anda hanya ingin berkongsi dengan rakan muslimah anda, lakukanlah secara tertutup. Elakkan posting yang boleh dilihat oleh segala macam jenis orang. Kalau lebih mudah, anda kirim saja emel bergambar pada rakan muslimah anda itu.

Ingat, wajah anda, anugerah Allah. Anugerah Allah itu hanya layak dilihat berkali-kali oleh yang layak sahaja . Wallahu A’lam.

-ust.amir11-

Oh Muslimah !!

Melihat perempuan-perempuan menjerit terkinja semasa konsert Black Eye Peace atau Paramore adalah sesuatu yang tidak pelik.


Muziknya menyebabkan kita terasa nak melompat dan menggerakkan kepala.

Namun, bagaimana pula andai kita melihat perempuan-perempuan bertudung terjerit-jerit semasa konsert nasyid Maher Zain?

Rasanya tiada pun lagu Maher Zain yang rancak seperti lagu-lagu Paramore atau Soutul Harakah?

Sukar untuk mempercayai apa yang berlaku, namun itulah yang terjadi semasa konsert Maher Zain di Gombak baru-baru ini.

Dimanakah malu seorang muslimah?

Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: "Sifat malu merupakan salah satu cabang daripada cabang-cabang Iman" - Riwayat Bukhari dan Muslim

Dalam sebuah hadis yang lain Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Asal iman ialah telanjang (tiada pakaian). Pakaiannya ialah takwa dan perhiasannya ialah malu."

Mengapa kita tidak menangis mendengar lagu yang menyentuh emosi?

Sedangkan ia lebih baik andai lagu-lagu Maher Zain mampu menginsafkan diri.

Adakah dengan mendengar lagu Maher Zain, iman kita bertambah dan taqwa semakn utuh? Atau kita hanya leka dengan muziknya?

Wahai muslimah,

Peliharalah akhlakmu. Jangan terlalu 'excited' dengan artis yang disayangi sehingga melupakan akhlak.

Para sahabat nabi pernah bertanya: "Siapakah orang yang paling dicintai oleh Allah?" Rasulullah SAW menjawab: "Orang yang paling baik akhlaknya." - Riwayat al-Thabarani

Sebahagian pembaca silap faham dengan berita yang dibawa. Teguran yang kami ingin tekankan adalah muslimat yang menjerit-jerit ketika konsert.

Ayat "melihat perempuan-perempuan menjerit terkinja sambil melompat-lompat semasa konsert Black Eye Peace atau
Paramore adalah sesuatu yang tidak pelik" adalah ayat pendahuluan.

Penekanan berita ini adalah "bagaimana pula andai kita melihat perempuan-perempuan bertudung terjerit-jerit semasa konsert nasyid Maher Zain?" sepertimana tajuk berita "apabila muslimah terjerit-jerit semasa konsert Maher Zain."

Namun bagi mengelakkan salah faham akan datang, ayat pendahuluan disunting menjadi "melihat perempuan-perempuan menjerit terkinja semasa konsert Black Eye Peace atau
Paramore adalah sesuatu yang tidak pelik."

Kami mencadangkan agar untuk konsert-konsert Islam seperti ini, para penganjur atau artis itu sendiri perlu mengingatkan penonton agar menjaga akhlak.

Moga-moga konsert seumpama itu mampu melahirkan keinsafan di kalangan penonton dan bukan sekadar menjadi medan melepaskan rindu kepada artis.

Kisah Seorang Imam

Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia. Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid.

Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen.

Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut.

"Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?" Imam tersebut bertanya kepada dirinya.

"Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup," kata Imam tersebut.

Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti.

Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut.

"Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen", kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut.

"Owh... terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya," pemandu bas tersebut berkata.

Imam tersebut menjawab, "Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya perlu berlaku jujur."

Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, "Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam."

Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan. Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, "Astaghfirullah!!!Ampunkan daku Ya Allah... Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!"

Sahabat-sahabatku sekalian...

Apa yang anda dapat daripada peristiwa di atas? Ingatlah.. kita mungkin tidak melihat dan tahu kesan tindakan kita terhadap orang lain. Kadang-kadang manusia akan menganggap kita sebagai tingkap untuk melihat ke dalam dunia Islam.

Sesungguhnya pada diri Rasulullah s.a.w. itu terdapat contoh teladan yang baik.

Hukum Lupa Hafazan Ayat-ayat Al-Quran

Asas hukum di dalam isu ini adalah hadith-hadith berikut :-

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : " ما من امرئ يقرأ القرآن ثم ينساه إلا لقي الله عز وجل أجذم "

Ertinya : "Tiada siapa pun yang membaca Al-Quran kemudian melupakannya kecuali ia akan bertemu Allah SWT di hari kiamat dalam keadaan kerdil" ( Riwayat Abu Daud ; Al-Munziri mengatakan ada perawinya Yazid Bin Abi Ziyad, hadithnya tidak dijadikan hujjah; Dhoif menurut Albani ; no 1474, hm 176)

Abu Ubayd menyebut : "Ajzam" di dalam hadith di atas bermaksud terpotong tangan, manakala Ibn Qutaybah pula menyebut ianya bermakna kerdil. ( Ma'alim as-Sunan, AL-Khattabi, 1/253 ; Awnul Ma'bud, Ibn Qoyyim)

Terdapat ulama yang menjadikan hadith di atas sebagai hujjah dalam isu melupakan hafazan al-Quran. Disebut huraian "yaqra" di atas merangkumi maksud membaca dengan melihat, membaca secara hafaz dan membaca makna Al-Quran kemudian meninggalkan pembacaannya secara lupa atau sengaja. Bagaimanapun hadith di atas telah dihukum sebagai dhoif.

Antara hadith lain adalah :-

"عرضت عليّ ذنوب أمتي فلم أر ذنباً أعظم من سورة من القرآن - أو أية - أوتيها رجل ثمّ نسيها"

Ertinya : " Dibentangkan kepadaku dosa-dosa umatku dan tidak aku nampak dosa yang lebih besar dari satu surah dari Al-Quran atau satu ayat ,yang diberikan kepada seorang lelaki kemudian ia melupakannya" ( Riwayat At-Tirmidzi, bab Fadhail Quran dari Rasulullah SAW, no 2840 ; At-Tirmidzi : Gharib; Al-Munziri : Dhoif kerana perawi bernama Abd Majid Bin Abd Aziz ; rujuk Tuhfatul Ahwazi)

Para ulama salaf berbeza pandangan dalam bab melupakan ayat Al-Quran, sebahagian mereka menjadikannya sebagai dosa besar, antaranya Ulama Syafie seperti Syeikh Ar-Ruyani, Al-Qurtubi dan lain-lainnya yang mengatakan melalaikan pembacaanya adalah penyebab kepada lupa ayatnya, lupa ini menunjukkan tidak memberi perhatian sewajarnya terhadap Al-Quran. Malah di sebut dalam sebuah riwayat Mawquf :

" ما من أحد تعلم القرآن ثم نسيه إلا بذنب أحدثه , لأن الله يقول (( وما أصابكم من مصيبة فبما كسبت أيديكم)) "

Ertinya : Tiada seorang pun yang mempelajari Quran kemudian melupakannya kecuali ditimpa dosa, kerana Allah berfirman : " Tiadalah musibah yang menimpa kamu kecuali dengan sebab tangan-tangan kamu sendiri" " mereka menambah : tiada musibah yang lebih besar dari melupakan al-Quran.

Sebuah lagi sambungan hadith di atas tetapi bertaraf mursal menurtu Al-Hafidz Ibn Hajar Al-Asqolani; Ertinya : "..tidak aku nampak dosa yang lebih besar dari dosa penghafaz al-Quran kemudian meninggalkannya" (Dikeluarkan oleh Ibn Abi Daud ; Rujuk Fath Al-Bari)

Imam Al-Qurtubi pula berpendapat bahawa sesiapa yang menghafaz Al-Quran maka telah tinggi darjatnya sekadar mana yang ia hafaz, apabila rosak kedudukan ini kerana lupa maka ia akan membawa kepada jahil, maka jahil selepas berilmu adalah amat buruk. ( Rujuk Fath al-Bari, bab : Kelebihan Al-Quran, no 4650)

Bagaimanapun, sebahagian ulama salaf pula pula menhuraikan maksud lupa di sini adalah melupakannya dengan meninggalkan beramal degan ayat itu. Ini kerana amaran jikakalau lupa ini hanya tertakluk kepada lupakan hafazan al-Quran maka akan berkatalah seseorang , bahawa LEBIH BAIK TIDAK PERLU MENGAHAFAZ TERUS. Maka ia bertentangan dengan objektif Shariah.

Kesimpulannya : Apapun tafsiran dan kekuatan dan kelemahan rawi hadith, sememangnya menjadi kewajiban bagi menjaga hafazan Al-Quran demi mengekalkan ketinggian maqam di sisi Allah, juga amat wajib bagi yang telah mempelajari ilmu-ilmu dari Al-Quran dan memahaminya kemudian melupakannya. Justeru, amat perlu bagi kita umat Islam mengingati hafazan dan ilmu dari al-Qurana untuk di baca dan di amal. Wallahu ‘alam.

-ust.amir11-

Syahidnya Zaid Bin Harith, Jaafar Bin Abi Talib Dan Abdullah Bin Rawahah

Assalamualaikum Wabarakatuh.

Peperangan Di Medan Mauta. Menyaksikan Tentera Islam 3,000 menentang Tentera Kristian Rom 200,000

Kebanyakan surat-surat yang dikirimkan oleh Rasulullah S.A.W kepada beberapa orang raja adalah bertujuan supaya mereka memeluk agama Islam. Salah seorang yang dihantarnya ialah Raja Busra, surat kepada raja ini dihantar oleh Haris bin Umar Azdi r.a. Apabila sampai di Mauta, beliau telah dibunuh oleh Sharabbil Ghassani, yakni salah seorang Gabenor Qaisar. Pembunuhan ini adalah bertentangan dengan semua undang-undang kesusilaan di antara suku-suku, sebab Haris Bin Umar r.a. adalah utusan untuk menyampaikan surat.

Rasulullah S.A.W sangat dukacita atas kematian Haris, lalu beliau mengumpul seramai 3,000 pejuang yang gagah berani untuk menentang musuh yang jahat itu. Rasulullah S.A.W melantik Zaid Bin Harith sebagai Ketua Pasukan.

Kemudian baginda bersabda kepada para pejuang yang akan ke medan pertempuran, " Sekiranya Zaid terbunuh maka Jaafar Bin Abi Talib hendaklah mengetuai pasukan dan jika Jaafar juga terbunuh, maka Abdullah Bin Rawahah hendaklah mengetuai pasukan. Dan sekiranya Abdullah juga terbunuh, maka bolehlah kamu semua memilih seorang ketua di kalangan kamu yang kamu kehendaki."

Seorang Yahudi yang kebetulan berada di situ berkata, "Pasti ketiga-tiga mereka ini akan terkorban, kerana itu adalah lumrah sebagaimana para Nabi yang terdahulu selalu meramalkan."

Sebelum tentera Islam berangkat menuju ke medan pertempuran, Rasulullah S.A.W memberikan sehelai bendera putih yang diperbuat sendiri oleh Rasulullah S.A.W kepada Zaid. Rasulullah S.A.W menemani tentera-tentera Islam beberapa langkah di luar Kota Madinah dan beliau berdoa, " Semoga Allah S.W.T akan mengembalikan kamu semua dengan selamat dan memperoleh kejayaan. Semoga Allah memelihara kamu semua dari segala kejahatan."

Setelah Rasulullah S.A.W selesai berdoa, Abdullah Bin Rawahah menyampaikan tiga rangkap syair yang bermaksud, " Aku hanya menginginkan keampunan terhadap segala dosa-dosa dan sebilah pedang untuk menyebabkan darah-darah merahku memancar seperti air yang mengalir keluar dari mata air...atau sebilah tombak untuk menembusi masuk ke liang hatiku dan isi perutku...dan ketika insan-insan melalui tepi kuburku, mereka akan berkata, semoga engkau telah gugur kerana Allah.. berjaya dan makmur. Engkau sesungguhnya insan yang berjaya dan makmur. "

Pihak musuh pula diketuai oleh Sarjil. Mereka telah mengetahui mengenai persediaan tentera Islam. Sarjil mengumpulkan 100,000 tentera yang lengkap dengan alat kelengkapan perang untuk menghadapi serangan tentera Islam. Ketika Sarjil dan bala tenteranya hendak mara, dia mendapat tahu bahawa Qaisar sendiri sedang mara dengan satu batalion tentera yang terdiri 100,000 orang untuk menolong Sarjil. Apabila berita ini sampai kepada para sahabat yang sedang dalam perjalanan untuk berperang dengan pihak musuh, mereka merasa ragu-ragu dan mereka berfikir sama ada untuk menentang musuh Islam yang berjumlah 200,000 orang itu, atau pun tidak. Atau mereka mengirim utusan kepada Rasulullah S.A.W untuk mendapatkan nasihat.

Dalam ragu-ragu itu, Abdullah Bin Rawahah dengan penuh semangat pejuang berkata dengan suara yang lantang, "Wahai para sahabatku, apakah yang membimbangkan kamu semua. Apakah tujuan sebenar kamu datang ke sini? Bukankah kamu semua datang ke sini untuk MATI SYAHID. Kita sebagai pejuang-pejuang Islam tidak pernah memperjuangkan tenaga kita dengan kekuatan senjata dan kekuatan bilangan tentera. Perjuangan kita adalah semata-mata kerana Islam yang telah dimuliakan oleh Allah S.W.T ke atas setiap kita pejuang-pejuang agama-Nya. Kita hendaklah mempastikan salah satu antar dua, Kemenangan atau Syahid."

Apabila para sahabat yang lain mendengar kata-kata semangat dari Abdullah Bin Rawahah, maka para sahabat pun beriktikad untuk bertemu dengan tentera-tentera Kristian di medan perang Mauta.

Apabila sampai di medan pertempuran, Zaid r.a. mengenggam bendera di tangan dan mengarahkan tugas bagi menghadapi pertempuran. Maka berlakulah pertempuran yang sengit di antara tentera Islam dengan tentera Kristian. Dalam pertempuran yang sedang rancak berjalan itu, saudara lelaki Sarjil mati dan Sarjil sendiri melarikan diri dan bersembunyi di dalam sebuah kubu.

Sarjil telah mengirim berita kepada Qaisar tentang masalahnya dan meminta bantuan tentera, maka Qaisar pun menghantar tentera yang gagah berani seramai 200,000 untuk membantu Sarjil. tentera Islam tetap bertarung dengan semangat jihad walaupun angka tentera musuh jauh berbeza dari tentera Islam yang cuma 3,000 orang sahaja. dalam pertempuran yang sengit itu, maka syahidlah Zaid (AllahuAkbar), Ketua Panglima tentera Islam.

Jaafar r.a. mengambil alih sebagai ketua dan menggenggam bendera. Beliau dengan sengaja melumpuhkan kaki kudanya agar beliau tidak dapat meninggalkan medan pertempuran jika datang perasaannya untuk meninggalkan medan pertempuran itu. Dalam peperangan yang sedang rancak berjalan itu, Jaafar membaca beberapa ungkapan syair. " Wahai Manusia ! Betapa Indahnya Syurga. Dan betapa gembiranya tentang kehampiran! Kecelakaan orang-orang Rom berada di dalam genggaman tangan, aku mesti hapuskan mereka semua."

Dengan memegang bendera Islam yang berkibaran di sebelah tangan, dan sebelah tangan lagi beliau memegang pedang, beliau terus meluru ke arah musuh. Sewaktu meluru tangan kanan beliau yang memegang bendera telah ditetak, beliau dengan segera memegang bendera dengan tangan kiri, tetapi tangan kiri beliau juga ditetak, beliau tetap memegang kuat dengan mengigit bendera dengan bantuan kedua belah bahunya yang telah kudung. darah mengalir seperti air paip, datanglah musuh dari arah belakang lalu menetak Jaafar sehingga terbelah dua, dan syahidlah Jaafar r.a (AllahuAkbar). Umur Jaafar r.a. ketika itu ialah 33 tahun.

Abdullah Bin Umar r.a. menceritakan, " Ketika kami mengangkat beliau keluar dari medan pertempuran, kami mengira bahawa terdapat 90 liang luka di badan beliau."

Sewaktu Jaafar r.a. terbunuh, Abdullah Bin Rawahah sedang makan daging di penjuru medan peperangan, beliau sudah tiga hari kelaparan. Sebaik sahaja beliau mendengar tentang kematian Jaafar, dengan segera beliau mencampakkan daging dengan berkata, "Abdullah kamu ini asyik sibuk dengan makan, sedang Jaafar telah sampai ke Syurga." (AllahuAkbar)

Tanpa membuang masa, Abdullah Bin Rawahah terus mencapai bendera dan meluru ke arah musuh. Dalam pertempuran itu anak-anak jarinya banyak yang parah dan tergantung isi. Beliau meletakkan anak-anak jarinya ke bawah lalu dipijak dengan kaki dan ditarik sehingga jari-jarinya bercerai dari tangannya. Kemudian beliau terus mara dan beliau berhenti sebentar dan memikirkan tentera Islam yang sedikit berbanding tentera musuh yang ramai. Dalam tengah berangan-angan itu, dia tersentak dan berkata dalam hatinya, " Wahai hati, apa yang menyebabkan kamu memikirkan demikian? Adakah keran cinta kepada isteriku? Kalau begitu aku ceraikan kamu pada saat ini juga. Adakah kerana hamba-hamba? Kalau begitu aku bebaskan mereka semua. Adakah keran kebun? Kalau begitu aku berikan sebagai sedekah"

Oleh kerana keletihan dan kelaparan, beliau turun dari kudanya, sementara sepupunya datang membawa sekeping daging kepadanya dengan berkata, "Kamu tidak dapat tidur dan makan kerana kelaparanmu selama tiga hari."

