Khamis, 22 Oktober 2009

SaJaDaH @ aper Ker JAdaH??




Kelmarin,tanggal 21/10/2009 bersamaan 2 Dzulqa'edah 1430 Hijrah, hari sambutan tahun ke-19 pemerintahan ulama' di Kelantan, telah berlaku satu peristiwa yg amat menggemparkan,apabila 26 sajadah sembahyang dengan 1 imam dan 25 makmum di Sekolah Menengah Arab Ma'ahad ar-Rahmah Kenali,Kubang Kerian,Kota Bharu,Kelantan. Mengikut pelajar yg paling awal melihat kejadian itu berkata,sebelumnya beliau pergi membuat ulangkaji bagi menghadapi peperiksaan PMRU di tingkat atas masjid sekolahnya. Namun pada mulanya tiada apa yg berlaku,tetapi apabila pelajar tersebut turun dan teringat akan buku latihan yg tertinggal di tingkat atas masjid tersebut,terkejut kerana melihat 26 sajadah sedang menunaikan solat. Pelajar tersebut terus pengsan dan apabila sedarkan diri,beliau terus menangis dan terus melaporkan kpd ustazah tentang kejadian tersebut. Dalam waktu yg begitu singkat perkara itu telah tersebar sehingga menimbulkan berbagai persepsi dari pelbagai pihak termasuk mendapat perhatian Mufti.Mengikut mufti Kedah dan Kelantan,perkara itu berlaku atau tidak berlaku sepatutunya tidak harus cepat percaya,kita sebagai manusia sepatutunya terus menunaikan solat bagi memohon perlindungan dari Allah SWT. Mungkin perkara tersebut berlaku tanda kekuasaan Allah SWT untuk memberi pendidikan kepada manusia tentang pentingnya solat. Oleh kerana manusia sekarang sudah ramai yg hilang pedoman,maka tidak mustahil Allah menghantar mesej kpd manusia supaya bertaubat dan kembali kpd solat. Percaya atau tidak percaya terpulanglah kpd kita semua tetapi ketahuilah bahawa perkara itu tidak mustahil boleh berlaku. Kalau Nabi Adam A.S,Allah boleh buat tidak berbapa tidak beribu,inikan pula sekeping sajadah yg lembut untuk dilipat tetapi di situlah tempat sujudnya kebanyakan manusia. Sebagai mesejnya,bertaubatlah wahai manusia sebelum terlambat kerana Allah itu Maha Pengampun. Ameeeennn......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan