Khamis, 26 November 2009

QurBaN...

Esok Hari Raya Eidul Adha akan tiba..Insyaallah.. Bila menyentuh saja bab qorban nie,mesti teringat kat lembu2 yg akan dikorbankan...huhuhuhu..kesian..sedey...sob2.. Tapi itulah satu-satunya kenangan bagi memepringati peristiwa bersejarah bg umat Islam apabila Nabi Ibrahim diarah oleh Allah SWT didalam mimpinya supaya Nabi Isma'il perlu disembelih untuk dijadikan korban. Namun,oleh kerana ketaatan Nabi Isma'il ini sanggup dirinya dikorbankan kerana Allah,maka Allah telah menukarkannya dgn biri-biri.

Ini satu pengorbanan bg mencapai kemanisan iman oleh seseorang yg beragama Islam,dan seperti itulah jugak ramai umat Islam sekarang pergi ke rumah Allah bg menjadi tetamu Allah dalam keadaan hina hanyalah semata-mata bg mengejar kemuncak cinta,iaitu kemanisan iman. Haji adalah asas kemuncak bagi agama Islam. Haji sangat penting bg umat Islam dan wajib dilakukan oleh setiap muslim yg berkemampuan baik dari segi harta ataupun kesihatan.

Alhamdulillah,setakat ini masih ramai lagi yg sedar tentang kepentingan berkorban. Mungkin disebabkan tua kot.. Rumah kata pergi kubur kata mari..Insyaallah,esok keluarga ana pun berkorban demi Allah,dan untuk 'aqiqah anak saudara ana..Insyaallah.. Kepada semua kaum Muslimin dan juga Muslimat, SELAMAT HARI RAYA 'EIDUL ADHA..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan