Sabtu, 8 Mei 2010

HuKuM MsG DgN BuKaN MuHRiM ?? -persolan dari rakan-rakanku yg sdg asyik dok couple-


Salam Man..nak tanye..ape hkumnye msg dengan leleki hal2 dakwah??contohnye mcm ni..si A dlu penah bercinta dgn si B..suatu hari si A ni dah insaf dan memg xnak brmsg dgn lelaki dah..si A ni memg nekad dah xnak berhbung dgn si B..tp si B ni btol2 nak blajar ilmu agama dari si A..yg si A ni memg seorg pndkwah dan terlibat aktif dlm perjuangan..jd dia sdr akn kslahan dia skiranya dia buat mksiat maka dakwahnya akan kurang berjaya..jd dia xnak spt itu..dan dia jga sedar maksiat hati akan menyebabkan dia jauh dari jln Allah..jadi sebab e2lah dia bnr2 ingin berubah..yg jadi mslah kpd si A ni td..yg lelaki 2 asyik merayu untuk blajar agama dngan si A ni..si B ni berpendidikan rendah..stkat drjah 6 je..jd dia x spt si A yg fhm erti prjuangan..jd dsbbkan e2lah si B bnr2 ingn berubah dan mahu blajr agama dgn si A..dia jga bnar2 ingin menjadi yg lbih baik..tp stakat mana kesungguhan dia si A ni xtau..jadi perlu ke si A ni bermsg dgn si B untuk menerangkan tntg islam dan skaligus berdakwah??? diingatkan juga si A ni pnah jga bgtau pd si B bhawa cri ilmu agama di msjid2,si B dah buat dan dia jga msih tetap perlukan bimbingan dari si A ni..si A jadi srba slh smada nak msg dengan si B atau x sbb dia takut lalai je..tp dia ksian dgn si B yg terkapai2 mencri sinar chaya..soalan saya..apakah hkumnye si A msg dgn si B ats urusan2 dakwah dan hal2 agama???dan bgaimana pula hkum skiranya si B menelefon si A utk lebih memahami ape yg diperkatakn oleh si A???adakah terdpat sdikit keraguan atau mcmana??? bleh tlong jelaskan..syukran syadidan..mohon penjelasan...
Maka jawabnya jika kandungan mesej antara seorang lelaki dan perempuan yang bukan mahram itu ialah perkara2 mustahak atau perkara2 yg perlu atau berhajat seperti jual beli atau seumpamanya maka hukumnya adalah harus.

Jadi, berdasarkan kefahaman ana pada situasi ini maka jawabnya hukumnya harus. Boleh bermesej dengan bukan mahram asalkan dijaga adab2 yg digariskan pada syarak. Sebenarnya apabila seseorang buat maksiat kepada Allah maka bukan dakwahnya akan kurang berjaya tetapi dakwahnya tidak akan berjaya langsung malah mendapat pula kemurkaan Allah.
Dalam situasi di atas, bercakap dalam telefon dengan bukan mahram juga harus. Boleh telefon, tidak salah pun. Cuma yg terbaik cuba perjelaskan dahulu secara tulisan, jika masih juga betul2 tidak faham maka jawablah secara lisan dan singkatkanlah perbualan itu untuk perkara mustahak sahaja.

Berdakwah pada bukan mahram sememangnya tidak mustahil akan berlaku fitnah maka seseorang yang berilmu itu seharusnya pandai dalam menangani situasi yang dialami mereka mudah2an dapat mengelak dari fitnah dan dapat pula sampaikan dakwah dengan berhikmah. Ataupun sebaiknya dapatkan nasihat daripada alim ulamak umpamanya ustaz2 moga2 dapat diberikan cara yang terbaik. InsyaAllah, moga dimudahkan Allah dalam urusan.
Ini semua adalah pendapat dari ana, bagi ana jika kita rasa yang kita susah sangat nak berdakwah dengan bukan mahram ni umpamanya risau berlaku fitnah2 atau sebagainya maka seperti situasi di atas, perkenalkan seseorang yang alim dalam agama yang sama jantina dan sama umur dengannya seperti ustaz2,sekarang pun dah ramai ustaz2 muda, jika niat dia betul2 ingin belajar agama maka dia akan terima InsyaAllah.

1 ulasan: