1. Fekah
Antara kitab fekah yang diajarkan di sini ialah kitab jawi dan arab. Antaranya kitab Matla’in Badrain, Mushalli, Wisyahul Afrah, jawahir as-saniah dan lain-lain. Sementara kitab arabnya seperti Fathul Mujib, Fathul Mu’in, Iqna’, Mahalli, Fathul Wahhab dan sebagainya.
2. Nahu
Antaranya, Matan Ajrumiah, Mukhtasar, Ashmawi, Syeikh Khalid, Suzur al-zahabi, Qatrul Nada dan lain-lain.
3. Soraf
Antaranya, Matan Bina’ wal asas, Matan Maqsud, Matan ‘Izzi, al-Kailani dan lain-lain lagi.
4. Tafsir.
Antaranya, Tafsir Juz Amma, al-Jalalain, al-Nasafi, Ibnu Kathir dan sebagainya.
5. Hadis.
Antaranya seperti kitab, Matan Arba’in, Bulughul Maram, Riyadhuh Shalihin, Sunan Sittah dan lain-lain.
6. Usuluddin.
Antaranya seperti, Matan Ummi Barahim, Kifayah al-Awwam, Fath Majid, Dusuki, Aqidatul Nasafiah dan sebagainya.
7. Tasawuf.
Antaranya seperti kitab , Penawar Bagi Hati, Siyarus Salikin, Hidayatul Salikin, Minhajul ‘Abidin, Hikam dan lain-lain.
Di samping itu terdapat banyak lagi sukatan dan kitab pelajaran yang akan dipelajari oleh pelajar di pondok ini. Sistem ini dipanggil turath atau pengajian turath kpd masyarakat setempat dan masyarakat luar . Bagi sahabat saya Haadzal dan Huzairi , saya disini ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kpd antum berdua kerana telah tergerak hati utk menadah kitab di sana . Tak kiralah di pondok mana sekalipun antum berada , pengajiannya tetap akan sama , melainkan di Pondok Bukit Abal dan Pondok Kg. Pek . Di sana berbeza sedikit cara pengajiannya kerana disana turut mengambil kira unsur tareqat . Dan pastilah tareqat itulah adalah yg haq , diqarisi zaman berzaman oleh pengasasnya lagi , Allayarham Sohibus Samahah Tuan Guru Hj. Daud Bukit Abal , juga merupakan seorang wali Allah yg masyhur suatu ketika dahulu . Mungkin waktu pertama kali kita melangkah ke pondok , kita pasti merasakan kitalah yg paling kerdil di antara ratusan bahkan ribuan penuntut di sana , kerana disana barulah kita sedari betapa kerdilnya kita bila berhadapan dgn orang yg lebih berilmu dari kita .Akhir kata , saya begitu bangga dgn sahabat saya berdua . Tahniah sekali lagi . Mudah-mudhan anda dipermudahkan Allah dlm melaksanakan segala urusan . InsyaAllah Binnajah !
Tiada ulasan:
Catat Ulasan