Rabu, 9 Jun 2010

Tuan Guru Hj. Abdul Wahid Sungai Udang, Ulama’ Melaka Tersohor


DI KALANGAN ulama Melaka, tidak ramai yang menjadi tuan guru pondok seperti mana di Kelantan atau Kedah. Hanya beberapa kerat sahaja ulama pondok di negeri Hang Tuah ini yang membuka pondok antaranya ialah Tuan Guru Ahmad Kasim, Tuan Guru Mohd Zain Abdul Rahman, Mufti Jalil Hassan dan Tuan Guru Abdul Wahid Sungai Udang.Di kalangan ulama selepas merdeka, hanya Haji Wahid Sungai Udang atau Muallim Haji Wahid sahaja yang terkenal terutama kerana Madrasah an-Nuriah yang diasaskannya adalah institusi pendidikan Islam terpenting di Melaka sehingga hari ini.


Nama sebenar beliau ialah Abdul Wahid bin Othman bin Ningkal dan berketurunan Kerinci, Sumatera. Datuknya berhijrah dari Kerinci ke Melaka pada akhir abad ke-19. Ibunya bernama Siti binti Haji Yusof. Beliau dilahirkan di Kampung Paya Rumput, Rumbia, Melaka pada 1910.Beliau mula dihantar belajar di Sekolah Melayu Tangga Batu sehinga lulus Darjah Lima. Ketika berusia 14 tahun, beliau belajar agama di Palembang, Sumatera di bawah bimbingan Tuan Guru Haji Sultan. Setahun kemudian, beliau kembali ke Melaka dan memasuki Pondok Paya Rumput dan berguru dengan Tuan Guru Haji Mohd Zain Abdul Rahman.Selepas itu beliau memasuki Pondok Khairiyah, Batu Tujuh, Air Molek di bawah Tuan Guru Haji Abdul Majid.


Dua tahun kemudian beliau berguru pula dengan bapa saudaranya, Tuan Guru Haji Ahmad Kassim sehingga 1931. Setelah itu, beliau mula berkelana ke Kelantan dan sempat berguru dengan ulama-ulama yang terkenal seperti Tok Kenali, Tuan Guru Ahmad Manan Tok Hakim, Mufti Haji Wan Musa Tuan Tabal, Tuan Guru Haji Ali Salahuddin Pulau Pisang, Tuan Guru Haji Yaakub Legor, Mufti Haji Ahmad Maher, Tuan Guru Haji Omar Nuruddin Sungai Keladi, Mufti Haji Mohd Noor Ibrahim, Tuan Guru Haji Said Kangkung dan Tuan Guru Haji Abdullah Tahir Bunut Payung.Pengembaraan ilmu di beberapa pondok di Kelantan berakhir pada 1940. Antara rakan-rakan seperguruan beliau di Kelantan ialah Tuan Guru Haji Yahya Junid (bekas ahli Majlis Syura Ulama PAS), Tuan Guru Haji Hussein Rahimi (bekas Ketua Dewan Ulama PAS Pusat), Tuan Guru Haji Ghazali Pulau Chondong (bekas Ketua Dewan Ulama PAS Kelantan), Tuan Guru Haji Othman Yunus (bekas Pesuruhjaya PAS Kedah), Tuan Guru Haji Nik Mat Alim (ayahanda Mursyidul Am PAS) dan Tuan Guru Haji Awang Muhammad Rusila (ayahanda Presiden PAS).



Ketika berada di Pondok Bunut Payung, keilmuan beliau sudah diakui sehingga dilantik menjadi guru pembantu bersama Tuan Guru Haji Othman al-Yunusi dan Tuan Guru Haji Hussein Rahimi.


Selepas menamatkan pengajian pada 1940, beliau kembali berkhidmat di Melaka. Pada 8 Rejab 1358 (12 Ogos 1940), Muallim Haji Wahid telah mendirikan pondoknya sendiri iaitu Madrasah an-Nuriah ad-Diniah di Paya Rumput, Melaka.


Pondok ini telah mendapat sambutan hebat pada 1950-an di mana terdapat hampir 100 buah pondok dengan lebih 350 orang pelajar. Pada 1962, madrasah ini telah mendirikan asrama untuk anak yatim lelaki di Sungai Udang, manakala anak yatim perempuan kekal di Paya Rumput.


Muallim Haji Wahid mengajarkan ilmu fiqh, tasawuf, nahu, saraf, tauhid, tafsir dan hadis di kedua-dua asrama ini. Pada 1971, sistem pengajian akademik diperkenalkan di madrasah ini di sebelah pagi, manakala pengajian pondok pada sebelah petang dan mendapat bantuan Majlis Agama Islam Melaka.


Muallim Haji Abdul Wahid juga terkenal kerana kehidupan sufinya. Beliau dikenali kerana warak, tawaduk dan qanaah sehingga dianggap sebagai wali Allah. Beliau mengamalkan wirid Tariqat Ahmadiyah yang diterima dari gurunya, Mufti Haji Wan Musa di Kelantan.


Antara peristiwa berhubung karamahnya yang diceritakan anak muridnya adalah tindakan beliau mengisi air dalam tangki minyak kereta setelah kehabisan minyak ketika keluar berdakwah.


Beliau juga suka mengembara dan telah melawat beberapa negeri seperti Arab Saudi, Indonesia, Mesir, Turki, Iraq, Kuwait dan India. Dalam kesibukan berdakwah, beliau sempat menghasilkan beberapa buah tulisan seperti Kitab al-Islam, Risalah Ilmu Falak dan risalah-risalah kecil yang melebihi 10 judul.


Selain mejadi seorang tok guru di pondoknya, Muallim Haji Wahid juga tidak ketinggalan dalam menggerakkan usaha dakwah dan politik. Pada peringkat awal, Muallim Haji Wahid menyertai Umno kerana menentang Malaya Union dan aktif dalam Bahagian Agama Umno Melaka sejak 1946.


Beliau kemudian menyertai All-Malayan Islamic Missionary atau Jamiyah Dakwatul Islamiyah Malaya cawangan Melaka dan menjadi salah seorang jawatankuasanya. Muallim Haji Wahid pernah mewakili jamiyah ini ke Persidangan Alim Ulama Se-Malaya di Muar pada 21-22 Februari 1950. Persidangan itu merupakan tapak kepada penubuhan PAS pada 23 Ogos 1951.


Menyedari kewajipan berjuang untuk menegakkan agama Allah, Muallim Haji Wahid telah menyertai PAS pada 1956 dan merupakan antara pengasas PAS Melaka. Walaupun tidak pernah menjadi Pesuruhjaya PAS Melaka, tetapi beliau diberikan peranan besar dalam Dewan Ulama PAS Melaka sesuai dengan keilmuan beliau. Muallim Haji Wahid turut memberikan sumbangan kepada Dewan Ulama PAS Pusat sebelum dilantik sebagai Ketua Dewan Ulama PAS Melaka sejak tahun 1960-an hingga 1987. Boleh dikatakan beliaulah tulang belakang kepada Dewan Ulama PAS Melaka dan Madrasah an-Nuriah pula menjadi pusat kegiatan PAS yang penting ketika itu.


Ketika PAS mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan di Melaka pada 1962, Muallim Haji Wahid merupakan tenaga utama dalam menjayakan muktamar ini.


Setelah lebih 40 tahun menjadi khadam kepada perjuangan agama dan pendidikan anak bangsanya, ulama yang berkebolehan dalam ilmu falak ini telah pulang ke rahmatullah pada 3 Oktober 1991 bersamaan 14 Rabiul Awwal 1411 dalam usia 81 tahun. Beliau dikebumikan di Solok Duku, Masjid Tanah.


Allahyarham telah meninggalkan waris perjuangan iaitu anaknya, Ustaz Jalaluddin Abdul Wahid, bekas Pesuruhjaya PAS Melaka merangkap bekas Ketua Dewan Ulama PAS Melaka serta anak saudaranya, Ustaz Zulkifli Ismail, Ketua Dewan Ulama PAS Melaka kini.


Antara murid beliau yang terkenal ialah Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman, bekas Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang kini menjadi Pesuruhjaya PAS Melaka dan Tuan Guru Haji Yaakub Solok Duku.


TUAN GURU HJ GHAZALI BIN ABDULLAH TUNJUNG

Tarikh dan tempat lahir : 10 Rabiul Awal 1349H bersamaan 1 Ogos 1930M, Kampung Kubang Kachang, Kota Bharu, Kelantan

Nama Ayahanda : Hj Abdullah b Ismail

Nama Bonda : Zainab binti Salleh

Perkahwinan : Beliau berkahwin dengan Hajjah Halimah binti Hj Yusoff pada 1958

Pendidikan dan Buka Pondok

a. Belajar al-Quran dengan ayahandanya sendiri ketika umur 7 tahun dan berjaya khatam al-Quran ketika berusia 9 tahun iaitu tahun 1328H bersamaan 1939M

b. Pada tahun yang sama mula memasuki sekolah rakyat yang dibuka oeh Hj Muhammad Hj Chik di Kampung Pauh Butut, Kubang Kachang

c. Tahun yang sama juga mula belajar ilmu fardhu ‘ain dan Sifat 20 dengan datuk saudaranya Tuan Guru Hj Sulaiman bin Tok Kenik dan dengan bapa dua pupunya Tuan Guru Hj Ibrahim bin Awang Chik dan seterusnya mempelajari kitab jawi dan nahu bahasa arab

d. 1362H bersamaan 1943M mula mengaji di Pondok Tuan Guru Hj Yunus bin Wan Buang, Pasir Tumboh dan Tuan Guru Hj Yusuff Padang Kala serta membaca al-Quran dan memperbetulkan nahu bahasa arab dengan Tuan Guru Hj Ahmad

e. 1363H berpindah ke Pondok Tuan Guru Hj Abdullah Tahir, Bunut Payong. Di sana selain belajar dengan Tuan Guru Hj Abdullah Tahir sendiri, beliau juga sempat belajar dengan Tuan Guru Hj Salleh (Bilal Masjid Bunut Payung), Tuan Guru Hj Mustafa dan adiknya Tuan Guru Hj Abdul Aziz Pasir Tumboh

f. Guru-gurunya yang lain ialah Tuan Guru Hj Hassan Beris, Tuan Guru Hj Ahmad b Hj Ali, Tuan Guru Hj Hussein Helmi , Tuan Guru Hj Hassan Panglima Gantang, Tuan Guru Hj Abdul Rahman Pangsa Enam Pahang, Tuan Guru Hj Abdul Rahman Perlis, Tuan Guru Hj Salleh al-Maradi Kedah, Tuan Guru Hj Abdul Shukur Bangkok Thailand, Tuan Guru Hj Bud Jawa Indonesia

g. Pada 10 Januari 1955 berpindah ke Madrasah al-Islah, Kota Bharu

h. Pada 4 Mac 1958 mengambil kursus Bidang Sosial & Politik hingga 1960 di Universiti Majapahit, Indonesia

i. Pada 30 Disember 1961 berpindah belajar ke Pondok Pasir Tumboh bagi mengkhatamkan semua kitab yang belum khatam di Pondok Bunut Payung dulu dengan Tuan Guru Hj Mustafa dan adiknya Tuan Guru Hj Abdul Aziz. Disamping itu beliau berlatih mengajar selama 4 tahun berakhir 1965

Membuka pondok

  • Akhir tahun 1965 berpindah ke Kampung Padang Enggang, Batu 4, Jalan Kuala Krai, Kota Bharu dengan cita-cita mahu membangun dan membina madrasah bagi tempat pengajian agama namun tidak berjaya
  • Pada tahun 1974 dengan semangat yang membara maka beliau akhirnya berjaya membangunkan madrasah di Kampung Tunjung, Batu 5 (km 7 ) Jalan Kuala Krai iaitu suatu tempat yang bernama Dalam Nibung
  • Walau pun sudah membuka pondok tetapi beliau masih mengaji dengan Tuan Guru Hj Daud Omar, Bukit Abal, Pasir Puteh

Sakit dan Meninggal Dunia

  • Beliau menghembus nafas yang terakhir pada 14 Ogos 2002

Ahad, 16 Mei 2010

PeLBaGai PeRsoaLaN Dari KwN2 , Ana JaWaB (3)

(1)Hukum bersalawat ketika mendengar orang menyebut nama Rasulullah S.A.W.
Maka jawabnya sunat menjawabnya dengan berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. ketika ada orang yang menyebut nama Nabi Muhammad S.A.W..
Menjawabnya tidak semestinya dengan S.A.W., asalkan menjawabnya dengan berselawat ke atas Nabi supaya kita tidak termasuk dalam golongan-golongan orang yang sombong.

(2)Bolehkah hanya membaca surah al-Fatihah sahaja di dalam solat tanpa membaca surah-surah lain selepas bacaan surah al-Fatihah?
Maka jawabnya boleh, tidak batal solat selagi bacaan al-Fatihah dibaca dengan tajwid yang betul.
Tetapi pada sesiapa yang sudah berusaha membacanya iaitu sudah belajar dengan guru tajwid untuk membetulkan bacaan al-Fatihahnya tetapi tetap juga tidak dapat membaca surah al-Fatihah dengan betul maka dimaafkan kerana sudah berusaha untuk belajar dan membetulkan bacaan surah al-Fatihahnya.
Bacaan al-Fatihah ini adalah rukun solat, jika ditinggalkan rukun maka batallah solat.

(3) Wajib atau tidak qada solat yang dikerjakan ketika uzur?
Maka jawabnya tidak wajib qada solat yang dikerjakan ketika uzur asalkan solat itu didirikan mengikut kemampuan diri contohnya sekiranya mampu berdiri maka solatlah dalam keadaan berdiri, jika tidak mampu berdiri bolehlah duduk dan seumpamanya.

(4) Warna serban Rasulullah S.A.W
Maka jawabnya terlalu banyak riwayat mengenai ini, ada ketika Nabi memakai serban warna putih, warna hitam ,warna hijau.
Dan ada satu riwayat mengatakan Nabi memakai serban berwarna hitam ketika Nabi menakluk semula Kota Makkah. Ketika itu Nabi berada di atas kuda dan katanya Saidina Umar “aku lihat ketika itu Nabi memakai serban hitam di atas kepalanya “.
Dan pada hari lain Nabi memakai serban warna hijau.

(5) Kenapa agong menggunakan gelaran “DULI YANG MAHA MULIA”? sedangkan Allah yang maha mulia ataupun adakah itu hanyalah gelaran ? bukan menunjukkan sifat?
Maka jawabnya sememangnya Yang Maha Mulia hanya Allah S.W.T. sedangkan makhluknya tidak sepatutnya dianggap Maha Mulia atau seumpamanya sekalipun digunakan perkataan Maha Mulia ini sekadar untuk gelaran, Islam tidak membenarkan manusia memakai gelaran2 yang sepatutnya hanya diberikan kepada Allah swt.
Kerana itu Nabi saw melarang kita memakai nama malikul mulk dan seumpamanya sekalipun hanya sekadar nama, kerana ia membawa maksud tersangat hebat dan tersangat berkuasa.

**apa yang ana nyatakan kemungkinan ada kekurangan, rujuk alim ulamak untuk keterangan lanjut, sebaiknya ana mohon supaya setiap apa yang ana nyatakan di sini dapat pula disebarkan pula pada saudara2 kita yang lain, ramai lagi yang tak tahu dan ramai lagi yang nak tahu, moga Allah kurniakan keberkatan bagi sesiapa yang tolong agama Allah..

***jika ada yang tidak faham apa yang ana nyatakan di atas tolong sangat2 diberitahu, jangan tafsir dengan hukum akal sendiri risau berlaku kesalahan, yang paling ana risau lain diberitahu lain pula yang difahami..
WALLAHU'ALAM..(uthman 5 BT'10)

PeLBaGai PeRsoaLaN Dari KwN2 , Ana JaWaB (2)

(1) HUKUM PAKAI CINCIN
Apakah hukum seseorang yang pakai cincin pada jari tengah dan jari telunjuk? Adakah orang tersebut dilaknat oleh Allah S.W.T?
Saya ada terbaca dalam internet tentang hadis yang melarang pakai cincin pada jari yang saya sebutkan tadi. mohon penjelasan berkenaan hal ini kerana ramai dikalangan orang2 yang saya temui pakai cincin pada jari tersebut.
Maka jawabnya hukum memakai cincin pada jari tengah dan jari telunjuk adalah dilarang oleh Nabi saw dan larangan tersebut bermaksud haram pada setengah ulamak dan setengah ulamak pula berkata dengan makruh.
Ali bin Abi Talib ra berkata :
"Rasullullah saw melarang memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah."
Hadith Riwayat Muslim.

(2) HUKUM SALAM ORANG KAFIR
Bolehkah saya jawab salam murid2/pelajar yang belum baligh yang ibubapanya belum Islam?
Maka jawabnya agama anak orang kafir yang belum baligh adalah mengikut agama ibu bapanya pada sisi syarak sekalipun disisi Allah ia adalah dikira belum lagi sebagai orang kafir.
Oleh itu setengah ulamak mengatakan cara menjawab salamnya adalah seperti menjawab salam orang kafir yang dewasa iaitu dengan 'alaikum' sahaja.

(3) HUKUM BERKATA INSYAALLAH
Adakah insyaAllah Itu sudah dikira berjanji?
Maka jawabnya lafaz InsyaAllah bukan dikira sebagai berjanji kerana ia hanya perkataan yang bertujuan mengingatkan kita bahawa kita hanya mampu merancang melakukan sesuatu tetapi Allah swt yang akan menjayakannya.
Janji mestilah dilafazkan dengan jelas seperti apabila ditanya :
"Bila kamu nak bayar hutang saya?"
Jawab ;
"Saya akan bayar esok InsyaAllah."

(4)HUKUM AURAT MUSLIMAH
Adik perempuan saya mempunyai kawan sebilik yang bukan beragama Islam. Saya ada bertanya beberapa orang ustaz tentang masalah aurat dengan orang bukan Islam ini, walaupun dia perempuan ada yang mengatakan aurat antara Islam perempuan dan bukan Islam perempuan haram sepertimana auratnya dengan lelaki.
Adik saya telah cuba untuk tukar ke bilik lain tapi xdapat.Ini mengundang masalah, terutama yg melibatkan dosa pahala.Tapi ada ustaz lain mengatakan xmengapa, asalkan kita siqqoh(yakin) terhadapnya. Apakah hukum yang sebenarnya? tolong perjelaskan.
Maka jawabnya aurat muslimah dihadapan wanita kafir yang tinggal serumah ialah seluruh tubuhnya melainkan kaki, jari sampai ke lengan dan kepalanya. Yakni harus ia membuka kakinya didalam rumah dan tangan sampai ke lengan dan rambutnya.
Lain daripada itu seperti berseluar pendek atau berkembang adalah haram.
Inilah pendapat satu golongan dari ulamak2 fiqh.

WALLAHU’ALAM..Wassalam....(uthman5BT'10)