Bismillahirrahmanirrahim ... Alhamdulillah , syukur kehadrat Ilahi kerana dgn limpah kurnia dan inayah-Nya , aku sekali lagi dapat menyambung kembali nukilan ini meluahkan segala apa yg terbuku di hati ini . Alhamdulillah sekali lagi ..!
Baru-baru ini diriku 'digemparkan' dgn berita baik apabila aku diterima kembali utk mengikuti pembelajaran Qiraat bersama Tuan Guru Hj. Luqman @ Pak Adek .. Dulu masa Form 3 pun aku pernah menuntut ilmu agama dgn beliau , namun disebabkan aral yg melintang , usahaku itu hanya dpt bertahan buat seketika sahaja . Namun pada kali ini , aku bertekad utk terus mencuba sedaya upaya agar pengajianku itu dapat bertahan lama .
Apa yg aku ingin perkatakan disini ialah tentang karamahnya mu'allimku ini.. Memang hebat mu'allim ku ini . Beliau antara ulama'-ulama' Kelantan yg terkenal sebaris dgn Tuan Guru Hj. Hamid Gunung al-waliyallah @ Pok Su Hamid Gunung dan Tuan Guru Hj. Ishaq , pengasas Pondok Gelang Mas . Beliau juga merupakan anak kepada seorang wali Allah , Tuan Guru Hj. Yusuf @ Ayoh Soh Chicha .. Pernah satu kali penduduk Kg. pernah melihat beliau menarik lembunya ketika hujan yg bersangatan lebat , namun dgn izin Allah , setitik pun air hujan tidak mengenai tubuhnya mahupun lembu peliharaannya itu .. Jadi , wajarlah dia mewarisi ketaqwaan yg diperwarisi oleh bapanya itu ..
Berbalik kpd pengajianku tentang ilmu qiraat ..: sebelumnya aku beranggapan bahawa Qiraat nie adalah sesuatu yg mudah , namun setelah aku melaluinya sendiri , demi ALLAH , susah jugak Qiraat nie yer ...! hehehe... Pertama kali aku mendengar apa itu NAQAL , TAGHLIZ LAM , IDHOFATIL YA' , IDGHAM ZAL FITTA' , HAMZATAIN FI KALIMATAIN , TASHIL HAMZATUSSANI , IBDAL ,IMALAH , TAQLIL ,FARASY HURUF , ISQOT HAMZATIL ULA , dan baaaaaaaaaaaaanyak lagi !!!
Aku bersyukur pada Allah kerana aku diberi peluang untuk mempelajari dua Riwayat sekali gus , Qalun dan Warsh , toriq assyatibi , murid Imam Nafi' .Sungguh menakjubkan pengajian Qiraat ini . Memang lain dari yg lain .. Di sini juga aku ingin mengucapkan terima kasih kpd Muhamad Afiq Ridzuan yg telah banyak membantuku . Syukran .... Dikesempatan ini juga aku juga ingin mengungkapkan rasa takziah kpd Afiq dan keluarga diatas pemergian ayahandanya yg tercinta .. ALLAHUMMAGFIRLAHU WARHAMHU... amin ya ALLAH !!
Assalamualaikum.. subhanallah...ilmu yg cukup hebat...maaf ana ingin bertanya...sepanjang enta mempelajari ilmu ni...enta ade kenal x mana2 muallimah2 yg turut mengajar ilmu qiraat ni??? ana dah lama mencari seorang guru qiraat tapi kebanyakanya adalah muallim...mohon bantuan..wassalam.
BalasPadam