Ahad, 16 Mei 2010

PeLBaGai PeRsoaLaN Dari KwN2 , Ana JaWaB (3)

(1)Hukum bersalawat ketika mendengar orang menyebut nama Rasulullah S.A.W.
Maka jawabnya sunat menjawabnya dengan berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. ketika ada orang yang menyebut nama Nabi Muhammad S.A.W..
Menjawabnya tidak semestinya dengan S.A.W., asalkan menjawabnya dengan berselawat ke atas Nabi supaya kita tidak termasuk dalam golongan-golongan orang yang sombong.

(2)Bolehkah hanya membaca surah al-Fatihah sahaja di dalam solat tanpa membaca surah-surah lain selepas bacaan surah al-Fatihah?
Maka jawabnya boleh, tidak batal solat selagi bacaan al-Fatihah dibaca dengan tajwid yang betul.
Tetapi pada sesiapa yang sudah berusaha membacanya iaitu sudah belajar dengan guru tajwid untuk membetulkan bacaan al-Fatihahnya tetapi tetap juga tidak dapat membaca surah al-Fatihah dengan betul maka dimaafkan kerana sudah berusaha untuk belajar dan membetulkan bacaan surah al-Fatihahnya.
Bacaan al-Fatihah ini adalah rukun solat, jika ditinggalkan rukun maka batallah solat.

(3) Wajib atau tidak qada solat yang dikerjakan ketika uzur?
Maka jawabnya tidak wajib qada solat yang dikerjakan ketika uzur asalkan solat itu didirikan mengikut kemampuan diri contohnya sekiranya mampu berdiri maka solatlah dalam keadaan berdiri, jika tidak mampu berdiri bolehlah duduk dan seumpamanya.

(4) Warna serban Rasulullah S.A.W
Maka jawabnya terlalu banyak riwayat mengenai ini, ada ketika Nabi memakai serban warna putih, warna hitam ,warna hijau.
Dan ada satu riwayat mengatakan Nabi memakai serban berwarna hitam ketika Nabi menakluk semula Kota Makkah. Ketika itu Nabi berada di atas kuda dan katanya Saidina Umar “aku lihat ketika itu Nabi memakai serban hitam di atas kepalanya “.
Dan pada hari lain Nabi memakai serban warna hijau.

(5) Kenapa agong menggunakan gelaran “DULI YANG MAHA MULIA”? sedangkan Allah yang maha mulia ataupun adakah itu hanyalah gelaran ? bukan menunjukkan sifat?
Maka jawabnya sememangnya Yang Maha Mulia hanya Allah S.W.T. sedangkan makhluknya tidak sepatutnya dianggap Maha Mulia atau seumpamanya sekalipun digunakan perkataan Maha Mulia ini sekadar untuk gelaran, Islam tidak membenarkan manusia memakai gelaran2 yang sepatutnya hanya diberikan kepada Allah swt.
Kerana itu Nabi saw melarang kita memakai nama malikul mulk dan seumpamanya sekalipun hanya sekadar nama, kerana ia membawa maksud tersangat hebat dan tersangat berkuasa.

**apa yang ana nyatakan kemungkinan ada kekurangan, rujuk alim ulamak untuk keterangan lanjut, sebaiknya ana mohon supaya setiap apa yang ana nyatakan di sini dapat pula disebarkan pula pada saudara2 kita yang lain, ramai lagi yang tak tahu dan ramai lagi yang nak tahu, moga Allah kurniakan keberkatan bagi sesiapa yang tolong agama Allah..

***jika ada yang tidak faham apa yang ana nyatakan di atas tolong sangat2 diberitahu, jangan tafsir dengan hukum akal sendiri risau berlaku kesalahan, yang paling ana risau lain diberitahu lain pula yang difahami..
WALLAHU'ALAM..(uthman 5 BT'10)

1 ulasan:

  1. jangan tulis macam ni lagi..sebaiknya dipadam saja posting ni.
    walaupun ada disclaimer kat bawah, tapi itu belum cukup utk melepaskan tanggungjawab di hari hisab.
    paling kurang pun letakle rujukan jawapan tu, riwayat hadis dari sahih sittah ke..

    BalasPadam