Jumaat, 7 Mei 2010

Hukum muslimah memperdengarkan bacaan al-Quran?? -persoalan dari Nadia-

Salam, apakah hukum muslimah masuk Tilawah Al-Quran mcm dalam tv 2??..
Maka jawabnya pertama sekali kita kena tahu dahulu apakah hukum muslimah memperdengarkan bacaan al-Quran kepada lelaki yang bukan mahramnya, tidak kiralah di dalam tv atau radio sekalipun. Apabila kita tahu hukum ini maka soalan di atas akan terjawab insyaAllah.

Hukum wanita memperdengarkan bacaan al-Quran kepada lelaki yang bukan mahramnya ada kalanya harus dan ada kalanya dilarang.
Contoh harus itu apabila membaca wanita tersebut akan al-Quran dihadapan guru lelaki dengan tujuan belajar.
Dan contoh yang dilarang pula ialah membaca dalam pertandingan musabaqoh al-Quran seperti yang berlaku sekarang ini
Apabila di ketahui hukumnya seperti yang tersebut maka tidak harus lelaki sengaja mendengar suara wanita anjnabiyah membaca al-Quran.
Dalilnya, dilarang kaum wanita melaungkan azan kerana boleh menimbulkan rasa seronok atau nafsu di dalam hati2 lelaki. Melaungkan azan sudah dilarang apatah lagi melagukan bacaan al-Quran di hadapan lelaki yang bukan mahram.

Dalil yang lain ialah wanita sebesar2 fitnah bagi kaum lelaki. sabda RASULULLAH S.A.W.
"Tidaklah aku tinggalkan sepeninggalku fitnah (cobaan) yang lebih berbahaya bagi kaum laki-laki daripada (fitnah) wanita."
Dalil2 ini juga menyatakan kepada kita bahawa kaum wanita juga dilarang bernyanyi di hadapan lelaki bukan mahram seperti penyanyi nashid wanita atau penyanyi2 wanita yang lain yang berlaku sekarang ini.
Kadang2 ana terfikir, untuk apakah kaum muslimah masuk pertandingan Akademi al-Quran atau Akademi Nashid atau pertandingan seumpamanya? Tidakkah mereka tahu bahawa suara mereka itu akan didengari oleh seluruh lelaki bukan mahram yang menontonnya di tv secara live di waktu itu, belum kira lagi siaran ulangan di hari yang lain.

Melagukan al-Quran semestinya kaum2 wanita ini akan melagukan dengan suara yang lunak merdu, mana ada yang melagukan dengan suara yang tidak merdu, tapi sedar tak yang dia sedang melagukan bacaan al-Quran itu dihadapan lelaki yang bukan mahram?
Dan penyanyi2 nashid wanita pula, tidakkah mereka terfikir yang album2 mereka akan dibeli oleh lelaki yang bukan mahramnya?Semua penyanyi2 wanita ini semestinya bernyanyi dengan merdu, apabila masuk part untuk tinggikan suara, maka ditinggikan suara mengikut irama lagunya itu tetapi sedar tak yang album dia tu akan dibeli oleh lelaki bukan mahram?Belum kira lagi lelaki yang bukan mahram itu akan pasang lagu yang dinyanyikan itu dua kali sehari atau seminggu sekali.Belum kira lagi berapa ramai lelaki bukan mahram yang akan beli album dia tu.Semuanya akan masuk ke dalam sahamnya di akhirat.
Jika nak melagukan sangat bacaan al-Quran maka bacalahlah di depan suami atau depan mak ayah kita. Kalau nak menyanyi nashid, maka nyanyilah di depan suami atau mak ayah.Nynyilah 2 minggu sekali pun tidak mengapa tetapi kenapa kita tidak mahu pula? kebanyakan dari kita lebih suka melakukan perkara yang Allah larang termasuklah diri yang menulis ni pun, 2 kali 5 sahaja.

Pertandingan sekarang pun tidak adakah yang berani mengasingkan antara lelaki dan wanita supaya apabila wanita membaca al-Quran maka hanya ada kaum wanita sahaja di dalam dewan itu dan dibuat secara tertutup, tidak perlulah masuk tv atau sebagainya.Sama juga dengan pertandingan nashid, tidak bolehkah dibuat secara tertutup?
Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam mengisyaratkan dengan sabdanya : “Sesungguhnya wanita menghadap dalam bentuk syaithan dan membelakang dalam bentuk syaithan.”
Para wanita menyerupai syaithon karena ia sebagai penyebab timbulnya fitnah bagi laki-laki seperti pernyataan Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam di atas. Oleh karena itu hendaklah para wanita bertakwa kepada Allah dengan menjaga dirinya dan menjaga kaum lelaki dari fitnah yang ditimbulkan karenanya.
Wallahu'alam.-Al Azhar Addin
**Setiap apa yg ana sebarkan berdasarkan mazhab syafi'e.

2 ulasan:

  1. Assalamualaikum.saya sangat setuju perkara ni.makin ramai wanita islam melayu malaysia ni sifatnya nak menonjolkan diri.ni akhir2 ni memang musim memeriahkan majlis2 agama.wanita2 ramai juga yg mengaku bertaubat di facebook,di majalah,di mana2 je lah.satu bukti nyata bertaubat tu adalah pakai tudung lah,lepas tu dengan segeranya jadi ustazah jadi jadian,lepas tu dia pun menonjolkan diri dgn cara islamic pula.ada juga wanita mmg ada asas agama,ustazah dan memang wanita baik2 lah tapi x terlepas dari sifat suka menonjolkan diri.kalau x tunjuk kan diri maka rasa x de makna je perasaan islamic tu.semoga wanita2 yg baca apa yg tuan tulis ni..kembalilah menjadi wanita yg amat bermaruah tinggi dan tersembunyi.sifat wanita tu..SEMBUNYI!!!

    BalasPadam