Sabtu, 29 Ogos 2009

TAUBAT SEORANG PEMINUM ARAK….

Pada suatu hari,Khalifah Umar bin Al Khattab sedang berjalan-jalan di lorong-lorong dalam kota Madinah.Bila tiba di hujung persimpangan jalan,beliau terserempak dengan seorang pemuda yang sedang membawa keldai.

Ini menimbulkan sangkaan buruk Umar terhadap pemuda itu.Lantas Umar menyoal ,”Apa yang engkau bawa itu?”

Dengan perasaan yang gementar,lalu pemuda itu menjawab,”Madu ,wahai Umar.” Sedangkan sebenarnya pemuda tersebut sedang membawa kendi yang membawa arak.

Dalam keadaan yang bercakap bohong itu,pemuda tadi sebenarnya ingin berhenti dari terus meminum arak.Dia telah insaf dan menyesal melakukan perbuatan yang ditegah oleh agama itu.

Dia juga berdoa kepada Allah agar kendi yang dibawanya tadi tidak akan diperiksa oleh Khalifah Umar. Namun ,khalifah Umar masih tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh pemuda itu dan bertanya semula,”Kendi ini berisi madu?”

Setelah itu,Umar mengambil keputusan untuk memeriksa kendi tersebut.

1 ulasan:

  1. Salam.. cerita ni bersambung yer? saya macam pernah kisah ni tapi tak berapa ingat.. apa kesudahannya yer? bagus juga blog ni bnyk informasi.. (^__^)

    saya tumpang ceduk ilmu kat sini yer.. (^__^)

    BalasPadam