Ahad, 16 Mei 2010

PeLBaGai PeRsoaLaN Dari KwN2 , Ana JaWaB (2)

(1) HUKUM PAKAI CINCIN
Apakah hukum seseorang yang pakai cincin pada jari tengah dan jari telunjuk? Adakah orang tersebut dilaknat oleh Allah S.W.T?
Saya ada terbaca dalam internet tentang hadis yang melarang pakai cincin pada jari yang saya sebutkan tadi. mohon penjelasan berkenaan hal ini kerana ramai dikalangan orang2 yang saya temui pakai cincin pada jari tersebut.
Maka jawabnya hukum memakai cincin pada jari tengah dan jari telunjuk adalah dilarang oleh Nabi saw dan larangan tersebut bermaksud haram pada setengah ulamak dan setengah ulamak pula berkata dengan makruh.
Ali bin Abi Talib ra berkata :
"Rasullullah saw melarang memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah."
Hadith Riwayat Muslim.

(2) HUKUM SALAM ORANG KAFIR
Bolehkah saya jawab salam murid2/pelajar yang belum baligh yang ibubapanya belum Islam?
Maka jawabnya agama anak orang kafir yang belum baligh adalah mengikut agama ibu bapanya pada sisi syarak sekalipun disisi Allah ia adalah dikira belum lagi sebagai orang kafir.
Oleh itu setengah ulamak mengatakan cara menjawab salamnya adalah seperti menjawab salam orang kafir yang dewasa iaitu dengan 'alaikum' sahaja.

(3) HUKUM BERKATA INSYAALLAH
Adakah insyaAllah Itu sudah dikira berjanji?
Maka jawabnya lafaz InsyaAllah bukan dikira sebagai berjanji kerana ia hanya perkataan yang bertujuan mengingatkan kita bahawa kita hanya mampu merancang melakukan sesuatu tetapi Allah swt yang akan menjayakannya.
Janji mestilah dilafazkan dengan jelas seperti apabila ditanya :
"Bila kamu nak bayar hutang saya?"
Jawab ;
"Saya akan bayar esok InsyaAllah."

(4)HUKUM AURAT MUSLIMAH
Adik perempuan saya mempunyai kawan sebilik yang bukan beragama Islam. Saya ada bertanya beberapa orang ustaz tentang masalah aurat dengan orang bukan Islam ini, walaupun dia perempuan ada yang mengatakan aurat antara Islam perempuan dan bukan Islam perempuan haram sepertimana auratnya dengan lelaki.
Adik saya telah cuba untuk tukar ke bilik lain tapi xdapat.Ini mengundang masalah, terutama yg melibatkan dosa pahala.Tapi ada ustaz lain mengatakan xmengapa, asalkan kita siqqoh(yakin) terhadapnya. Apakah hukum yang sebenarnya? tolong perjelaskan.
Maka jawabnya aurat muslimah dihadapan wanita kafir yang tinggal serumah ialah seluruh tubuhnya melainkan kaki, jari sampai ke lengan dan kepalanya. Yakni harus ia membuka kakinya didalam rumah dan tangan sampai ke lengan dan rambutnya.
Lain daripada itu seperti berseluar pendek atau berkembang adalah haram.
Inilah pendapat satu golongan dari ulamak2 fiqh.

WALLAHU’ALAM..Wassalam....(uthman5BT'10)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan