Isnin, 5 Oktober 2009

5 PROGRAM YG TIADA DI MALAYSIA

1. Who will become an Ustaz
Reality show yang menampilkan peserta 12 lelaki yang akan bersaing untuk
menjadi seorang Ustaz. Mereka akan ditempatkan disebuah madrasah dan akan
diuji ketahanan dari segi membaca alquran, menunaikan sembahyang wajib,
menunaikan sembahyang sunat, azan dan lain lain... Setiap minggu akan di
akan pertandingan memberi tazkirah di hadapan penonton yang juga akan
disiarkan live dikaca Televison.. Peserta akan dinilai oleh juri
profesional (30%) dan sms penonton (70%) pemenang akan mendapat pakej haji percuma.

2. Akademi Islamiah
Reality show yang mengambil 12 budak budak yang telah sesat dan rosak
akhlaknya.. Mereka akan ditempatkan di sebuah banglo, dan akan diajar cara
hidup islam. Setiap minggu mereka harus menunjukan apakan kepakaran dalam
islam yang telah mereka pelajari, dihadapan penonton secara live. SMS
penonton akan menentukan peserta yang layak untuk menang (pilih berdasarkan
taraf keinsafan mereka). Mereka menangis kerana menginsafi dosa lalu mereka.
Mereka akan 'dikurung' dan dipacakkan dengan 13 kamera CCTV.

3. Muslim Idol
Reality show untuk mencari penceramah Islam terbaik di malaysia. Peserta
yang dapat memberi ceramah yang mengusik jiwa penonton akan mara keperingkat
seterusnya hingga ke akhir. Peserta diadili oleh penonton melalui sms.
Pemenang akan mendapat peluang merakamkan lagu nasyid dan juda CD
ceramahnya.

4. Bintang RTM (Remaja Tahu Mengaji)
Sebuah lagi program dari stesen kerajaan Islam Hadhari kita iaitu
berbentuk program tahu mengaji. Peserta diajar cara membaca secara
tartil,bertajwid dengan betul,menghafaz Quran dan berlagu. Peserta yang
berjaya akan mendapat cahaya nur Quran.

5. Audition
Rancangan ini berbentuk audition untuk meneruskan pengajian dalam bidang
agama samada IPT dalam negeri atau pun luar nege ri. Tajaan akan diberikan
kepada yang berjaya. Syarat layak masuk kepada semua yang cintakan Islam
dan para pendokong Islam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan