Sabtu, 13 Februari 2010

QiSoH Dari KuBuR......

Seorang soleh bercerita bahawa pada suatu hari dia datang ke sebuah desa dan melihat tiga kuburan sebaris di tempat yang berdekatan. Dia tertarik terhadap ketiga-tiga kuburan tersebut kerana di atasnya ada tertulis beberapa rangkap syair.

Pada kubur pertama tertulis syair: Bagaimana orang yang tahu Tuhan akan menyoalnya
merasa seronok dan lazat dalam hidupnya?
Dia akan menyeksa orang yang zalim dalam hidupnya
dan akan membalas baik orang yang baik amalnya Pada kubur kedua tertulis: Bagaimana akan terasa lazat kehidupan ini
bagi yang meyakini kematian akan datang
merenggut dalam sekelip mata dan tiba-tiba
kematian akan menghempapnya dengan kerajaan
yang besar dan megah
dan akan menempatkannya di dalam kubur sempit
sememangnya dia adalah calon penghuninya Pada kubur ketiga terdapat syair: Bagaimana akan terasa lazat kehidupan ini
bagi yang sedar dirinya akan pindah ke kubur
di sanalah pemuda akan digugat kedudukannya
wajah jelita yang yang dibanggakan
akan lenyap serta merta
tinggallah badan dan anggota menanggung seksa Orang soleh tadi pergi kepada seorang tua yang banyak tahu tentang cerita desanya.

“Wahai Syeikh! Aku melihat sesuatu yang ajaib di dalam desamu ini.” kata orang soleh.

“Apa itu?” tanya Syeikh.

“Aku berjumpa dengan tiga pusara yang masing-masing di atasnya tertulis beberapa syair.” kata orang soleh sambil membacakan kandungan syair-syair yang telah dilihatnya.

“Sebetulnya cerita ketiga-tiga ahli kubur tersebut lebih ajaib daripada rangkap-rangkap syair yang kamu lihat di atas kuburnya.”

“Apa itu,? Sila ceritakan kepadaku.”

Syeikh menceritakan bahawa penghuni ketiga-tiga kubur itu adalah tiga orang adik beradik yang pekerjaannya berlainan. Yang pertama seorang zuhud, yang kedua seorang gabenor yang berkuasa dan yang ketiga seorang saudagar kaya. Walaupun berlainan profesi, ketiga-tiganya hidup rukun dan saling hormat menghormati antara satu dengan yang lain.

Suatu ketika saudara yang zuhud sakit, dan apabila dirasa bahawa ajalnya sudah hampir, berkumpullah kedua-dua suadaranya yang lain sambil menanyakan halnya. Mereka menawarkan kepada si zahid untuk mensedekahkan hartanya bagi kepentingan saudaranya yang hampir meninggal itu. Akan tetapi dia menolak.

“Aku tidak berhajat kepada hartamu. Akan tetapi aku minta kepadamu berdua agar berjanji kepadaku akan sesuatu yang tidak akan kamu mungkiri selepas kematianku nanti.”

“Boleh, sila katakan, apa hajatmu?”

“Apabila aku mati, kamu mandikan, kafankan dan solatkan mayatku. Setelah itu kamu kebumikan di bumi yang agak tinggi. Setelah itu tuliskan di pusaraku itu dua rangkap syair ini: Bagaimana orang yang tahu Tuhan akan menyoalnya
merasa seronok dan lazat dalam hidupnya
Dia akan menyeksa orang zalim dalam hidupnya
dan akan membalas baik orang yang baik amalnya “Selepas itu hendalah engkau berdua datang ke kuburku setiap hari dan baca syair itu, semoga ia akan menjadi pengajaran bagimu berdua.”

Setelah berwasiat demikian, dia pun meninggal dunia. Dua adik beradiknya melaksanakan apa yang diamanahkan kepadanya. Setiap hari kedua-duanya datang dan membaca syair itu sehingga menangis. Adik yang menjadi gabenor datang dengan mengenderai kuda bersama askar-asakarnya. Dia berdiri di sisi kubur abangnya sambil membaca syair tersebut dan menangis kerana kandungannya mengena pada dirinya. Pada hari ketiga, dia datang lagi sebagaimana biasa sambil diiringkan oleh askar-askaranya, lalu berdiri di sisi pusara membaca syair dan menangis. Apabila dia akan pulang, tiba-tiba mendengar bunyi benturan yang kuat dari dalam kubur yang menyebabkan hatinya gementar. Kemudian pulang dengan perasaan takut, gementar dan risau. Pada sebelah malamnya pula dia bermimpi melihat abangnya datang.

“Wahai abangku, bunyi apa yang aku dengar dari dalam kuburmu semalam?”

“Itulah bunyi pukulan terhadap ahli kubur yang zalim. Dikatakan kepadaku: “Kamu lihat orang zalim itu? Mengapa engkau tidak menolongnya?” jawab abangnya.

Sebaik saja terjaga dari tidurnya, si gabenor itu resah dan dipenuhi rasa takut dan gementar yang berterusan. Dia segera memanggil saudaranya yang menjadi saudagar dan menceritakan tentang mimpinya.

“Wahai saudaraku, aku yakin bahawa Allahyarham tidak berwasiat agar menuliskan rangkap syair itu di atas pusaranya melainkan hanya untuk memberi peringatan kepadaku.” kata gabenor kepada saudaranya yang menjadi peniaga.

Kemudian dia berkata kepada para pegawai dan orang-orang yang ada disekitarnya: “Aku persaksikan kepadamu semua, bahawa mulai saat ini aku sudah bukan pemimpinmu lagi buat selama-lamanya.”

Dia meletak jawatan serta merta buat menumpukan sisa-sisa hidupnya semata-mata untuk beribadah kepada Allah sambil mengembara ke bukit-bukit dan perkampungan sehingga ajal datang menjemputnya di hadapan sebahagian bekas rakyatnya. Pada hari-hari terakhir sebelum kewafatannya, saudaranya yang menjadi peniaga telah mendengar kabar mengenai bekas gabenor itu. Dia segera datang ke tempatnya untuk menanyakan apa-apa yang diperlukan.

“Sila berwasiat wahai saudaraku!” kata si saudagar.

“Apa yang akan aku wasiatkan. Aku sudah tidak punya apa-apa harta untuk diwasiatkan. Hanya saja aku minta kepadamu agar mahu berjanji untuk melaksanakan sesuatu setelah kematianku nanti.”

“Boleh, Sila katakan.”

“Apabila aku mati nanti, kuburkanlah di samping kubur saudaraku dan tulislah di atas pusaraku syair ini: Bagaimana akan terasa lazat kehidupan ini
bagi yang meyakini kematian akan datang
merenggut dalam sekelip mata dan tiba-tiba
kematian akan menghempapnya dengan kerajaan
yang besar dan megah
dan akan menempatkannya di dalam kubur sempit
sememangnya dia adalah calon ahlinya “Hendaklah engkau berziarah ke kuburku selepas tiga hari dari kematianku dan berdoalah kepada Allah semoga Dia merahmati arwahku.”

Setelah berwasiat demikian, bekas gabenor itu pun menghembuskan nafasnya yang terakhir. Saudaranya segera menyempurnakan pengurusan mayatnya sehingga selesai dikuburkan. Sebagai memenuhi janjinya, dia menulis syair yang telah ditentukan di atas pusara saudaranya itu, kemudian pulang.

Tiga hari selepas pengkebumian, si saudagar datang berziarah ke kubur saudaranya dan berdoa kepada Allah semoga arwah saudaranya dicucuri rahmat. Apabila dia membaca syair yang tertulis di pusara saudaranya itu, dia pun menangis kerana sagat terkesan akan maksudnya. Setelah itu, dia pun bersiap sedia untuk pulang, tapi tiba-tiba terdengar bunyi gegaran yang sangat hebat dari dalam kubur sehingga membuatnya terperanjat dan hampir-hampir tidak sedarkan diri. Dia pun pulang dalam keadaan sangat ketakutan.

Pada sebelah malamnya, dia bermimpi melihat saudaranya yang telah meninggal dunia datang menghampirinya.

“Wahai saudaraku, engkau datang menziarahi kami?”

“Ya. Selepas ini tidak ada ziarah lagi. Aku telah tenang dengan rumahku yang baru.

“Bagaimana keadaanmu sekarang?”

“Alhamdulillah baik.”

“Bagimana keadaan abang kita?”

“Dia berkumpul bersama umat-umat yang baik.”

“Apa pesan engkau kepadaku?

“Barangsiapa yang telah melakukan sesuatu, dia akan mendapatkannya. Oleh itu, jagalah waktu hidupmu sebelum datang masa matimu.” kata saudara yang telah mati.”

Sejak itu, si peniaga mengasingkan diri dari urusan dunianya dan hatinya sentiasa ingat pada mati. Harta kekayaannya dibagi bagikan kepada fakir miskin dan dia sendiri menumpukan hidup beribadah kepada Allah. Anaknya yang sudah jadi seorang pemuda yang segak badan dan bagus wajahnya juga bekerja sebagai peniaga yang berjaya. Beberapa masa telah berlalu. Ajal bekas saudagar yang telah jadi sufi itu pun hampir menjemputnya. Saudara mara dan anaknya telah berkumpul.

“Berwasiatlah sesuatu wahai ayah.” kata anaknya. “Wahai anakku! Ayahku sudah tidak punya apa-apa harta untuk diwasiatkan. Akan tetapi hanya minta kepadamu agar berjanji untuk melakukan sesuatu selepas kematianku.”

“Boleh, boleh. Sila katakan wahai ayah.”

“Apabila aku mati, kuburkan di dekat kubur bapa-bapa saudaramu dan tuliskan syair pada pusaraku: Bagaimana akan terasa lazat kehidupan ini
bagi yang sedar dirinya akan pindah ke kubur
di sana kedudukan pemuda akan digugat
wajah jelita yang dibanggakan
akan lenyap serta merta
tinggallah badan dan anggota menanggung seksa “Kemudian hendaklah engkau berziarah ke kuburku sehingga tiga hari. Berdoalah kepada Allah semoga Allah mencucuri rahmat kepadaku.”

“Insya Allah, saya akan melakukannya.” jawab si anak.

Setelah dia meninggal dunia, anaknya segera melakukan semua yang diamanahkan kepadanya. Dia berziarah ke kubur ayahnya setiap hari sambil berdoa untuk ayahnya dan membaca syair yang tertulis di pusaranya. Pada hari ketiga dia mendengar suara dari dalam kubur yang sangat menggerunkan dan membangkitkan bulu roma dan memucatkan muka. Dia pulang kepada keluarganya dalam keadaan takut dan gementar.

Pada sebelah malamnya pula, dia bermimpi melihat ayahnya datang sambil berkata: “Wahai anakku! Sesungguhnya engkau berada sangat dekat denganku, duniamu sudah berada di penghujungnya dan maut lebih dekat dari itu lagi. Oleh kerana itu bersiap sedialah engkau untuk menempuh perjalananmu dan periksalah keadaan kenderaanmu. Alihkan perhatianmu dari melengkapi isi rumah yang engkau tempati sekarang pada rumah yang bakal engkau tempati buat selama-lamanya. Janganlah engkau tertipu seperti orang-orang sebelummu yang telah tertipu oleh keinginan pada harta sehingga tidak sempat membuat persediaan untuk pergi. Akibatnya, mereka menyesal yang tidak berkesudahan setelah mati. Padahal penyesalan ketika itu sudah tidak ada maknanya lagi. Wahai anakku! Segera laksanakan, segera laksanakan!.”

Mimpi pemuda terhenti, kerana dia terjaga dari tidurnya dalam keadaan terkejut dan takut serta faham apa yang akan terjadi pada dirinya. Pada sebelah paginya dia pun segera mengerjakan apa-apa yang perlu. Semua hutang-hutangnya dijelaskan, hartanya disedekahkannya kepada fakir miskin. Pada pagi hari ketiga dari hari bermimpi, dia memanggil semua keluarganya dan anaknya kemudian berwasiat dan mengucapkan salam.

Setelah itu dia menghadap Kiblat, mengucapkan dua kalimah Syahadah dan menghembuskan nafasnya yang terakhir. Orang ramai datang berpusu-pusu menguruskan mayatnya dan berziarah ke kuburnya serta berdoa di sana.
Radiallahu 'anhum.

Amanah Seorang Sahabat
Diceritakan bahawa ada dua orang lelaki dari kalangan sahabat Rasulullah s.w.a. berteman baik saling ziarah menziarahi antara satu dengan lainnya. Mereka adalah Sha’b bin Jastamah dan Auf bin Malik.

“Wahai saudaraku, sesiapa di antara kita yang pergi (meninggal dunia) terlebih dahulu, hendaknya saling kunjung mengunjungi.” kata Sha’b kepada Auf di suatu hari.

“Betul begitu?” tanya Auf.

“Betul.” jawab Sha’b.

Ditakdirkan Allah, Sha’b meninggal dunia terlebih dahulu. Pada suatu malam Auf bermimpi melihat Sha’b datang mengunjunginya.

“Engkau wahai saudaraku?” tanya Auf.

“Benar.” jawab Sha’b.

“Bagaimana keadaan dirimu?”

“Aku mendapatkan keampunan setelah mendapat musibah.”

Apabila Auf melihat pada leher Sha’b, dia melihat ada tanda hitam di situ.

“Apa gerangan tanda hitam di lehermu itu?” tanya Auf.

“Ini adalah akibat sepuluh dinar yang aku pinjam dari seseorang Yahudi, maka sila tolong jelaskan hutang tersebut. Ketahuilah wahai saudaraku, bahawa tidak satupun kejadian yang terjadi di dalam keluargaku, semua terjadi pula setelah kematianku. Bahkan terhadap kucing yang matipun dipertanggungjawabkan juga. Ingatlah wahai saudaraku, bahawa anak perempuanku yang mati enam hari yang lalu, perlu engkau beri pelajaran yang baik dan pengertian baginya.”

Perbualan di antara kedua-dua lelaki yang bersahabat itu terhenti kerana Auf terjaga dari tidurnya. Dia menyedari bahawa semua yang dimimpikannya itu merupakan pelajaran dan peringatan baginya. Pada sebelah paginya dia segera pergi ke rumah keluarga Sha’b.

“Selamat datang wahai Auf. Kami sangat gembira dengan kedatanganmu.” kata keluarga Sha’b. “Beginilah semestinya kita bersaudara. Mengapa anda datang setelah Sha’b tidak ada di dunia?”

Auf menerangkan maksud kedatangannya iaitu untuk memberitahukan semua mimpinya malam tadi. Keluarga Sha’b faham akan semuanya dan percaya bahawa mimpinya itu benar. Mereka pun mengumpulkan sepuluh dinar dari wang simpanan Sha’b sendiri lalu diberikan kepada Auf agar dibayarkan kepada si Yahudi.

Auf segera pergi ke rumah si Yahudi untuk menjelaskan hutang Sha’b.

“Adakah Sha’b mempunyai tanggungan sesuatu kepadamu?” tanya Auf.

“Rahmat Allah ke atas Sha’b Sahabat Rasulullah S.A.W. Benar, aku telah memberinya pinjaman sebanyak sepuluh dinar.” jawab si Yahudi.

Setelah Auf menyerahkan sepuluh dinar, si Yahudi berkata: “Demi Allah dinar ini serupa benar dengan dinarku yang dipinjamnya dulu.”

Dengan demikian, Auf telah melaksanakan amanah dan pesan saudara seagamanya yang telah meninggal dunia.


Terkena Api Di Kuburan
Diceritakan dari Ibnu Hajar bahawa serombongan orang dari kalangan Tabi’in pergi berziarah ke rumah Abu Sinan. Baru sebentar mereka di rumah itu, Abu Sinan telah mengajak mereka untuk berziarah ke rumah jirannya.

“Mari ikut saya ke rumah jiran untuk mengucapkan ta’ziah atas kematian saudaranya.” kata Abu Sinan kepada tetamunya.

Sesampainya di sana, mereka mendapati saudara si mati sentiasa menangis kerana terlalu sedih. Para tetamu telah berusaha menghibur dan memujuknya agar jangan menangis, tapi tidak berjaya.

“Apakah kamu tidak tahu bahawa kematian itu suatu perkara yang mesti dijalani oleh setiap orang?” tanya para tetamu.

“Itu aku tahu. Akan tetapi aku sangat sedih kerana memikirkan seksa yang telah menimpa saudaraku itu.” jawabnya.

“Apakah engkau mengetahui perkara yang ghaib?”

“Tidak. Akan tetapi ketika aku menguburkannya dan meratakan tanah di atasnya telah terjadi sesuatu yang menakutkan. Ketika itu orang-orang telah pulang, tapi aku masih duduk di atas kuburnya. Tiba-tiba terdengar suara dari dalam kubur “Ah....ah....Mereka tinggalkan aku seorang diri menanggung seksa. Padahal aku mengerjakan puasa dan solat”. Jeritan itu betul-betul membuatku menangis kerana kasihan. Aku cuba menggali kuburnya semula kerana ingin tahu apa yang sudah terjadi di dalamnya. Ternyata kuburan itu telah penuh dengan api dan di leher si mayat ada rantai dari api. Kerana kasihan kepada saudara, aku cuba untuk melepaskan rantai itu dari lehernya. Apabila aku hulurkan tangan untuk membukanya, tanganku terbakar.”

Lelaki itu menunjukkan tangannya yang masih hitam dan mengelupas kulitnya kerana kesan api dari dalam kubur kepada tetamu. Dia meneruskan ceritanya: “Aku terus menimbus kubur itu semula dan pulang dengan segera. Bagaimana kami tidak akan menangis apabila mengingati keadaan itu?”

“Apa yang biasa dilakukan oleh saudaramu ketika di dunia?” tanya teman-teman Abu Sinan.

“Dia tidak mengeluarkan zakat hartanya.” jawabnya.

Dengan jawapan ini, teman-teman Abu Sinan membuat kesimpulan tentang kebenaran ayat Suci Al-Quran surah Ali Imran yang ertinya: “Janganlah mereka yang bakhil itu menyangka terhadap rezeki yang diberikan oleh Allah kepada mereka bahawa kebakhilan itu baik bagi mereka. Sebenarnya kebakhilan itu buruk bagi mereka. Harta yang mereka bakhilkan itu akan dikalungkan kelak di lehernya di hari kiamat.”

(Ali Imran, 180)


Nikmat Ahli Kubur
Seorang soleh bernama Mutraf bin Abdullah Al-Harsyi bercerita bahawa pada suatu hari Jumaat dia keluar ke kuburan, kemudian mengerjakan solat dua rakaat yang sederhana, tidak terlalu panjang. Selepas solat, tiba-tiba dia mengantuk dan melihat penghuni kubur keluar bercakap dengannya. “Engkau telah mengerjakan sesuatu yang tidak dapat dikerjakan olehku. Padahal dua rakaat itu bagiku lebih baik daripada dunia dan seisinya ini.” kata salah seorang ahli kubur.

“Kuburan siapa saja yang ada di sini?” tanya Mutraf.

“Kuburan orang yang baik-baik dan kesemuanya Muslim.” jawab ahli kubur.

“Siapakah yang paling mulia di kalangan ahli-ahli kubur di sini?” tanya Mutraf.

“Kuburan itu.” jawab ahli kubur sambil menunjuk pada sebuah kuburan yang ada di situ.
Mutraf sangat ingin mengetahui ahli kubur yang dikatakan paling mulia itu. Dia berharap semoga Allah berkenan mengeluarkan ahli kubur yang dimaksudkan agar dia dapat bercakap dengannya.

Harapan Mutraf dikabulkan oleh Allah. Tiba-tiba ahli kubur yang masih muda belia tersebut keluar dari kuburnya dalam keadaan gembira.

“Betulkah engkau ahli kubur yang paling mulia di sini?” tanya Mutraf.

“Mereka mengatakan bahawa diriku demikian.” jawabnya.

“Apa yang telah menyebabkan dirimu menjadi ahli kubur yang paling mulia?”

Ahli kubur yang masih muda belia itu menjawab: “Walaupun aku masih muda, tapi telah banyak mengerjakan ibadah haji dan umrah, berperang di jalan Allah dan beramal soleh. Di samping itu, setiap kali aku ditimpa musibah, aku selalu bersabar dan tawakal kepada Allah. Itulah yang menyebabkan aku memperolehi kumuliaan tersebut.”

Selasa, 9 Februari 2010

Bayi YaNG BeRKaTa-KaTa

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi SAW, baginda bersabda: “Tidak ada yang bercakap dalam buaian kecuali tiga orang, iaitu Isa bin Maryam dan sahabat Juraij. Juraij adalah seorang yang rajin beribadat. Dia membuat surau sendiri untuk tempatnya beribadat. Pada suatu hari ibunya datang ke suraunya ketika dia sedang solat. Ibunya berkata (memanggil): “Juraij .... Juraij.....” Juraij yang sedang solat itu berkata dalam hatinya: “Ya Tuhanku, apakah aku penuhi panggilan ibuku atau kuteruskan solatku?” Akhirnya dia mengambil kesimpulan untuk meneruskan solatnya saja. Ibunya merasa kecewa dan pulang ke rumah. Esok harinya ibunya datang lagi dan Juraij pun sedang mengerjakan solat. Ibunya memanggil: “Juraij.....Juraij.”

Juraij berkata dalam hatinya: “Tuhanku, apakah kupenuhi panggilan ibuku atau kuteruskan solatku?” Dia memilih untuk meneruskan solatnya daripada memenuhi panggilan ibunya. Ibunya pun pulang lagi dalam keadaan kecewa.
Esoknya lagi (untuk kali yang ketiga), ibunya datang lagi dan kebetulan Juraij sedang solat. Ibunya memanggil: “Juraij....... Juraij.” Juraij ragu lagi: “Tuhanku, ibuku atau solatku?” Dia masih juga mengutamakan solatnya.
Ibunya yang semakin kecewa itu berkata: “Ya Allah, janganlah matikan Juraij itu sebelum dia melihat wajah wanita-wanita penzina.”

Rupanya kaum Bani Israil sedang sibuk memperkatakan Juraij kerana hebatnya beribadat dan mereka merasa cemburu melihatnya. Seorang wanita jahat dan pandai menggoda lelaki berhias kemudian berkata kepada mereka: “Kalau kamu mahu biar aku goda dan aku fitnah dia.”

Wanita itu pergi ke tempat peribadatan Juraij dan cuba menggodanya tetapi Juraij tidak terganggu kekhusukannya. Kerana kecewa, wanita itu pergi menjumpai seorang penggembala yang tidak berapa jauh dari surau Juraij. Lelaki itu menyambutnya dengan baik dan terjadilah perzinaan dan akhirnya wanita itu hamil. Setelah melahirkan anak, wanita itu mendakwa bahawa anak itu dari Juraij. Sebab itu masyarakat kampungnya pergi mendatangi Juraij. Mereka memukulinya dan menghancurkan tempat peribadatannya. Juraij merasa hairan dan berkata: “Ada apa ini?” Mereka menjawab: “Engkau telah berzina dengan wanita liar yang bernama ini dan dia telah melahirkan anak dari benihmu sendiri.”

Juraij berkata: “Di mana anak itu?” Mereka membawa anak itu ke hadapan Juraij. Juraij meminta kebenaran dari mereka untuk mengerjakan solat sunat dua rakaat. Selesai mengerjakan solat, Juraij mendekati anak itu. Dia memperhatikannya, lalu menekan perutnya dan berkata: “Wahai bayi, siapa ayahmu?” Bayi yang baru lahir itu menjawab: “Ayahku si Polan, seorang pengembala.”Mereka semua tercengang, lalu mencium tangan Juraij, memeluk tubuhnya dan meminta maaf kepadanya sambil berkata: “Biarlah tempat peribadatanmu ini akan kami bina semula dan akan kami buat dari bahan emas.”

Juraij berkata: “Tidak, binalah semula dari tanah.” Mereka pun membangunnya semula dari tanah.

Ketika seorang bayi menyusu kepada ibunya, tiba-tiba lalu di hadapan mereka seorang lelaki cantik dan menunggang binatang yang cantik. Ibunya tertarik melihatnya dan berkata: “Ya Allah, jadikanlah anakku ini nanti seperti lelaki itu.” Tiba-tiba anak itu melepaskan puting ibunya, lalu melihat lelaki yang berjalan itu dan berkata: “Ya Allah, jangan jadikan aku seperti dia.”

Kemudian anak itu menetek lagi kepada ibunya. Saya masih terbayang bagaimana Rasulullah SAW memperagakan keadaan bayi yang sedang menetek itu (kata yang meriwayatkan hadis ini). Baginda memasukkan telunjuk tangannya ke mulutnya yang mulia itu kemudian menghisapnya seperti bayi yang sedang menyusu. Kemudian Baginda Rasul bersabda: “Tidak lama kemudian lalu di hadapan mereka anak dara dalam keadaan pucat dan kepenatan kerana dikejar orang ramai dari belakang. Orang ramai yang mengejarnya itu berteriak-teriak: “Wanita penzina.... pencuri.” Dalam keadaan sesak nafas dan kesakitan, wanita itu hanya berkata: “Cukuplah Allah yang mengetahuinya dan Dialah sebaik-baik tempat berserah.”

Melihat yang demikian ibu yang menyusukan itu berkata: “Ya Allah, jangan jadikan nanti anakku ini seperti dia.” Bayi itu melepaskan susu ibunya, lalu memandang kepada wanita yang dikejar-kejar itu kemudian berkata: “Ya Allah, jadikanlah aku seperti dia.” Di sana ada lagi hadis yang lebih lengkap ceritanya.

Ibunya merasa hairan dan berkata: “Tadi lalu seorang lelaki yang cukup hebat dan menarik kemudian ibu doakan supaya engkau dijadikan seperti dia malah engkau menjawab: “Ya Allah, jangan jadikan aku seperti dia.” Tidak lama kemudian menyusul wanita malang yang dikejar-kejar orang, dipukuli dan dituduh mencuri dan berzina, kemudian ibu doakan supaya engkau jangan dijadikan seperti dia tetapi malah engkau berkata: “Ya Allah, jadikanlah aku seperti dia.” Ibu ingin tahu mengapa engkau menjawab seperti itu ?” Bayi itu menjawab: “Lelaki yang kelihatan hebat dan bergaya itu tadi sebenarnya orang jahat, maka aku pun berdoa kepada Allah supaya jangan dijadikan seperti dia. Sedangkan wanita ini, yang mereka menuduhnya mencuri dan berzina, sebenarnya dia tidak ada mencuri dan berzina. Dia sebenarnya cukup mulia di sisi Allah dan aku pun memohon dijadikan seperti dia.”

Dari sumber yang lain, dari Ibnu Abbas r.a., dari Nabi SAW, bersabda:
“Ada empat orang yang pandai bercakap semasa kecil, iaitu anak Masyitah, zaman Firaun, anak yang menjadi saksi Nabi Yusuf (bersama Zulaikha) sahabat Juraij (yang dituduh anaknya) dan Isa bin Maryam.”

Selasa, 2 Februari 2010

QisOH al_QiYaMaH

Rasulullah s.a.w. bersabda, “Semua bagian tubuh manusia akan hancur kecuali satu tulang, iaitu ujung ekornya (ajab al-dzanb). Dari tulang inilah dibangunkan kembali penciptaannya pada hari kiamat.” Hadis sahih ini diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah. Dalam riwayat Abu Ya’la dan Al-Hakim dari Abu Said Al-Khudri, para sahabat lalu bertanya, “Wahai Rasulullah, bagaimanakah rupa ujung ekor itu?” Baginda menjawab, “Seperti biji sawi (habbat khardal).” Maknanya tulang itu sangat kecil sehingga hampir tak terlihat oleh mata biasa.

Beberapa hadis menjelaskan bahawa proses pengembalian makhluk dimulai dengan hujan yang sangat lebat menyirami bumi selama beberapa hari. Air itu menumbuhkan tulang bakal makhluk yang terpendam di bawah tanah ini tumbuh dan berkembang. Rasulullah s.a.w. bersabda, “Mereka kemudian tumbuh bagaikan sayuran di musim hujan.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim).

Apabila hari kebangkitan yang ditentukan telah tiba, Israfil meniup sangkakalanya (sur) yang mengembalikan setiap roh ke jasad. Manusia dan makhluk-makhluk Allah yang lain mulai tersedar dari tidur yang panjang. Mereka berkata, “Duhai celakalah kami. Siapakah yang membangkitkan kami dari tempat tidur kami?” seperti yang diceritakan dalam surah Yasin: 52.

Rasulullah s.a.w. bersabda, “Semua manusia akan dibangkitkan dalam keadaan tidak beralas kaki, tidak berpakaian dan belum dikhitankan sebagaimana keadaan mereka ketika pertama kali diciptakan.” Rasulullah lalu membaca: Sebagaimana kami menciptakan (manusia) pertama kali, maka kami akan mengembalikannya. Itu merupakan janji yang akan kami laksanakan.” (Qs Al-Anbiya: 104).

Mahsyar

Tidak lama kemudian, semua makhluk bergerak dalam rombongan besar yang terdiri dari jutaan manusia menuju ke satu arah. “Hati manusia pada waktu itu sangat takut, pandangannya tertunduk.” (Qs Al-Nazi’at: 8-9). Sebahagian mereka berjalan dengan kakinya, sebahagian yang lain merangkak dengan tangannya, bahkan ada juga yang berjalan “dengan wajahnya”. Seseorang bertanya kepada Rasulullah s.a.w: “Bagaimana seorang kafir berjalan dengan wajahnya?” Baginda menjawab, “Bukankah (Allah) yang membuatnya dapat berjalan dengan kaki, maka Dia juga mampu membuatnya berjalan dengan wajah?” Hadis riwayat Muslim.

Mereka kemudian berkumpul di Mahsyar; sebuah padang luas yang tanahnya putih bak pasir di pinggir pantai, datar tanpa bukit dan lubang. Tak ada bangunan ataupun bendera yang menunjukkan pemilikan. Al-Ghazali berkata, “Janganlah engkau mengira bahawa tanah itu seperti tanah di dunia ini. Tidak ada kesamaan antara keduanya melainkan namanya sahaja.”

Ibn Mas’ud berkata, “Tanah pada hari itu semuanya (dipenuhi) api, dan syurga di seberangnya telah terlihat bersama para bidadari dan cawan-cawan minumannya.” Diriwayatkan oleh Imam Waki’ dalam kitab “Al-Zuhd”.

Keringat

Bayangkan jutaan manusia sejak zaman Nabi Adam hingga generasi terakhir berkumpul dan bersesak-sesakan. Di bawah sinar matahari yang sangat panas, tanah yang membara, ditambah lagi suasana hati yang dipenuhi ketakutan, pada saat itu tubuh manusia basah dengan keringat. Dalam hadis Muslim dari Al-Miqdad bin Al-Aswad, Nabi s.a.w. bersabda, “Pada hari kiamat matahari didekatkan kepada manusia sejarak satu mil. Maka semua manusia tenggelam di dalam keringatnya sesuai dengan amal perbuatannya (di dunia). Sebahagian mereka tenggelam hingga ke mata kaki, sebahagian yang lain hingga ke pinggangnya dan sebahagian yang lain hingga ke mulutnya.”

Imam Ibn Abi Jamrah dalam Syarh Sahih Al-Bukhari berkata, “Manusia yang paling terseksa dengan keringatnya ini adalah orang-orang kafir, kemudian (Muslim) pelaku dosa-dosa besar, dan seterusnya.”

Imam Al-Ghazali berkata dalam Ihyak Ulumiddin , “Ketahuilah setiap titis keringat yang tidak pernah dikeluarkan dalam bekerja di jalan Allah, dalam haji, jihad, puasa, tahajud, membantu Muslim atau beramar makruf nahi munkar, maka keringat itu akan dikeluarkan oleh rasa malu dan takut pada hari kiamat nanti.”

Balasan Amal sebelum Hisab

Singkat kata, setiap orang pada hari kebangkitan ini merasa sangat terseksa jauh sebelum mereka dihisab. Setiap orang merasakan sangat haus, lapar, penat, takut, sedih, bimbang stres dan berbagai kesusahan zahir dan batin serta lain-lain yang belum dapat kita bayangkan pada saat ini. Mereka terus dalam keadaan itu bertahun-tahun lamanya hingga Allah berkenan memulakan proses hisab dan penghitungan amal. Al-Ghazali berkata, “Fikirkanlah suasana panjang dan beratnya penungguan hari itu agar dengan itu terasa ringan bagimu dalam bersabar meninggalkan maksiat sepanjang hidupmu yang singkat ini.”

Pada hari itu, sekecil apa pun amal kebaikan yang pernah dilakukan seseorang di dunia sangat berharga untuk melepaskan sebahagian dari seksaan yang dideritanya ini. Rasulullah s.a.w. bersabda, “Barang siapa yang melepaskan seorang mukmin dari kesusahan, maka Allah akan melepaskan darinya satu daripada kesusahan yang terdapat pada hari kiamat.” (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah).

Daripada Abu Qatadah bahawa Nabi s.a.w. bersabda, “Barang siapa yang menginginkan agar Allah menyelamatkannya daripada kesusahan (yang dialami) pada hari Kiamat, maka bantulah orang yang dalam kesusahan, atau kurangilah kesusahannya.” (Riwayat Muslim).

Daripada ‘Uqbah bin ‘Amir bahawa Nabi s.a.w. bersabda, “Seseorang akan berteduh di bawah naungan sedekahnya hingga waktu pengadilan (hisab) tiba.” Diriwayatkan oleh Imam Ahmad di “Musnad”-nya.

Al-Hafiz Ibn Abi Al-Dunya meriwayatkan daripada Ibn Mas’ud, “Semua manusia dibangkitkan pada hari kiamat dalam keadaan telanjang, sangat lapar, sangat haus dan sangat penat. Barang siapa yang pernah memberikan pakaian kerana Allah, maka Allah akan memberinya pakaian. Barang siapa yang pernah memberi makan kerana Allah, maka Allah akan memberinya makanan. Barang siapa yang pernah memberi minum kerana Allah, maka Allah akan memberinya minuman. Dan barang siapa yang pernah memaafkan karena Allah, maka Allah akan memaafkannya.”

Ulama tabiin kenamaan di kota Mekah, Sufyan bin ‘Uyainah, berkata, “Tidak ada nikmat yang Allah berikan kepada hamba-Nya melebihi kebesaran kalimat tauhid: La ilaha illallah. Sebab kalimat ini di akhirat ibarat air sejuk di dunia.” Diceritakan oleh Imam Al-Hafiz Jamaluddin Al-Mizzi dalam Tahdzib Al-Kamal fi Asma Al-Rijal.

Di bawah Naungan Allah

Sementara itu, apabila kebanyakan manusia dalam kesusahan, terdapat orang-orang tertentu yang seolah-olah tidak mengalami sebarang seksaan apa pun. Mereka adalah orang-orang yang di dunia telah mengalami kesusahan sekejap demi menjaga agama dan prinsipnya, ketika kebanyakan manusia pada saat itu menikmati keseronokan hawa nafsunya.

Rasulullah s.a.w. bercerita tentang mereka, “Tujuh golongan yang berada di bawah naungan Allah ketika tidak ada naungan selain naungan-Nya; pemimpin yang adil, pemuda yang tubuhnya sentiasa menyembah Allah, seseorang yang hatinya terpaut kepada masjid jika ia keluar hingga kembali semula, dua orang yang saling mencintai kerana Allah; mereka berjumpa dan berpisah kerana-Nya, seseorang yang mengingat Allah dalam keadaan sendirian hingga meneteskan air mata, seorang laki-laki yang dirayu oleh wanita cantik dan terhormat namun menolaknya dengan berkata: aku takut kepada Allah, dan seseorang yang bersedekah dengan sembunyi-sembunyi hingga tangan kirinya tidak tahu apa yang diberikan tangan kanannya.”

Hadis sahih yang diriwayatkan al-Bukhari dan Muslim ini mengandung keutamaan luar biasa untuk orang-orang yang memiliki salah satu, apalagi lebih, dari tujuh sifat ini. Iaitu adil, menjaga kebersihan diri sejak muda, sangat mencintai masjid, cinta kerana Allah, mengingat Allah dalam keadaan sendirian, menjaga diri daripada zina, dan bersedekah tanpa mengharap sembarang pujian ataupun balasan.

Imam ahli hadis terbesar di Andalusia Al-Hafiz Ibn Abdil Bar dalam dua kitabnya Al-Tamhid dan Al-Istizkar mentakwil kalimat “naungan Allah” yang disebutkan dalam hadis ini dengan “rahmat Allah.” Sebab mustahil Allah s.w.t. memiliki bayangan hingga manusia dapat berteduh di bawahnya.

Ahli hadis yang dikenal dengan gelaran Hafiz Al-Maghrib ini selanjutnya berkata, “Barang siapa yang berada di bawah naungan Allah, maka ia selamat dari kengerian hari kebangkitan dan segala sesuatu yang tengah menimpa manusia lain pada saat itu seperti rasa khuatir, stres dan (seksaan) keringat.”

Wasilah: Syafaat Terbesar

Setelah sekian lama berdiri di padang Mahsyar yang penuh derita itu, semua manusia sudah tidak mampu lagi menunggu. Mereka segera mendatangi nabi-nabi kekasih Allah agar mereka diperkenankan permintaan bagi Allah memulai hisab. Namun semua nabi-nabi, mulai dari Nabi Adam hingga Nabi Isa as, tidak ada yang berani mengabulkan permintaan itu. Mereka semua terlalu sibuk memikirkan kesalahan yang pernah mereka lakukan sehingga malu untuk meminta kepada Allah pada hari yang sangat menakutkan itu.

Para nabi dan rasul kemudian mengarahkan semua manusia supaya menemui kekasih Allah, pemilik wasilah dan syafaat terbesar, Baginda Muhammad s.a.w. Semua manusia kemudian melaksanakan anjuran tersebut. Imam al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan bahawa Baginda segera berjalan ke arah Arasy lalu bersujud dan memuji Allah s.w.t. dengan puja-pujian yang belum pernah beliau ucapkan sebelumnya. Allah s.w.t. lalu berfirman, “Wahai Muhammad, angkat kepalamu. Mintalah, Aku akan mengabulkan.” Rasulullah s.a.w. segera meminta untuk dimulai hisab.

Allah segera menurunkan perintahnya kepada semua malaikat, maka hisab yang sangat menentukan itu segera dimulakan.

Jumaat, 29 Januari 2010

PeNGaLaMaN Di TeNGaH LaUTaN MaNuSia

Semalam,telah berlansungnya solat hajat perdana menuntut royalti minyak di Stadium Muhammad ke-!V , Kota Bharu , Kelantan...Pertama kali berdiri di tengah2 ratusan ribu manusia rasanya terus membayangkan manusia di Padang 'Arafah menunaikan Haji...PMBK menjelaskan hampir 100,000 menghadiri majlis solat hajat tersebut...takut lebih xtau,lipoh ruoh pah luar...

Ana salah seorang daripadanya pun xterlepas menghadiri majlis tersebut...sero banggo bedooh male...!! huahuahua....Sampai saja kat sana,sepupu ana terus parking kereta di tepi balai polis dan kami pom berjalan menuju ke pintu masuk stadium dgn puluhan ribu lg masih berebut2 utk masuk...Bayangkan masa kami di pintu masuk bilal tgh iqamat tapi masa sampai kat dalam imam sudah berada dalam rakaat ke-2 sembahyang maghrib..Lamonyo nk buleh ko masuk hanyo tuhe jah tahu...!! Dok main terok2 g2,org2 tuo,mokwo pokwo,budok kecik,budok besar,cikgu2,doktor2,lecturer2,ustaz2,tok guru2,dan berbagai ragam lg rakyat Kelantan. Adow hok reboh,bangun balik,adow hok wi anok masuk dulu..Nok oyak ramai tok ramai ore male...


Solat maghrib kalau xsilap ana diimamkan oleh Dato' Ahmad Ya'akob,Timbalan Menteri Besar Kelantan,kemudian diadakan bacaan Yaa-siin yg dipimpin oleh Tuan Guru Hj Ibrahim ..Selesai bacaan yaa-siin,semua bangun rapat2kan sof utk solat isya' yg diimamkan oleh al_Fadhil al_Ustaz Muhammad Mustaffa,Adun Demit...Kemudian jemaah menunaikan solat hajat sejurus sahaja selesai solat isya' yg diimiamkan oleh Tuan Guru Dato' Hj. Nik Abd. Aziz Nik Mat...Teko,, dale banyok2 solat tu,sapow hok lamo sekali??? sudah pasti lar Tok Guru hok lamo sekali,kito siap khudu' lg maso 2...Hebat sunggoh..



Hok sedak sekali,time Ku Li dibawa masuk dgn menaiki beca,...Dgn lampu lip lap hok pokcik2 beca buboh,stadium hok gelap tuh,jd ceroh meta2...Majlis diserikan lagi perarakan motosikal honda klasik mengiringi Dato' Husam Musa masuk ke dalam stadium..Kemudian semua yg hadir mendengar kata alu-aluan daripada Moderator, Profesor Abu Hassan,,(hok paka spek besar tuh) untuk majlis perasmian GEGAR(Gerakan Menuntut Royalti Kelantan)...

Tapi hok seronok sekali nyo bilo ore dok berucap,ana dgn sepupu ana dok pukul gmbar...Biasolah dei main nge terujo,nok kato darak,kato gi lar,mugo nie jah kali tamo dok tgh2 ore ramai,,sapow nok tgk gmbr,buleh lar tgk di atas sana yer...TQ blakow2 hok baco !!

QoRuN La'aNaTuLLaH 'aLaiH

Diceritakan ketika pada zaman Nabi Musa as. situasi kehidupan manusia pada masa itu nampak semakin kacau, telah ramai orang yang meninggalkan ajaran Nabi Musa. Mereka hanya menghendaki harta kekayaan dan mengejar kesenangan hidup di dunia, sehingga di antara mereka berlumba-lumba mencari harta kekayaan sebanyak-banyaknya dengan berbagai macam cara yang mereka tempuh.

Dengan keadaan demikian, ramai orang yang terjerumus ke jurang kesesatan. Kejahatan timbul di mana-mana, pembunuhan, perompakan, penganiayaan dan lain sebagainya perbuatan keji bermaharajalela tumbuh subur bagaikan cendawan. Yang kaya tambah kaya dan yang miskin semakin tertindas oleh para lintah darat. Sehingga perbezaan antara si kaya dan si miskin semakin ketara.

Pada masa itu ada seorang umat Nabi Musa as yang bernama Qarun. Ia adalah orang yang membuat kehancuran umat Nabi Musa, sehingga pada masa itu orang-orang menjadi iri hati terhadap kehidupan Qarun yang hidup senang, mewah dengan harta kekayaan yang melimpah. Sampai akhirnya perbuatan Qarun yang derhaka ini berani memburuk-burukkan Nabi Musa dan berusaha menjatuhkan Nabi Musa, di depan orang ramai.

Qarun berkata: “Kalau memang Musa sebagai nabi utusan Allah, tentu ia akan dapat mengatasi keadaan semacam ini, dan kalau dia sebagai kekasih Allah mengapa tidak meminta kepada Allah agar umatnya menjadi kaya seperti aku. Kalau begitu dia hanyalah seorang pembohong belaka.”

Dengan ucapan si Qarun ini akhirnya ramai orang yang tidak percaya kepada Nabi Musa dan mengikuti kepada si Qarun agar dia dapat menjadi kaya.

Akan tetapi ramai pula umat Nabi Musa yang terus selalu berusaha menasihati si Qarun agar jangan sombong dan derhaka. Akan tetapi usaha mereka itu sia-sia belaka. Nasihat yang pernah diberikan kepada si Qarun ialah:
“Hai Qarun, janganlah engkau terlalu gembira dan sombong dengan hartamu yang banyak itu. Dan kami tidak pula melarangmu demikian, tetapi kami hanya menasihati agar kamu mencari harta itu dengan jalan halal dan gunakan hartamu itu di jalan yang baik, tolonglah mereka yang miskin dengan sebahagian hartamu seperti Allah telah berbuat baik kepadamu, dengan demikian Allah akan menambah hartamu itu berkat rahmat-Nya.”

Jawab si Qarun: “Aku tidak perlu akan nasihat kalian, tanpa nasihat kamu pun aku dapat hidup senang, kaya, akal saya lebih pandai daripada kamu. Oleh kerana itu sayalah yang lebih berhak menasihati kalian.”

Dengan hati yang kecewa mereka pulang meninggalkan si Qarun, mereka memberitahukan hal itu kepada Nabi Musa. Mendengar laporan itu, Nabi Musa merasa sedih hatinya, ia berkata: “Ya Allah, dosa apakah yang aku perbuat hingga Engkau turunkan seksa dan cubaan padaku. Ya Allah, tuntunlah aku dan kuatkanlah hatiku untuk membina hamba-Mu yang telah berpaling dari ajaranku, sehingga mereka melupakan Engkau.”

Demikianlah keluhan Nabi Musa as yang disampaikan kepada Allah. Selang beberapa hari, turunlah ayat Allah iaitu perintah untuk mengeluarkan zakat atas orang-orang yang kaya atau mampu yang kemudian hasilnya dibahagikan kepada fakir miskin atau kepada orang yang kekurangan.

Kemudian Nabi Musa memanggil para pengikutnya yang setia lalu ia berkata: “Beritahukanlah kepada mereka, bahawa Allah telah memerintahkan zakat kepada orang-orang yang mampu atau kaya yang mempunyai harta yang lebih.”

Dengan telah tersiarnya perintah ini, bagi hamba Allah SWT yang beriman mereka segera menunaikan kewajipan zakat dan dikumpulkan oleh Nabi Musa untuk dibahagikan kepada fakir miskin. Akan tetapi bagi mereka yang ingkar, ia menolak perintah ini sehingga ramai orang yang berkata: “Mengapa aku harus mengeluarkan sebahagian hartaku.”
Juga berkata yang lainnya: “Mengapa hartaku harus dibahagikan kepada fakir miskin sedangkan aku memperolehinya dengan susah payah.”

Maka ucapan mereka itu kemudian dijawab oleh pengikut Nabi Musa yang setia: “Harta yang engkau keluarkan itu adalah untuk menjaga hartamu dan menolong orang yang kekurangan, agar mereka tidak tersesat dan mengganggu harta kalian.”

Termasuk dalam hal ini si Qarun yang enggan untuk mengeluarkan sebahagian hartanya, sehingga diperingatkan oleh Nabi Musa dengan marah: “Hai Qarun, keluarkanlah zakatmu. Itu adalah perintah Allah, juga aku sampaikan kepadamu bahawa Allah telah menetapkan aku sebagai Nabi dan Rasulmu.”

Jawab si Qarun: “Hai Musa berapa upahmu yang engkau peroleh atas pekerjaanmu itu? Dulu engkau terangkan tentang agama baru, kini engkau perintah untuk zakat. Sungguh engkau telah pandai membohongi aku.”

Jawab Nabi Musa: “Aku tidak memaksamu! tapi ingatlah bahawa seksamu amat pedih nanti di akhirat.”

Kemudian Qarun menjawab: “Masalah zakat dan harta itu urusanku dan mengapa engkau menakut-nakuti aku dengan ancaman?”

Nabi Musa diam, sedih hatinya, namun ia tetap sabar bahkan berdoa kepada Allah agar si Qarun itu hatinya menjadi sabar seraya berkata dalam hatinya: “Ya Allah, ampunilah Qarun anak bapa saudaraku.”

Kemudian Qarun berkata lagi: “Baiklah Musa, aku merasa kasihan padamu dan engkau adalah saudara sepupu aku, maka aku akan mengeluarkan zakat, tapi dengan caraku sendiri yang akan mengambil sebahagian dari hartaku dan aku sendiri yang akan membahagikannya.

Nabi Musa berkata: “Alhamdulillah, semoga Allah menggantikan hartamu itu dengan berlipat ganda.”

Setelah Nabi Musa as meninggalkan Qarun, kemudian segera hadir dan berkata di hadapan orang ramai:
“Wahai saudara-saudaraku, ketahuilah, bahawa Musa itu iri hati terhadapku, zakat sebenarnya hanya untuk menutup apa yang tersembunyi di dalam hatinya, ia ingin mempunyai harta yang banyak dengan cara mewajibkan zakat. Sebenarnya Musa lah orang yang ingkar dari ajaran Allah, janganlah kalian percaya terhadap Musa. Dan dengarlah berita gembira dariku bahawa hari ini aku akan membahagikan sebahagian harta kepada kalian. Tapi ingat, hendaklah kalian menjauhi ajaran Musa dan percaya serta mengikuti aku.”

Mendengar ucapan Qarun itu, disambut oleh orang ramai dengan tepuk tangan menandakan kegembiraan serta menaruh kepercayaan penuh kepada Qarun.

Kemudian Qarun berkata lagi: “Barangsiapa yang patuh dan percaya padaku, maka ia akan mendapat bahagian harta dariku, maka untuk itu mulai sekarang jauhlah semua ajaran Musa dan ikutilah aku agar kalian senang dan bahagia.”

Akibat ucapan Qarun, maka ramai orang yang tidak beriman kepada Allah terpengaruh oleh kata-kata Qarun, mereka berlumba mendekati si Qarun dengan cara memuji, menyanjung untuk menyenangkan hatinya agar mendapat hartanya dan Qarun pun menjadi lupa daratan ia semakin tambah angkuh dan sombong. Di samping itu Qarun pun berusaha dengan berbagai macam cara untuk memburuk-burukkan Nabi Musa.

