Sabtu, 8 Mei 2010

HUKUM MEMAKAI BAJU YG BERGAMBAR KETIKA SOLAT ?? -persoalan dari Hafiz-


Assalamuala ikum Mei(ana)...sy nak tnye..apakah hkum memakai baju yg bergmbar haiwan atau kartun xkre samada gmbr 2 besar atau terlampau kecil bg perempuan ketika solat??????? kan perempuan memakai telekung jadi jemaah lain mungkin xnampak gmbr2 yg terdapat pd baju tersebut...jadi apa hkumnya terhadap solat kiter????????? dan apakah hkumnye juga sekiranya dia solat secara berseorangan??? diharapkan pihak saudaramemahami soalan sye dan mohon penjelasan.. segala respon didahului dgn syukran syadidan...
Maka jawabnya jika pakai baju itu ketika solat maka hukumnya haram tetapi dimaaf pada syara’ jika gambar atau logo itu kecil kerana darurah, bukan untuk menunjuk pada orang hanya logo atau gambar kecil sahaja.
Apabila gambar itu besar, setengah ulama’ mengatakan makruh dan kata setengah ulama’ hukumnya haram kerana solat itu untuk menghadap Allah Ta’ala Tuhan Sekallian Alam dan gambar itu boleh menganggu kusyuk orang ketika solat.
Sebaiknya bagi lelaki terbalikkan baju ketika solat supaya baju yang bergambar itu berada di bahagian dalam.

Bagi perempuan pula, wallahu’alam kerana ada jenis telekung yang nipis yang sehingga boleh kelihatan gambar baju kita itu yang ada di dalam. Jika kain telekung itu tebal atau warna kain telekung itu gelap umpamanya sehingga tidak kelihatan gambar baju di dalam itu maka setahu ana tidak mengapa. Begitu juga lelaki yang pakai dua lapis baju, baju di dalam yang ada gambar manakala baju di luar pula baju yang tidak bergambar umpamanya baju di dalam dia pakai baju t-shirt yang ada gambar penyu belimbing dan baju di bahagian luar pula dia pakai baju melayu maka setahu ana tidak mengapalah asalkan tidak dipaparkan gambar baju di t-shirt itu . Yang penting kita ada juga usaha supaya gambar baju yang kita pakai itu tidak dipaparkan semasa kita mengadap Allah.

Sebenarnya pakai baju bergambar itu bukan sahaja berkaitan dengan mengganggu jemaah tetapi juga berkaitan dengan kita mengadap Allah s.w.t.
Sememangnya solat ialah untuk mengadap Allah jadi untuk apakah dipakai baju2 seperti itu, ada yang pakai baju ada gambar kanggaru, ada yang pakai baju ada tulis di belakang WWF The Undertaker, untuk apakah semua ini? Apabila mengadap raja umpamanya Sultan Mizan Zainal Abidin ataupun menteri besar terennganu Mat Sa'id pun kita akan berpakaian baik, tiada pun yang jumpa Raja pakai baju t-shirt ada gambar anak penyu belimbing, semuanya akan memakai baju yang sopan apatah lagi mengadap Tuhan yang menjadikan kita, yang menjadikan Sultan Mizan atau Raja itu juga, yang menjadikan alam dan seluruhnya, adakah kita masih rasa begitu sombong lagi berdepan dengan Allah?? Fikir2 dan renung2kan.

***Maaf pada yang bertanya sebab lambat sangat jawab soalan sebab skarang ana jarang surf internet sbb ana cbuk concentrate utk study ... Maklumlah tahun nie SPM....

3 ulasan:

  1. bagaimana pula dengan kartun?sperti mickey mouse?gmbr bju 2 sperti manusia

    BalasPadam
  2. Balasan
    1. Makhruh hukum nya jika boleh menyebabkan makmum lain terganggu ketika solat

      Padam