Isnin, 7 Februari 2011

Hukum Lupa Hafazan Ayat-ayat Al-Quran

Asas hukum di dalam isu ini adalah hadith-hadith berikut :-

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : " ما من امرئ يقرأ القرآن ثم ينساه إلا لقي الله عز وجل أجذم "

Ertinya : "Tiada siapa pun yang membaca Al-Quran kemudian melupakannya kecuali ia akan bertemu Allah SWT di hari kiamat dalam keadaan kerdil" ( Riwayat Abu Daud ; Al-Munziri mengatakan ada perawinya Yazid Bin Abi Ziyad, hadithnya tidak dijadikan hujjah; Dhoif menurut Albani ; no 1474, hm 176)

Abu Ubayd menyebut : "Ajzam" di dalam hadith di atas bermaksud terpotong tangan, manakala Ibn Qutaybah pula menyebut ianya bermakna kerdil. ( Ma'alim as-Sunan, AL-Khattabi, 1/253 ; Awnul Ma'bud, Ibn Qoyyim)

Terdapat ulama yang menjadikan hadith di atas sebagai hujjah dalam isu melupakan hafazan al-Quran. Disebut huraian "yaqra" di atas merangkumi maksud membaca dengan melihat, membaca secara hafaz dan membaca makna Al-Quran kemudian meninggalkan pembacaannya secara lupa atau sengaja. Bagaimanapun hadith di atas telah dihukum sebagai dhoif.

Antara hadith lain adalah :-

"عرضت عليّ ذنوب أمتي فلم أر ذنباً أعظم من سورة من القرآن - أو أية - أوتيها رجل ثمّ نسيها"

Ertinya : " Dibentangkan kepadaku dosa-dosa umatku dan tidak aku nampak dosa yang lebih besar dari satu surah dari Al-Quran atau satu ayat ,yang diberikan kepada seorang lelaki kemudian ia melupakannya" ( Riwayat At-Tirmidzi, bab Fadhail Quran dari Rasulullah SAW, no 2840 ; At-Tirmidzi : Gharib; Al-Munziri : Dhoif kerana perawi bernama Abd Majid Bin Abd Aziz ; rujuk Tuhfatul Ahwazi)

Para ulama salaf berbeza pandangan dalam bab melupakan ayat Al-Quran, sebahagian mereka menjadikannya sebagai dosa besar, antaranya Ulama Syafie seperti Syeikh Ar-Ruyani, Al-Qurtubi dan lain-lainnya yang mengatakan melalaikan pembacaanya adalah penyebab kepada lupa ayatnya, lupa ini menunjukkan tidak memberi perhatian sewajarnya terhadap Al-Quran. Malah di sebut dalam sebuah riwayat Mawquf :

" ما من أحد تعلم القرآن ثم نسيه إلا بذنب أحدثه , لأن الله يقول (( وما أصابكم من مصيبة فبما كسبت أيديكم)) "

Ertinya : Tiada seorang pun yang mempelajari Quran kemudian melupakannya kecuali ditimpa dosa, kerana Allah berfirman : " Tiadalah musibah yang menimpa kamu kecuali dengan sebab tangan-tangan kamu sendiri" " mereka menambah : tiada musibah yang lebih besar dari melupakan al-Quran.

Sebuah lagi sambungan hadith di atas tetapi bertaraf mursal menurtu Al-Hafidz Ibn Hajar Al-Asqolani; Ertinya : "..tidak aku nampak dosa yang lebih besar dari dosa penghafaz al-Quran kemudian meninggalkannya" (Dikeluarkan oleh Ibn Abi Daud ; Rujuk Fath Al-Bari)

Imam Al-Qurtubi pula berpendapat bahawa sesiapa yang menghafaz Al-Quran maka telah tinggi darjatnya sekadar mana yang ia hafaz, apabila rosak kedudukan ini kerana lupa maka ia akan membawa kepada jahil, maka jahil selepas berilmu adalah amat buruk. ( Rujuk Fath al-Bari, bab : Kelebihan Al-Quran, no 4650)

Bagaimanapun, sebahagian ulama salaf pula pula menhuraikan maksud lupa di sini adalah melupakannya dengan meninggalkan beramal degan ayat itu. Ini kerana amaran jikakalau lupa ini hanya tertakluk kepada lupakan hafazan al-Quran maka akan berkatalah seseorang , bahawa LEBIH BAIK TIDAK PERLU MENGAHAFAZ TERUS. Maka ia bertentangan dengan objektif Shariah.

Kesimpulannya : Apapun tafsiran dan kekuatan dan kelemahan rawi hadith, sememangnya menjadi kewajiban bagi menjaga hafazan Al-Quran demi mengekalkan ketinggian maqam di sisi Allah, juga amat wajib bagi yang telah mempelajari ilmu-ilmu dari Al-Quran dan memahaminya kemudian melupakannya. Justeru, amat perlu bagi kita umat Islam mengingati hafazan dan ilmu dari al-Qurana untuk di baca dan di amal. Wallahu ‘alam.

-ust.amir11-

Syahidnya Zaid Bin Harith, Jaafar Bin Abi Talib Dan Abdullah Bin Rawahah

Assalamualaikum Wabarakatuh.

Peperangan Di Medan Mauta. Menyaksikan Tentera Islam 3,000 menentang Tentera Kristian Rom 200,000

Kebanyakan surat-surat yang dikirimkan oleh Rasulullah S.A.W kepada beberapa orang raja adalah bertujuan supaya mereka memeluk agama Islam. Salah seorang yang dihantarnya ialah Raja Busra, surat kepada raja ini dihantar oleh Haris bin Umar Azdi r.a. Apabila sampai di Mauta, beliau telah dibunuh oleh Sharabbil Ghassani, yakni salah seorang Gabenor Qaisar. Pembunuhan ini adalah bertentangan dengan semua undang-undang kesusilaan di antara suku-suku, sebab Haris Bin Umar r.a. adalah utusan untuk menyampaikan surat.

Rasulullah S.A.W sangat dukacita atas kematian Haris, lalu beliau mengumpul seramai 3,000 pejuang yang gagah berani untuk menentang musuh yang jahat itu. Rasulullah S.A.W melantik Zaid Bin Harith sebagai Ketua Pasukan.

Kemudian baginda bersabda kepada para pejuang yang akan ke medan pertempuran, " Sekiranya Zaid terbunuh maka Jaafar Bin Abi Talib hendaklah mengetuai pasukan dan jika Jaafar juga terbunuh, maka Abdullah Bin Rawahah hendaklah mengetuai pasukan. Dan sekiranya Abdullah juga terbunuh, maka bolehlah kamu semua memilih seorang ketua di kalangan kamu yang kamu kehendaki."

Seorang Yahudi yang kebetulan berada di situ berkata, "Pasti ketiga-tiga mereka ini akan terkorban, kerana itu adalah lumrah sebagaimana para Nabi yang terdahulu selalu meramalkan."

Sebelum tentera Islam berangkat menuju ke medan pertempuran, Rasulullah S.A.W memberikan sehelai bendera putih yang diperbuat sendiri oleh Rasulullah S.A.W kepada Zaid. Rasulullah S.A.W menemani tentera-tentera Islam beberapa langkah di luar Kota Madinah dan beliau berdoa, " Semoga Allah S.W.T akan mengembalikan kamu semua dengan selamat dan memperoleh kejayaan. Semoga Allah memelihara kamu semua dari segala kejahatan."

Setelah Rasulullah S.A.W selesai berdoa, Abdullah Bin Rawahah menyampaikan tiga rangkap syair yang bermaksud, " Aku hanya menginginkan keampunan terhadap segala dosa-dosa dan sebilah pedang untuk menyebabkan darah-darah merahku memancar seperti air yang mengalir keluar dari mata air...atau sebilah tombak untuk menembusi masuk ke liang hatiku dan isi perutku...dan ketika insan-insan melalui tepi kuburku, mereka akan berkata, semoga engkau telah gugur kerana Allah.. berjaya dan makmur. Engkau sesungguhnya insan yang berjaya dan makmur. "

Pihak musuh pula diketuai oleh Sarjil. Mereka telah mengetahui mengenai persediaan tentera Islam. Sarjil mengumpulkan 100,000 tentera yang lengkap dengan alat kelengkapan perang untuk menghadapi serangan tentera Islam. Ketika Sarjil dan bala tenteranya hendak mara, dia mendapat tahu bahawa Qaisar sendiri sedang mara dengan satu batalion tentera yang terdiri 100,000 orang untuk menolong Sarjil. Apabila berita ini sampai kepada para sahabat yang sedang dalam perjalanan untuk berperang dengan pihak musuh, mereka merasa ragu-ragu dan mereka berfikir sama ada untuk menentang musuh Islam yang berjumlah 200,000 orang itu, atau pun tidak. Atau mereka mengirim utusan kepada Rasulullah S.A.W untuk mendapatkan nasihat.

Dalam ragu-ragu itu, Abdullah Bin Rawahah dengan penuh semangat pejuang berkata dengan suara yang lantang, "Wahai para sahabatku, apakah yang membimbangkan kamu semua. Apakah tujuan sebenar kamu datang ke sini? Bukankah kamu semua datang ke sini untuk MATI SYAHID. Kita sebagai pejuang-pejuang Islam tidak pernah memperjuangkan tenaga kita dengan kekuatan senjata dan kekuatan bilangan tentera. Perjuangan kita adalah semata-mata kerana Islam yang telah dimuliakan oleh Allah S.W.T ke atas setiap kita pejuang-pejuang agama-Nya. Kita hendaklah mempastikan salah satu antar dua, Kemenangan atau Syahid."

Apabila para sahabat yang lain mendengar kata-kata semangat dari Abdullah Bin Rawahah, maka para sahabat pun beriktikad untuk bertemu dengan tentera-tentera Kristian di medan perang Mauta.

Apabila sampai di medan pertempuran, Zaid r.a. mengenggam bendera di tangan dan mengarahkan tugas bagi menghadapi pertempuran. Maka berlakulah pertempuran yang sengit di antara tentera Islam dengan tentera Kristian. Dalam pertempuran yang sedang rancak berjalan itu, saudara lelaki Sarjil mati dan Sarjil sendiri melarikan diri dan bersembunyi di dalam sebuah kubu.

Sarjil telah mengirim berita kepada Qaisar tentang masalahnya dan meminta bantuan tentera, maka Qaisar pun menghantar tentera yang gagah berani seramai 200,000 untuk membantu Sarjil. tentera Islam tetap bertarung dengan semangat jihad walaupun angka tentera musuh jauh berbeza dari tentera Islam yang cuma 3,000 orang sahaja. dalam pertempuran yang sengit itu, maka syahidlah Zaid (AllahuAkbar), Ketua Panglima tentera Islam.

Jaafar r.a. mengambil alih sebagai ketua dan menggenggam bendera. Beliau dengan sengaja melumpuhkan kaki kudanya agar beliau tidak dapat meninggalkan medan pertempuran jika datang perasaannya untuk meninggalkan medan pertempuran itu. Dalam peperangan yang sedang rancak berjalan itu, Jaafar membaca beberapa ungkapan syair. " Wahai Manusia ! Betapa Indahnya Syurga. Dan betapa gembiranya tentang kehampiran! Kecelakaan orang-orang Rom berada di dalam genggaman tangan, aku mesti hapuskan mereka semua."

Dengan memegang bendera Islam yang berkibaran di sebelah tangan, dan sebelah tangan lagi beliau memegang pedang, beliau terus meluru ke arah musuh. Sewaktu meluru tangan kanan beliau yang memegang bendera telah ditetak, beliau dengan segera memegang bendera dengan tangan kiri, tetapi tangan kiri beliau juga ditetak, beliau tetap memegang kuat dengan mengigit bendera dengan bantuan kedua belah bahunya yang telah kudung. darah mengalir seperti air paip, datanglah musuh dari arah belakang lalu menetak Jaafar sehingga terbelah dua, dan syahidlah Jaafar r.a (AllahuAkbar). Umur Jaafar r.a. ketika itu ialah 33 tahun.

Abdullah Bin Umar r.a. menceritakan, " Ketika kami mengangkat beliau keluar dari medan pertempuran, kami mengira bahawa terdapat 90 liang luka di badan beliau."

Sewaktu Jaafar r.a. terbunuh, Abdullah Bin Rawahah sedang makan daging di penjuru medan peperangan, beliau sudah tiga hari kelaparan. Sebaik sahaja beliau mendengar tentang kematian Jaafar, dengan segera beliau mencampakkan daging dengan berkata, "Abdullah kamu ini asyik sibuk dengan makan, sedang Jaafar telah sampai ke Syurga." (AllahuAkbar)

Tanpa membuang masa, Abdullah Bin Rawahah terus mencapai bendera dan meluru ke arah musuh. Dalam pertempuran itu anak-anak jarinya banyak yang parah dan tergantung isi. Beliau meletakkan anak-anak jarinya ke bawah lalu dipijak dengan kaki dan ditarik sehingga jari-jarinya bercerai dari tangannya. Kemudian beliau terus mara dan beliau berhenti sebentar dan memikirkan tentera Islam yang sedikit berbanding tentera musuh yang ramai. Dalam tengah berangan-angan itu, dia tersentak dan berkata dalam hatinya, " Wahai hati, apa yang menyebabkan kamu memikirkan demikian? Adakah keran cinta kepada isteriku? Kalau begitu aku ceraikan kamu pada saat ini juga. Adakah kerana hamba-hamba? Kalau begitu aku bebaskan mereka semua. Adakah keran kebun? Kalau begitu aku berikan sebagai sedekah"

Oleh kerana keletihan dan kelaparan, beliau turun dari kudanya, sementara sepupunya datang membawa sekeping daging kepadanya dengan berkata, "Kamu tidak dapat tidur dan makan kerana kelaparanmu selama tiga hari."

Apabila Abdullah hendak mengambil daging tersebut, beliau telah mendengar laungan musuh di salah satu sudut medan pertempuran, beliau melempar daging tersebut, dengan pedang yang terhunus, beliau meluru ke arah musuh dan berjuang sehingga beliau Syahid di medan pertempuran itu. (AllahuAkbar)

Saudar pembaca, apabila orang-orang Islam berjuang kerana agama Allah, maka perjuangan itu adalah jihad dan doa itu adalah senjata. Orang Islam berjuang dengan iman dan mati dalam syahid. Orang kafir berjuang dengan senjata dan mati mereka seperti mati katak. orang Islam mendapat Syurga sementara orang kafir mendapat neraka.

Isnin, 10 Januari 2011

ENaM SiFaT SaHaBaT (r.a)


Allah swt telah menetapkan bahwa kejayaan manusia hanya ada pada agama yang sempurna, iaitu agama yang dibawa oleh nabi Muhammad saw. Dan orang2 yang telah berjaya dalam mengamalkan agama secara sempurna adalah para sahabat Rasulullah saw.

Disedari atau tidak, hari ini kita belum lagi memiliki kekuatan dan kemampuan untuk mengamalkan agama dengan sempurna. Kerana itu, penting bagi kita untuk memiliki sifat2 dasar mereka yang telah berjaya dalam mengamalkan agama dengan sempurna. Apabila dirangkumi, maka ada enam sifat2 dasar yang dimiliki mereka.

1. Yakin atas kalimah thoyyibah
2. Yakin atas kekuatan sholat yang khusyu dan khudu
3. Yakin atas kekuatan ilmu yang terkait dengan dzikir
4. Yakin atas kekuatan persatuan ikramul muslimim
5. Yakin atas tugas amal2 yang ikhlas
6. Yakin atas tugas dakwah & tabligh

Enam sifat ini bukanlah tambahan bagi agama yang sudah sempurna, kerana agama yang sempurna sudah terangkum didalam Alqur’an dan Alhadits. Akan tetapi siapa saja yang memiliki sifat2 sahabat ini, maka dia akan memiliki sifat2 seperti sahabat r.anhum yang dengannya dia akan mudah mengamalkan keseluruhan agama ini dengan sempurna

NASIHAT ANA TENTANG DAKWAH ...


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Sahabat

Allah (swt) yang mencipta segala-galanya. Segala yang terlihat dan tidak terlihat dicipta oleh Allah (swt). Allah (swt) mencipta makhluk adalah untuk ujian bagi manusia supaya mereka mengenal Allah (swt). Allah (swt) menjadikan semua makhluk dengan qudrat-Nya. Mati dan hidup semua di tangan Allah (swt). Keadaan-keadaan yang wujud diantara hidup dan mati, semua itu Allah (swt) yang mewujudkannya. Apa yang berlaku dalam semua kehidupan makhluk bergantung dengan qudrat Allah (swt). Apa yang wujud semua dari Allah (swt), ikhtiar manusia juga dari qudrat Allah (swt) dan bukan usaha manusia.

Terbentuk kehidupan dan kemusnahan, kebaikan, keburukan bukan bergantung pada makhluk atau asbab tetapi bergantung kepada qudrat Allah (swt). Oleh karena itu Allah (swt) telah hantar nabi-nabi untuk memberi kefahaman kepada manusia supaya menjalani kehidupan ini mengikut kehendak Allah (swt). Begitulah, semua nabi (124 ribu orang) diutus ke muka bumi ini supaya menyeru manusia agar beriman kepada Allah (swt). Begitulah seterusnya dakwah Nabi Muhammad (saw).

Baginda menyeru bahwa semua keadaan yang wujud datang daripada qudrat Allah (swt). Apa yang berlaku dan sedang berlaku serta apa-apa yang akan berlaku semuanya datang dari Allah (swt). Inilah dakwah nabi-nabi termasuk Nabi (saw) bahwa kejayaan manusia bukan bergantung kepada apa yang diusahakan oleh manusia tetapi bergantung kepada apa yang ditetapkan oleh Allah (swt).
Kelemahan manusia ialah yakin manusia terkesan dengan apa yang dilihat memberikan manfaat dan mudharat. Sebenarnya kesan manfaat dan mudharat pada asbab itu bukan dari makhluk tersebut tetapi Allah (swt) yang memberi kesan. Makhluk itu sebenarnya tidak dapat berbuat apa-apa. Ulama memberi contoh mengenai bola lampu dan kabel elektrik, sebenarnya benda itu tidak dapat mengeluarkan cahaya tetapi arus elektrik dari generator. Begitulah semua apa yang kita lihat, kebaikan dan keburukan datang dari qudrat Allah (swt). Begitulah dakwah Ambia menyeru manusia kepada zat dan qudrat Allah (swt).

Hari ini apabila umat telah tinggalkan dakwah, maka yakin umat dan fikiran umat rusak. Semua ini berawal dari pembicaraan yang salah dan tidak lagi membicarakan kebesaran Allah (swt). Syaitan datang untuk membawa kita menjadi orang yang didakwahkan kepada perkara bathil. Inilah pembicaraan rata-rata orang Islam di seluruh dunia dimana mereka tidak lagj berbicara tentang kebesaraan Allah (swt), sebaliknya membicarakan kehebatan dunia. Dengan ini manusia yakin pada benda atau asbab yang dibicarakan dan tidak lagi terkesan dengan kekuasaan dan qudrat Allah (swt). Oleh itu kesesatan telah merata di seluruh dunia.

Sesungguhnya kehidupan manusia bukan tebentuk dari harta benda, tetapi kehidupan manusia terbina dengan iman dan amal. Untuk keselamatan dan keamanan usaha atas iman perlu diadakan dimana manusia akan benar-benar yakin terhadap zat dan qudrat Allah (swt). Allah (swt) yang memelihara rezeki seluruh makhluk termasuk diri kita. Dalam pembinaan iman, jangan campur-adukkan dengan ghairullah.

Melalui usaha dakwah Allah (swt) akan kembangkan hidayah ke seluruh alam. Melalui dakwah manusia kepada kebesaran Allah (swt). maka Allah (swt) akan masukan dalam diri orang yang membicarakan kebesaran Allah (swt). Begitu juga jika kita dakwahkan kehidupan suci murni Nabi (saw), orang itu akan dapat mengamalkan sunnah-sunnah Nabi dan kehidupan sunnah akan tersebar. Oleh karena itu kita perlu membentuk iman supaya wujudkan suasana iman bukan saja di marhala kita tetapi di seluruh alam.

Apabila kita tinggalkan dunia ini dalam jasbah orang yang hidupkan usaha Nabi. maka kita akan dibangunkan di hari akhirat bersama Nabi (saw). Oleh karana itu asas kerja kita perlu usahakan kerja Nabi. Kerja Nabi tidak perlukan harta dan benda tetapi keinginan dalam hati. Jadikan risau dan fikir seperti fikir risau Nabi (saw).

Apabila pembicaraan mengenai kebesaran Allah (swt) telah umum, maka Allah (swt) akan wujudkan isti'dat kepada seluruh umat untuk mengamalkan keseluruhan agama. Allah (swt) sendiri akan wujudkan agama di seluruh alam. Oleh itu, kita perlu bergerak buat kerja Nabi di seluruh alam. Kita perlu bertaubat bersungguh-sungguh kerana tidak menjadikan fikir Nabi (saw) sebagai fikir kita dan tidak menjadikan maksud hidup Nabi (saw) sebagai maksud hidup kita.

Kita perlu yakin dengan janji Allah (swt). Allah (swt) berfirman, "Wahai orang2 beriman, barang siapa yang membantu agama Allah, pasti Allah akan membantu kamu." (QS Muhammad 47:7)

Allah (swt) akan bertindak mengikut sangkaan manusia. Kita perlu berhajat kepada Allah (swt). Kita perlu selalu menuju kepada Allah (swt). Kita perlu senantiasa mendengar pembicaraan iman. Kita perlu memberi keputusan untuk menghidupkan kerja Nabi ke seluruh alam hingga akhir hayat kita.


Subhanallah.

Rabu, 29 Disember 2010

Sahabat Haadzal dan Huzairi : : KeHiDuPaN Di PoNDoK : : IsLaM dan ReaLiTi

Mungkin ramai yg tidak tahu akan kepentingan pondok kpd perkembangan Islam di nusantara . Namun , tidak semetinya kita perlu mengabaikannya . Sistem pengajian di pondok adalah lebih baik peraturannya berbanding sistem pelajaran di sekolah sekular . Alhamdulillah , hari nie baru dpt recall drpd kawan bahawa dia sudah mula menuntut di Pondok Seligi , Pasir Puteh , Kelantan . Tahniah saya ucapkan kpd Ahmad Haadzal dan Muhammad Huzairi . Seusai berbual dgnnya melalui telefon , tergerak hati ingin bertanya sejauh mana kehidupan dia disana. Alhamdulillah , so far dia kata OK tapi banyak kena menghafal nahu . Memanglah , pelajar-pelajar yg baru masuk perlu menghafal banyak nahu arab bg tujuan utk meningkatkan lagi kefahaman mereka terhadap ilmu-ilmu agama yg diajar di pondok terutamanya kitab feqah , kitab Musolli . Bagi yg tidak mengetahui dgn lebih lanjut , suka saya senaraikan disini antara kitab-kitab yg diajar kpd pelajar-pelajar dipondok tradisional berdasarkan bab-bab sukatannya yg tertentu :-

1.
Fekah

Antara kitab fekah yang diajarkan di sini ialah kitab jawi dan arab. Antaranya kitab Matla’in Badrain, Mushalli, Wisyahul Afrah, jawahir as-saniah dan lain-lain. Sementara kitab arabnya seperti Fathul Mujib, Fathul Mu’in, Iqna’, Mahalli, Fathul Wahhab dan sebagainya.

2. Nahu

Antaranya, Matan Ajrumiah, Mukhtasar, Ashmawi, Syeikh Khalid, Suzur al-zahabi, Qatrul Nada dan lain-lain.

3. Soraf

Antaranya, Matan Bina’ wal asas, Matan Maqsud, Matan ‘Izzi, al-Kailani dan lain-lain lagi.

4. Tafsir.

Antaranya, Tafsir Juz Amma, al-Jalalain, al-Nasafi, Ibnu Kathir dan sebagainya.

5. Hadis.

Antaranya seperti kitab, Matan Arba’in, Bulughul Maram, Riyadhuh Shalihin, Sunan Sittah dan lain-lain.

6. Usuluddin.

Antaranya seperti, Matan Ummi Barahim, Kifayah al-Awwam, Fath Majid, Dusuki, Aqidatul Nasafiah dan sebagainya.

7. Tasawuf.

Antaranya seperti kitab , Penawar Bagi Hati, Siyarus Salikin, Hidayatul Salikin, Minhajul ‘Abidin, Hikam dan lain-lain.

Di samping itu terdapat banyak lagi sukatan dan kitab pelajaran yang akan dipelajari oleh pelajar di pondok ini. Sistem ini dipanggil turath atau pengajian turath kpd masyarakat setempat dan masyarakat luar . Bagi sahabat saya Haadzal dan Huzairi , saya disini ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kpd antum berdua kerana telah tergerak hati utk menadah kitab di sana . Tak kiralah di pondok mana sekalipun antum berada , pengajiannya tetap akan sama , melainkan di Pondok Bukit Abal dan Pondok Kg. Pek . Di sana berbeza sedikit cara pengajiannya kerana disana turut mengambil kira unsur tareqat . Dan pastilah tareqat itulah adalah yg haq , diqarisi zaman berzaman oleh pengasasnya lagi , Allayarham Sohibus Samahah Tuan Guru Hj. Daud Bukit Abal , juga merupakan seorang wali Allah yg masyhur suatu ketika dahulu . Mungkin waktu pertama kali kita melangkah ke pondok , kita pasti merasakan kitalah yg paling kerdil di antara ratusan bahkan ribuan penuntut di sana , kerana disana barulah kita sedari betapa kerdilnya kita bila berhadapan dgn orang yg lebih berilmu dari kita .

Akhir kata , saya begitu bangga dgn sahabat saya berdua . Tahniah sekali lagi . Mudah-mudhan anda dipermudahkan Allah dlm melaksanakan segala urusan . InsyaAllah Binnajah !

Alhamdulillah syukur nikmat ....


Sukanya bila kita diberi kekuatan untuk membuat penilaian tentang orang lain . Tapi yg pastinya diri kita perlu diukur terlebih dahulu sebelum kita menilai diri orang lain . Ouwh , lupakan ! Actually saya membuat penilaian tentang sahabat-sahabat di kelas 5 Beta ini krn sebagai tanda ucapan terima kasih saya kpd mereka semua . Alhamdulillah saya telah mulakan dgn pelajar-pelajar lelaki terlebih dahulu . Setelah 2 tahun kita bersama , subhanallah , hanya Allah jer yg tahu betapa rindunya saya kpd kalian semua . Setiap hari saya perhatikan gambar teman-teman , suka sama suka , riang ria sebagai remaja tanpa melupakan perbatasan dalam pergaulan cuma ada sesetengahnya sahaja yg melanggar apa yg telah termaktub dalam hukum syara’ tapi jgn bersangka buruk , MUNGKIN mereka pd masa itu bersandarkan dgn niat untuk sama-sama berkongsi ilmu* (Na’uzubillah !) . First of all , saya ingin berterima kasih kepada semua para shabat kerana selama ini sudi berteman dgn saya . Jikalau ada salah silap , saya memohon ribuan kemaafan daripada kamu semua . Kepada yg membaca blog ini , saya ucapkan jutaan terima kasih . Sama-sama kita terus kekalkan ukhuwah ini sehingga ke akhir hayat kita . Mudah-mudahan mendapat petunjuk daripada Allah SWT . Insyaallah !


Alhamdulillah , sudah selesai semuanya , cuma penilaian tentang Izaidi Izzat dan Amirul Hisyam jer yg tak sempat saya tulis . Bukan aper , gambar mereka tidak ada dalam simpanan PC saya . Walaubagaimanapun , saya tetap menganggap mereka berdua tetap sahabat-sahabat saya yg terbaik seperti sahabat-sahabat diatas yg lain . Akhir sekali , kepada tuan empunya diri yg membaca tentang diri mereka dari nilaian kaca mata saya ini , kalau ada rasa tidak berpuas hati , saya memohon maaf kerana memang itulah yg ingin saya luahkan . Justeru , akhir qalam , saya terus akan mendoakan kalian semua semoga kalian semua menggapai cita-cita masing-masing selari dgn tuntutan SYARA’ . Insyaallah binnajah ! “Allahumma rohmatak arjufala takilni ila nafsi torfata ‘aini wa aslihli sya’ni kullahu , la ilaha illa anta subhanala inni kuntu minazzolimin …”