Apabila Abdullah hendak mengambil daging tersebut, beliau telah mendengar laungan musuh di salah satu sudut medan pertempuran, beliau melempar daging tersebut, dengan pedang yang terhunus, beliau meluru ke arah musuh dan berjuang sehingga beliau Syahid di medan pertempuran itu. (AllahuAkbar)

Saudar pembaca, apabila orang-orang Islam berjuang kerana agama Allah, maka perjuangan itu adalah jihad dan doa itu adalah senjata. Orang Islam berjuang dengan iman dan mati dalam syahid. Orang kafir berjuang dengan senjata dan mati mereka seperti mati katak. orang Islam mendapat Syurga sementara orang kafir mendapat neraka.

Isnin, 10 Januari 2011

ENaM SiFaT SaHaBaT (r.a)


Allah swt telah menetapkan bahwa kejayaan manusia hanya ada pada agama yang sempurna, iaitu agama yang dibawa oleh nabi Muhammad saw. Dan orang2 yang telah berjaya dalam mengamalkan agama secara sempurna adalah para sahabat Rasulullah saw.

Disedari atau tidak, hari ini kita belum lagi memiliki kekuatan dan kemampuan untuk mengamalkan agama dengan sempurna. Kerana itu, penting bagi kita untuk memiliki sifat2 dasar mereka yang telah berjaya dalam mengamalkan agama dengan sempurna. Apabila dirangkumi, maka ada enam sifat2 dasar yang dimiliki mereka.

1. Yakin atas kalimah thoyyibah
2. Yakin atas kekuatan sholat yang khusyu dan khudu
3. Yakin atas kekuatan ilmu yang terkait dengan dzikir
4. Yakin atas kekuatan persatuan ikramul muslimim
5. Yakin atas tugas amal2 yang ikhlas
6. Yakin atas tugas dakwah & tabligh

Enam sifat ini bukanlah tambahan bagi agama yang sudah sempurna, kerana agama yang sempurna sudah terangkum didalam Alqur’an dan Alhadits. Akan tetapi siapa saja yang memiliki sifat2 sahabat ini, maka dia akan memiliki sifat2 seperti sahabat r.anhum yang dengannya dia akan mudah mengamalkan keseluruhan agama ini dengan sempurna

NASIHAT ANA TENTANG DAKWAH ...


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Sahabat

Allah (swt) yang mencipta segala-galanya. Segala yang terlihat dan tidak terlihat dicipta oleh Allah (swt). Allah (swt) mencipta makhluk adalah untuk ujian bagi manusia supaya mereka mengenal Allah (swt). Allah (swt) menjadikan semua makhluk dengan qudrat-Nya. Mati dan hidup semua di tangan Allah (swt). Keadaan-keadaan yang wujud diantara hidup dan mati, semua itu Allah (swt) yang mewujudkannya. Apa yang berlaku dalam semua kehidupan makhluk bergantung dengan qudrat Allah (swt). Apa yang wujud semua dari Allah (swt), ikhtiar manusia juga dari qudrat Allah (swt) dan bukan usaha manusia.

Terbentuk kehidupan dan kemusnahan, kebaikan, keburukan bukan bergantung pada makhluk atau asbab tetapi bergantung kepada qudrat Allah (swt). Oleh karena itu Allah (swt) telah hantar nabi-nabi untuk memberi kefahaman kepada manusia supaya menjalani kehidupan ini mengikut kehendak Allah (swt). Begitulah, semua nabi (124 ribu orang) diutus ke muka bumi ini supaya menyeru manusia agar beriman kepada Allah (swt). Begitulah seterusnya dakwah Nabi Muhammad (saw).