Pada suatu hari Qarun memanggil seorang pelacur kemudian ia diberi wang sebesar seribu dinar, dengan syarat harus mengaku di depan umum bahawa engkau telah berbuat zina dengan Musa; Maka pada suatu hari Qarun mengumpulkan orang-orang dari segala penjuru kota untuk mendengarkan ceramah atau nasihat dari Nabi Musa. Akan tetapi tujuan yang sebenarnya bahawa pertemuan itu adalah sebagai perangkap untuk menjatuhkan Nabi Musa di depan orang ramai.

Maka diundangnya Nabi Musa kemudian berbicara dan memberikan nasihat di atas mimbar, beliau berkata: “Hadirin sekalian barangsiapa di antara kamu ada yang mencuri, maka akan kupotong tangannya dan barangsiapa yang berzina akan kami rejam dia sekalipun aku sendiri yang berbuat.”

Tiba-tiba Qarun berkata: “Hai Musa, jika demikian engkau sendiri yang harus direjam dan orang-orang telah menuduh engkau telah berzina dengan seorang pelacur.”

Mendengar ucapan demikian Nabi Musa menjadi terkejut. Kemudian pelacur itu dipanggil berdiri di hadapan Nabi Musa, lalu Nabi Musa berkata: Demi Allah yang telah menciptakanmu dan menciptakan langit dan bumi serta menurunkan kitab Taurat, katakanlah yang sebenarnya apa yang pernah kuperbuat terhadap dirimu.”

Pelacur itu menjawab: “Wahai Nabi, engkau bersih dan bebas dari tuduhan mereka. Sesungguhnya ini adalah perbuatan Qarun untuk menjatuhkan engkau dan menuduh engkau sehingga aku diberi upah sebesar seribu dinar. Tapi aku takut kepada Allah untuk melakukan jahat itu.”

Mendengar kata-kata perempuan itu, lemaslah tubuh Musa beliau menangis dan berdoa: “Ya Allah, jika benar aku ini hamba-Mu, maka tolonglah aku.”

Kemudian turunlah wahyu Allah: “Hai Musa, Kami telah jadikan bumi ini tunduk pada perintahmu, maka perintahkanlah sesukamu.”

Lalu Nabi Musa datang menghampiri,Qarun, memperingatkan kepadanya agar segera bertaubat dan memohon ampun kepada Allah. Akan tetapi Qarun menjawab, bahawa tidak percaya dan tidak takut kepada azab Allah. Kemudian Nabi Musa berkata dan menyeru kepada orang ramai, beliau berkata: “Hai hadirin sekalian, barangsiapa bersama Qarun maka tetaplah di tempatnya. Dan barangsiapa bersamaku hendaklah meninggalkan tempat ini.

Maka orang-orang yang beriman kepada Allah mengikuti ajaran Nabi Musa as. segera pergi meninggalkan tempat itu. Sedangkan mereka yang mengikuti si Qarun tetap tinggal di tempat itu dengan sifat kesombongannya.

Kemudian Nabi Musa as. berdoa kepada Allah sambil memukulkan tongkatnya ke atas tanah, ia berkata: “Dengan Nama Allah, hai bumi telanlah Qarun dan pengikutnya serta semua harta bendanya.”

Apa yang terjadi, tiba-tiba tanah itu terbelah, Qarun dan para pengikutnya berserta semua harta bendanya terbenam ke dalam bumi. Saat itu tidaklah ada yang memberikan pertolongan baik dari para pembantu dan harta kekayaannya dan tidak seorang dari manapun yang ingin memberikan pertolongan. Demikianlah azab Allah terhadap mereka.

Melihat kejadian yang hebat itu, maka orang-orang yang hidupnya sengsara dan miskin yang mengikuti ajaran Nabi Musa sama-sama menyesali atas keinginan mereka untuk menjadi kaya seperti Qarun akhirnya ditelan bumi.
Dengan datangnya azab Allah itu, maka tamatlah riwayat Qarun yang sebelumnya ia hidup mewah, senang dengan harta yang berlimpah ruah, sehingga ia menjadi sombong dan takabur itu dengan hanya sekelip mata oleh kekuasaan Allah, ia tidaklah dapat berbuat apa-apa.

Rabu, 27 Januari 2010

WiNDs OF CHaNGE.....!!!

Fahmie,Afiq,dan Iffat....tiga sahabat yg saling berkait rapat,sering menjadi teguran guru2 di dalam kelas kerana ke'kuatan' mereka 'gelak' dgn teknik2 yg tersendiri,,hehehe...Anyway,bkn itu yg jadi halnya. Yang menjadi hal sekarang ialah bilakah agak2 nya pelajar form 5Beta akan berubah dari perangai masing2 yg x sudah2 itu kpd focus utk study.. SPM dah nk dekat, SPM kata mari, ilmu kata pergi.. Itulah hakikatnya kita sebagai seorang pelajar..

Ulama salaf pd ketika dahulu sangat takut pd kelemahan iman...sebab itulah mereka sanggup solat sampai 100-150 rakaat sehari solat sunat hanya kerana inginkan ketinggian iman tanpa sedikit pun mengiktiraf diri mereka sebagai muqarrabin...Itulah salah satu ciri2 ulama' . Namun zaman sudah berubah,dunia sudah maju,maner ader yg patuh seperti ulama' salaf ini. Aper yg ingin ana kaitkan,jauhnya penghayatan kita zaman sekarang dgn orang zaman dahulu, sedangkan mereka manusia,kita zaman sekarang pom manusia mcm mereka jgk..Tapi kenapa susah sgt untuk berubah?? Islam Didahulukan, al_Quran dan as_Sunnah Diutamakan....

Menyingkap kepada perubahan dan tahap keimanan seorang itu,jelas sekali susah untuk combine..Hanya satu cara sahaja yg dapat membuat seseorang itu berubah kpd kebaikan ialah HIDAYAH... tetapi berapa orangkah diantara kita mendapat hidayah drpd Allah swt ??? Asyraf...??? lepa lubuk angkat rendam balik pom supow tu jah.....

Kalu letok pondok pon xjadi,dok tepi balasoh pom xrajin gi, tuisyen 1000 kali sehari pom kalu dei nyo xsei nok beruboh,,cekero lar lagu2 manow pom dok main gitu jugok..Hok manusio biaso dok koya tu koho berat,kito xngaku ore dok kato tu kiro jolo lah tu, terus tere koya...Koya panda kok celoh manow gak kito nie...Nie ana oyak kow2 pok2 kelas2 pandai lar. Jgn jd koya, jadi ihya xpow...ore sukow,tuhe pom suko...Hok suko buko aib tu supow tulo jah jgk,sama2 bongok..

Toha al_Fashnie dale burd 141/jilid 3 m/s 12 sebut berubah untuk kebaikan satu saat lebih baik dari dunia dan seisi-isinya...So,berubah lar,,tapi jgn lar satu saat sahaja,lebih afdhal,buat selama-lamanya mukhlissina lahuddin...Jangan biarkan masa merubah segala-galanya tetapi biarkan iman mengubah segala duka dan lara menampung segala rasa kecewa....Insyaallah.......