Baginda menyeru bahwa semua keadaan yang wujud datang daripada qudrat Allah (swt). Apa yang berlaku dan sedang berlaku serta apa-apa yang akan berlaku semuanya datang dari Allah (swt). Inilah dakwah nabi-nabi termasuk Nabi (saw) bahwa kejayaan manusia bukan bergantung kepada apa yang diusahakan oleh manusia tetapi bergantung kepada apa yang ditetapkan oleh Allah (swt).
Kelemahan manusia ialah yakin manusia terkesan dengan apa yang dilihat memberikan manfaat dan mudharat. Sebenarnya kesan manfaat dan mudharat pada asbab itu bukan dari makhluk tersebut tetapi Allah (swt) yang memberi kesan. Makhluk itu sebenarnya tidak dapat berbuat apa-apa. Ulama memberi contoh mengenai bola lampu dan kabel elektrik, sebenarnya benda itu tidak dapat mengeluarkan cahaya tetapi arus elektrik dari generator. Begitulah semua apa yang kita lihat, kebaikan dan keburukan datang dari qudrat Allah (swt). Begitulah dakwah Ambia menyeru manusia kepada zat dan qudrat Allah (swt).

Hari ini apabila umat telah tinggalkan dakwah, maka yakin umat dan fikiran umat rusak. Semua ini berawal dari pembicaraan yang salah dan tidak lagi membicarakan kebesaran Allah (swt). Syaitan datang untuk membawa kita menjadi orang yang didakwahkan kepada perkara bathil. Inilah pembicaraan rata-rata orang Islam di seluruh dunia dimana mereka tidak lagj berbicara tentang kebesaraan Allah (swt), sebaliknya membicarakan kehebatan dunia. Dengan ini manusia yakin pada benda atau asbab yang dibicarakan dan tidak lagi terkesan dengan kekuasaan dan qudrat Allah (swt). Oleh itu kesesatan telah merata di seluruh dunia.

Sesungguhnya kehidupan manusia bukan tebentuk dari harta benda, tetapi kehidupan manusia terbina dengan iman dan amal. Untuk keselamatan dan keamanan usaha atas iman perlu diadakan dimana manusia akan benar-benar yakin terhadap zat dan qudrat Allah (swt). Allah (swt) yang memelihara rezeki seluruh makhluk termasuk diri kita. Dalam pembinaan iman, jangan campur-adukkan dengan ghairullah.

Melalui usaha dakwah Allah (swt) akan kembangkan hidayah ke seluruh alam. Melalui dakwah manusia kepada kebesaran Allah (swt). maka Allah (swt) akan masukan dalam diri orang yang membicarakan kebesaran Allah (swt). Begitu juga jika kita dakwahkan kehidupan suci murni Nabi (saw), orang itu akan dapat mengamalkan sunnah-sunnah Nabi dan kehidupan sunnah akan tersebar. Oleh karena itu kita perlu membentuk iman supaya wujudkan suasana iman bukan saja di marhala kita tetapi di seluruh alam.

Apabila kita tinggalkan dunia ini dalam jasbah orang yang hidupkan usaha Nabi. maka kita akan dibangunkan di hari akhirat bersama Nabi (saw). Oleh karana itu asas kerja kita perlu usahakan kerja Nabi. Kerja Nabi tidak perlukan harta dan benda tetapi keinginan dalam hati. Jadikan risau dan fikir seperti fikir risau Nabi (saw).

Apabila pembicaraan mengenai kebesaran Allah (swt) telah umum, maka Allah (swt) akan wujudkan isti'dat kepada seluruh umat untuk mengamalkan keseluruhan agama. Allah (swt) sendiri akan wujudkan agama di seluruh alam. Oleh itu, kita perlu bergerak buat kerja Nabi di seluruh alam. Kita perlu bertaubat bersungguh-sungguh kerana tidak menjadikan fikir Nabi (saw) sebagai fikir kita dan tidak menjadikan maksud hidup Nabi (saw) sebagai maksud hidup kita.

Kita perlu yakin dengan janji Allah (swt). Allah (swt) berfirman, "Wahai orang2 beriman, barang siapa yang membantu agama Allah, pasti Allah akan membantu kamu." (QS Muhammad 47:7)

Allah (swt) akan bertindak mengikut sangkaan manusia. Kita perlu berhajat kepada Allah (swt). Kita perlu selalu menuju kepada Allah (swt). Kita perlu senantiasa mendengar pembicaraan iman. Kita perlu memberi keputusan untuk menghidupkan kerja Nabi ke seluruh alam hingga akhir hayat kita.


Subhanallah.